Assalamualaikum.
Tadi aku sempat tengok Buletin Utama dekat TV3. Perdana Menteri ada umum yang kerajaan akan pinda Seksyen 15 Akta Kolej dan Universiti (AUKU) untuk membenarkan mahasiswa dan mahasiswi yang berumur 21 tahun ke atas menyertai politik.
Bagi aku bagus jugak pelajar dibenarkan berpolitik baru fikiran mereka terbuka dan minda semakin matang. Tapi perlu diingat politik bukan setakat kutuk parti sana kutuk parti sini tapi definisi politik itu sangatlah meluas sebenarnya.Lagipun mereka bukan budak-budak sekolah lagi.Masing-masing dah besar panjang boleh pikir mana baik mana buruk.
Nanti time mengundi tak ada lah macam lembu dicucuk hidung.Main pangkah mana-mana yang dia suka dengan alasan 'member aku suruh undi parti tu, 'aku main pangkah saja tadi', 'tak kisahlah mana-mana parti menang pun.bukan ada effect dekat aku pun'.Golongan-golongan yang tak nak ambil tahu pasal politik negara yang kita tak nak.Sebenarnya golongan penuntut universiti patut ada 'Student power' bak kata Fahmi Reza.Cuba tengok student zaman-zaman dulu.Mereka berani melontarkan idea dan bersuara sampai mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan mereka.
Mana tahu suatu hari nanti golongan mahasiswa yang bijak pandai ni akan menerajui tampuk pemerintahan negara.Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, mereka perlu dilatih dari sekarang tentang asam garam dunia politik tapi yang paling penting berpolitiklah dengan cara yang diajar oleh Islam.Lagi satu jangan sampai seronok sangat berpolitik sampai pelajaran pun terabai.
Sekian.pendapat one cent dari aku.
Hazwan: Sekarang ni aku tak join politik pun pelajaran dah macam serabut.So pikir-pikirlah sendiri.

29 comments:
Tu dari segi yang bagusnya la kan.
Takut bila dah terlibat dengan politik, minat nak belajar pun kurang. Benda ni ada pro dan kontranya.
Eh? Aku tak daftar untuk mengundi lagi. Haha
bagi aku, waktu belajar ni ialah waktu nak luaskan lagi pandangan mengenai politik, luasan untuk melihat kebaikan dan kekurangan yang ada dalam semua parti politik. aku takut kalau pelajar yang masuk dalam parti politik ni, ialah pelajar yang kurang bijak. pelajar yang kurang bijak ni pelajar yang tertutup minda dan seolah-olah parti dia sahaja yang betul...
bagi aku, masuk parti politik tak salah, jangan mencaci, maki dan terlampau obses dengan parti, sudah
aku sokong dari segi bebas berpolitik ni kerana dpt melahirkan pelajar berfikiran matang..
tak salah pun dalam usia muda kita berpolitik.
sokong je rasanya bila mahasiswa diberi kebebasan untuk berpolitik..kasi negara kita semakin maju bila ada suara kecil dari anak muda ;)
arrayah.info - Tanggungjawab Berdakwah, Pelajar Perlu Masuk Parti Politik Islam
ada lebih ngn kurangnya berpolitik ni,,kang asyik bz berpolitik,,pjrn nth kelaut gamaknya,,hihi,,xmint politik :)
masing2 ada kelebihan dan keburukan. Apa yg penting pandai menyeimbangkan antara akademik dan berpolitik lg bagus.
kan bagus bila student pon ada hak bersuara......
xtahu nk komen apa..huhu tp kalo bpolitik smpai bmususuh dan berpuak ssama muslim..itu xblh dan xdgalakkn la..
isu ni ada pro dan kontra.. ada baik tapi ada buruknya juga.. hurm.
betul macam pengomen pertama kita... huhu.. org melyu kita lebih minat berpolitik dari beljar.. takut la pulak..
jom baca kejap=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/pandai-sangat-dah-kan.html
pepandai la kalau dah terlibat nanti...pelajaran perlu diutamakan.haha...
@zikeryhassan:
biasalah bro.semua benda ada pro and kontra janji kena pandai manage diri masing-masing.apa lagi daftar cepat-cepat bro.tak lama lagi pilihanraya
@cik_paan:
betul.aku pun setuju dengan pendapat kau.lagipun mahasiswa kan bakal pemimpin negara.
@Afiq Arif:
nice bro..bila fikiran matang, baru kita akan lebih paham tentang dunia dan realiti dekat malaysia ni
@fadh leyanie:
janji pandai manage time dan tak terlalu obses sangat
@laskar pelangi:
suara mahasiswa tak wajar dipinggirkan.kadang-kadang idea dorang sangat bernas
@abu idris:
terima kasih bro..salah satu usaha jugak tu
@iszieylyanziy:
politik tu luas sebenarnya.tapi jangan sampai pelajaran terabai dah la
@Azekzk:
betul tu...time management paling penting
@NURUL NADIAH MAMAT:
suara mereka kadang-kadang bernilai
@shida'R:
berpolitik secara berhemah.ada tak isitilah ni?haha
@Nurina Izzati:
setiap yang baik pasti ada yang buruk.tapi yang buruk tu boleh diimprove dari masa ke semasa
@L:
politik ni kalau baik pembawakannya baiklah.kalau buruk pembawakannya nak duit, kaya cepat dan lain-lain memang tak kemana lah
@APAN:
betul tu bro...pelajaran diutamakan..
mahasiswa suara masyarakat,dari dulu tahun 70-an tak silap peranan mahasiswa sgt besar,mampu berfikir secara luas..tapi bila disekat pemikirannya baru nampak mahasiswa hanya tahu ke kelas,kafe dan katil..
bagus berpolitik,boleh tahu situasi dunia sebenar dan tak terkejut lepas grad,cuma lagi bagus jika pemikiran politik sekarang ni tak diteruskan lagi..politik yang nampak hanya nak kuasa dari mata kasarnya,gaduh macam budak2 tapi kemajuan bangsa,negara..ada la juga tapi buat itu jadi isu buat ini jadi isu,provokasi..
dan lagi bagus kalau ahli politik sekarang tak cuba doktrin mahasiswa dengan ideologi mereka..
penat aku tengok student2 ipt nak politik tapi kuat provok..
dari dulu lagi mahasiswa lah yang selalu aktif berpolitik kalau tiada orang muda2 macam mana nak car penggnati pemimpin sekarang ni, memang bagus kalau pelajar berpolitik tetapi jgn mengabaikan pelajaran
bagus kalo secara pasif..just follow perkembangan dan bersuara hanya untuk pendapat..kalo join secara aktif mungkin banyak keburukan..
Post a Comment