Selepas Kajang dan Kuantan, hari ini 13/12/11 giliran ibukota Kuala Lumpur pulak dilanda banjir kilat.Selalunya faktor berlaku banjir kilat ni semestinya sistem perparitan yang tak sempurna.Bila sampah semua penuh dalam longkang dan parit, macam mana air nak mengalir bila hujan lebat.Tapi apa-apa pun, manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Secanggih mana Smart Tunnel yang diwarwarkan boleh menghalang berlakunya banjir kilat dekat Kuala Lumpur tu tapi bila Allah kata jadi tetap jadi.Harap bersabar semua warga kota.Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Yang Menarik Dan Yang Hangat
- Kita Berblogging Cuma Nak Berkawan Bukan Mau Berlawan
- Surat Dari Murid Pencinta Nasi Lemak
- Kenapa Perempuan Kena Berkahwin Dengan Seorang Engineer?
- Kisah Pengarah, Anak Dan Seorang Ibu
- Adegan Yang Tak Ingin Kita Lihat (Download Movie)
- Orang Kaya VS Orang Miskin
- Masalah-Masalah Superheroes 1
- Masalah-Masalah Superheroes 2
Download Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia
Assalamualaikum
Baru-baru ini Kerajaan ada melancarkan skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia untuk rakyat Malaysia yang perpendapatan RM3000 ke bawah. Tapi semalam aku ada terbaca berita online ada individu yang tak bertanggungjawab menjual borang bantuan ni.Mentang-mentanglah atuk-atuk, nenek-nenek dekat kampung tu tak ada kemudahan internet.Suka-suka kau saja jual benda yang sebenarnya boleh dapat free.So tanggungjawab kita sebarkan borang ini banyak-banyak tak kira offline atau offline supaya tak ada orang yang kena tipu dengan manusia-manusia jenis ambil kesempatan macam ini.
Cara-Cara Jumpstart Kereta
Assalamualaikum dan salam hujung minggu
Siapa pernah ada pengalaman bateri kereta kong?Aku penah hari tu sebabnya tak tutup lampu kereta semalaman.Masa tu hujan, aku nak cepat keluar dari kereta sampai terlupa nak tutup lampu.Esoknya nak start tak boleh.Terpaksalah cari member yang ada jumper untuk jumpstart.
Bak kata orang tua, pengalaman mengajar seseorang.Dapat lah belajar cara-cara nak jumpstart.Tak adalah susah sangat pun.Cara-cara nak jumpstart kereta lebih kurang macam ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)


