Cerita Sempena Belentine

Malam itu sungguh indah dengan cahaya bulan purnama yang menerangi kegelapan malam.Semakin menambahkan suasana romantis. Sepasang suami isteri sedang berbual mesra di atas tilam empuk sambil menunggu masing-masing dibuai mimpi.Kedua-duanya kepenatan setelah seharian bekerja.


Si suami tiba-tiba bersuara.
"Sayang, esok 14 Februari kan?".

Si isteri menjawab
"Kejap ayang nak tengok kalendar", sambil mengambil kalendar dia atas meja soleknya.
"Yelah abang. Kenapa dengan 14 Februari?", tanyanya lagi.
"Abang rasa nak buat something special lah esok.Kita tukar-tukar posisi nak tak?", tanya si suami separa eksaited.

"Boleh saja bang.Anything for you i will", jawab si isteri dan terus mendiamkan diri. 5 minit kemudian kedengaran bunyi dengkuran yang comel.

"Ceh, tidur rupanya", rungut si suami.

Keesokan harinya rutin yang sama berulang lagi.Bangun tidur, solat Subuh berjemaah dan siap-siap pergi kerja.Sebelum menghantar si isteri ke pejabat si suami berpesan lagi "Jangan lupa malam ni ya sayang".

Masa bergerak pantas.Si suami tak sabar-sabar untuk pulang petang nanti.

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu pun tiba.Mereka berdua pulang ke rumah selepas mengharungi jem yang teruk.Jam menunjukkan 8 malam.Si isteri keluar dari bilik air sambil berjalan dengan tarian makhluk tuhan paling seksi menuju ke suaminya.

"Abang, semalam abang kata nak tukar posisi kan.Cepat lah turun pergi dapur. Masak makan malam, basuh pinggan dan kemas-kemas dapur. Saya nak pergi tengok berita TV3 suku ni", kata  si isteri.

Si suami
"What the..........................." 


Hazwan: Idea asal dari buku PS I Laugh You. Setelah ditranslate,diolah-olah, tambah garam gula dan pengawet jadilah sebuah cerita.Amaran Keras: Jangan sambut Belentine OK

4 comments :

♥ wawawawa ♥ said...

hahaha..nice one!!

ZWAN SABRI said...

xmolah tukar posisi.. HAHA

yana halim said...

comel betul... hehe

i am S!L4H.. said...

sambung sket.. what the......




WIFE.... ahahahaha