Ini Kisah Pemain Bola Amatur : Dari Situ Darah Bola Mengalir

Ini kisah atuk .
Malam itu ada Final Bola Sepak Piala Malaysia tahun 1997.Selangor bertemu Sabah.Dia duduk bersandar di kerusi malas sambil menghembuskan asap rokok daun yang digulung sendiri. Sikit pun dia tak terpengaruh dengan iklan penaja utama bola sepak Malaysia iaitu Dunhill dengan slogan Gaya, Mutu, Keunggulan. Mungkin dia tahu rokok Dunhill membahayakan kesihatan tapi rokok daun cuma ada tembakau, salah satu unsur tumbuhan tiada unsur-unsur kimia.

Setiap kali ada perlawanan bola tak kira pasukan mana bermain.Dia akan setia didepan televisyen buruknya. Ditemani secawan kopi dan biskut lemak cap ping pong. Sesekali dia bangun membetulkan antenna dan menepuk bahagian atas televisyen. Bila sudah sempurna, dia akan duduk kembali.Oh, sebelum terlupa, malam itu Selangor muncul juara.

Masih lagi kisah gila bola atuk.Ini diceritakan oleh anaknya sendiri iaitu ayah.Atuk sanggup berbasikal dari rumah ke padang bola yang berkilometer jauhnya untuk menonton secara langsung perlawanan bola biarpun cuma melibatkan pasukan-pasukan jaguh kampung.Aku yakin kalau dulu dia berkemampuan, Stadium Merdeka pasti akan dikunjunginya.

Ini kisah atuk aku.Salah seorang peminat bola sepak setia selain ketua keluarga kepada sepuluh orang anaknya. Dari situ darah bola mengalir.

Kita akan jumpa lagi dengan kisah bola seterusnya.

Hazwan:Al-fatihah untuk arwah atuk, Abd Majid B Hassan@Harun.Sudah hampir 10 tahun dia meninggalkan kami. Semoga kisah pemain bola amatur ini akan dibukukan suatu hari nanti. Eh, jangan nak berangan!

.
Hazwan

Di Sebalik Tabir: Mohd Hazwan

Blogger Tak Berapa Nak Tegar.Menaip Bila Rasa Nak Menaip. Tak Perlu Kejar Entri Janji Puas Hati.

3 comments:

Rozuan Ismail said... [Reply to comment]

sangat memori cerita ni

L said... [Reply to comment]

haha. rokok gulung suda.. ahaks!!

Jom baca kejap =)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

titan said... [Reply to comment]

teringat kat atuk aku. Dua-dua dah meninggal dunia..

Related Posts with Thumbnails