Assalamualaikum
Aku tak paham setiap kali menjelang pertemuan antara Harimau Malaya dengan Sang Garuda mesti ada provokasi yang dicetuskan penyokong antara kedua-dua negara sejiran ni.Kalau tak percaya pergi tengok page Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM tak pun Sokerleaks.
Kadang-kadang lawak jugak baca post-post dekat situ. Isu memang sama dari dulu kalau provokator Indonsesia mesti start dengan isu kebudayaan yang mereka claim telah dicurik oleh Malaysia. Lepas tu provokator dari Malaysia pulak start masuk pekerja-pekerja Indonesia yang mencari rezeki dekat sini.Lantak lah siapa yang start pun. Tengok dari profile yang post benda-benda mengarut dekat situ macam budak-budak mentah je. Baru nak up kot.
Sampai bila nak habis dah kalau macam ni.Masing-masing taknak mengalah.Api kalau lawan api memang lah takkan padam.Memang betul siapa yang tak marah kalau ada orang hina negara sendiri tapi kalau korang pertahankan dengan cara keluarkan bahasa kesat pun tak guna jugak.Bukan dapat apa pun.Dapat penat saja bergaduh sesama sendiri.
Tapi tadi aku terperasan ada mamat dari Indonesia post
Kemon lah.Tunjukkan sikit semangat sportmanship tu.Hormatlah-menghormati kan lebih bagus.Orang provoke kita just diam.Biarlah dorang nak kata apa pun.Setakat pung pang pung pang dekat Facebook pun tak guna jugak kan?
Hazwan: Selamanya Harimau Malaya.All the best untuk kedua-dua team nanti.


6 comments:
malaysia boleh !
hahha.. yg ak taw malaysia pasti menang. insyallah..
jom baca kejap..=0
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/belajar-dari-alam.html
orang kalau fikiran sempit,macam tulah..
macam anjing menyalak ke bukit...garang beria-ia cakap berapi
tula...klu diikutkan bersukan ni leh marapatkan sillaturrahim..tp sebab mulut2 jahat ni leh jd gaduh..kan..kan..kan..
Malaysia go go go!! ^^
tu la pasal...papepun, haram boleh menang mlm ni team malaysia :)
Post a Comment