Alhamdulillah

Assalamualaikum 
Result exam dah keluar hari Rabu hari tu dan alhamdulillah ada peningkatan dari sem lepas dan yang paling penting sem ni tak ada repeat macam sem-sem lepas.So, next sem boleh fokus untuk projek dengan balance paper repeat yang tinggal.Ada 3 lagi paper pending. Sekarang tengah dilema nak pulun semua sem depan or nak ambik intersesi lepas sem 8 nanti.Cuma aku risau kalau subjek tu tak ada time intersesi terpaksalah extend jadi super senior.

First, Aku nak ucapkan terima kasih kepada kepada family yang sentiasa support aku, bagi semangat dan paling penting bagi duit bila aku sengkek hujung-hujung sem.Then untuk someone yang aku rasa istimewa, terima kasih  sebab selalu dan tak putus asa nasihat aku suruh belajar, marah aku bila aku ponteng kelas dan bila aku malas belajar.Aku takkan lupa pesanan dia walaupun sekarang situasi mungkin dah lain.All the best jugak untuk dia untuk semester akhir.Semoga dia berjaya dapat apa yang dia impikan.Aku akan sentiasa doakan yang terbaik.Dan last sekali kepada semua kawan-kawan yang banyak ajar aku time exam hari tu.Thanks banyak-banyak.

#WW Wordless Wednesday #Episod 10: Daydreaming


Photobucket

“I’ve learned that waiting is the most difficult bit, and I want to get used to the feeling, knowing that you’re with me, even when you’re not by my side.” 
― Paulo CoelhoEleven Minute


Cerita Sempena Belentine

Malam itu sungguh indah dengan cahaya bulan purnama yang menerangi kegelapan malam.Semakin menambahkan suasana romantis. Sepasang suami isteri sedang berbual mesra di atas tilam empuk sambil menunggu masing-masing dibuai mimpi.Kedua-duanya kepenatan setelah seharian bekerja.


Si suami tiba-tiba bersuara.
"Sayang, esok 14 Februari kan?".

Si isteri menjawab
"Kejap ayang nak tengok kalendar", sambil mengambil kalendar dia atas meja soleknya.
"Yelah abang. Kenapa dengan 14 Februari?", tanyanya lagi.

Dilema Seorang Peminat Bola

Assalamualaikum.
Hari ini aku nak cerita pasal dilema seorang peminat bola.Ingat senang ke nak jadi seorang peminat bola yang sejati.Memerlukan kesabaran dan mental dan fizikat tau tak.Kadang-kadang kau akan mengalami situasi yang membuatkan kau dalam keadaan dilema.

Dilema pertama ialah bila kau tengah ada dekat rumah, tak kisah sama ada kau masih bujang ataupun dah berkahwin. Kalau kau masih bujang, mesti ada kes kau berebut TV dengan emak kau takpun adik-adik perempuan kau.Kalau yang dah kahwin pulak, mesti ada kes berebut TV dengan isteri.Lagi-lagi pulak malam tu cerekarama tahap best lapan belas bintang punya tengah main dekat TV3. Pelakon pulak Adi Putra takpun Aqasha kan.Memang tak ada can kau nak tengok bola even time tu team Manchester United lawan Manchester City pun.

Hilang Cinta Atau Hilang Sahabat?

Assalamualaikum

Dalam hidup ini, kadang-kadang kau akan menghadapi situasi hilang orang yang kau cinta ataupun hilang seorang kawan. Kau rasa yang mana lagi perit? Hilang cinta atau hilang kawan.Macam mana pulak kalau kau hilang kedua-duanya sekali. Mesti lagi peritkan.Ya lah bila bercinta, mestilah orang yang kau cinta akan jadi sahabat terbaik kau. Segalanya yang kau rasa, sedih, gembira akan kau ceritakan dekat dia.


Related Posts with Thumbnails