Assalamualaikum dan selamat pagi
Semalam telah berlaku satu tragedi yang sangat menyayat hati.Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat telah mengorbankan 16 orang semuanya.Semua mangsa yang terlibat telah ditemui oleh pasukan penyelamat dan mangsa yang terakhir ditemui pada pukul 5.05 pagi.Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh Hulu Langat yang meninggal dunia.Semoga mereka ditempatkankan bersama-sama orang yang beriman.
Berita paling latest setakat pagi tadi:
KAJANG, 22 Mei - Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, ditemui awal Ahad pagi.
Mayat tiga daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi, manakala mayat kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi.
Dengan penemuan empat mayat itu, kesemua mereka yang dilapor tertimbus dalam kejadian itu telah ditemui, kata polis.
Kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu itu mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. Enam belas orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.
Polis berkata operasi mencari dan menyelamat kini dihentikan dan akan disambung pukul 8 pagi.
-- BERNAMA
Antara gambar-gambar tragedi tanah runtuh yang diambil dari
Forum Carigold: