Orang Pergi Masjid Sembahyang Jumaat, Kau Pergi Masjid Berborak

Assalamualaikum


Hari ini hari Jumaat bersamaan 11 November 2011.Satu  tarikh  yang cantik sampai semua kecoh dekat Facebook, Twitter dan sebagainya. Aku tak kisah itu semua. Yang pelik ada jugak sesetengah golongan yang copy paste  fakta dari kitab mana yang tak diketahui sumbernya dan kesahihannya.Ntah dari mana lah korang semua dapat benda tu.Bila ditanya sumber dari mana start menggelabah cakap 'saya copy paste dari facebook member je'.OK lupakan cerita ini.

Tadi aku pergi masjid area rumah aku nak solat Jumaat.Nampak ramai remaja dekat situ mungkin budak sekolah menengah.Bagus datang nasjid awal dari aku.Bahagian dalam masjid pun dah hampir penuh.Nak taknak terpaksa aku duduk atas tikar dekat luar. Tapi masalahnya budak-budak tu, masing-masing duduk atas motor berborak sesama sendiri bukannya dengar khutbah.

Sumber Gambar: Google

Sampai time Khatib baca doa penutup khutbah Jumaat
Mereka masih disitu

Time Bilal melaungkan Iqamat
Mereka masih disitu

Imam angkat Takbiratul-Ihram
Mereka masih disitu.

Imam selesai memberi salam
Mereka masih disitu dan bersiap-siap untuk start motor nak balik rumah.

Dahlah time orang lain solat, kau berborak taknak kuat lagi pulak kan.Tergelak-gelak macam apa.Hormat lah sikit dekat orang lain yang nak solat Jumaat.Adik-adik kecik yang baru sekolah tadika tu pun pandai ikut orang lain solat walaupun baca Al-fatihah pun still pelat-pelat lagi yang kau dah besar bangka ni.Datang masjid hari Jumaat untuk berborak je ke?Ke kau orang jadi jaga motor dekat masjid?


10 comments :

NURUL NADIAH MAMAT said...

lor..ada jugak ke macam nie..addoiyaa....jahilnya...dah baligh tak reti lagi nak bezakan dosa dan pahala......

Fathiah Hamim said...

tak beragak.

Saiazuan said...

sepatah perkataan ko ucap time kutbah jumaat, gugur pahala nya..

wawa wadzir said...

ade pnh tgk budak2 muda bersidai luar masjid tyme owng smyg jumaat.huhuhu

fadh leyanie said...

sampai bila-bila lah mereka di situ..takkan dah tua nanti baru nak mnyesal..dtg masjid bukan tujuan utk beribadah tapi menambah dosa.-_-

Cikya said...

Wan, ambik syarat g masjid kot...
nanti kantoi kalau nampak ada kat rumah..

Cik Nurul said...

boleh pulak macam tu.. sia2 jek.. ape lah nak jadi zaman sekarang.. haisssh~

APAN said...

mana2 pun mesti ada mende gini...kat kg aku pun aku pasan dulu ada gak geng2 yg pegi pastu balik...x masuk masjid pun.skang ni xtau la...lama gak x berjumaat di kampung...

Syuxer said...

biasalah bro..budak2 kan..selagi tak de orang tua tegur dorang, semakin galakla dorang

Faridzuan said...

ish ish ish, sungguh tragis dan memalukan budak kecil saja. Agaknya dorang datang bulan kot, tu fasal tak nak solat jumaat, erkkk. Hehehe