Topup dan Simpack Prepaid Kena Cas 6%?

Assalamualaikum
Sedang aku seronok driving sambil ushar-ushar awek kereta sebelah tiba-tiba kocek seluar jeans baru aku bergegar.'One Message Received'.Awek mana pulak mesej ni dalam hati aku tertanya-tanya.Jarang handphone aku yang satu lagi aku ni vibrate.Rupanya dari CELCOM
RM 0 Pelanggan dihargai, mulai 15/9/2011, semua pembelian reload & pek permulaan prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan yang berkenaan. Info: www.celcom.com.my


Petikan Paper Online
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.

Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.

Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.

Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.

"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu. 
Apa cerita ni weh.Apsal banyak sangat sampai 6%.Kalau beli topup RM10 dah kena bayar cukai 60 sen. Sampai macam ni sekali nak paw duit rakyat.Kalau 1-2% ok lagi ni dah sampai 6% tak ke banyak sangat tu.Bayangkan kalau orang ada 3 bijik handset untuk semua telco Digi, Celcom, Maxis tak macam sakit pulak kan memanjang kena cukai nak topup.Lagipun prepaid kan untuk golongan yang kurang mampu nak pakai line.

Hazwan: Agak-agak lepas ni ada orang buat bantahan tak pasal cukai ni?

Update: Dah Ada Page Kami Bantah Cukai 6% Untuk Produk Reload & Simpack 




26 comments :

ZWAN SABRI said...

Aku bantah!HUHU


MySuaraBlog: Syabas Malaysia!

tieha ismail said...

ape semua ni?!!! hueewwwaaaaa...kasihanilah kami ni.

SyazwanSarawak said...

b'sedia untuk topup pukal >_<

NURUL NADIAH MAMAT said...

rakyat didahulukan..... huh...

i am S!L4H.. said...

banyak betul naik. semput la org yg selalu menopup tu.*imbuhan sesuke hati*

kpah k-poh said...

ok..anak2..kurang-kurang kan ler top up tu....heee..slmt duit mak ayah...

FariehanIbrahim [LBC] said...

bantah sekeras-keras nya..
takkan topup pom nk taxed kot. grrr~ >.<

wawa wadzir said...

tak pasai2 ade perhimpunan beramai-ramai lagi sekali nie..huhu

abu idris said...

arrayah.info - Haram Pemerintah Malaysia Mengenakan Cukai Top Up Telefon Pra Bayar

APAN said...

ni plan nak beli pe lak la ni.haha...
aku baru like page fb tuh...
tpi aku rasa dipinggirkan lak...
aku x dpat pun mesej dari celcom.haha...

yad'z said...

tak shuke.... T_T

dayu_myself said...

lepas ni sume orng pkat tak pki handset..
chat gne intrnet je la...
email ke...
hahaha

SENORITA ZATY said...

semua org pasti akan bantah hahahha

HazwanDotCom said...

@ZWAN SABRI:
memang ramai yang bantah tengok aje page facebook tu..berapa ramai yang like huhu

HazwanDotCom said...

@tieha ismail:
alhamdulillah dah ditangguhkan dah pun sekarang

HazwanDotCom said...

@SyazwanSarawak:
bersedia untuk jadi agen topup hehe

HazwanDotCom said...

@NURUL NADIAH MAMAT:
sabar je la nak buat macam mane kan

HazwanDotCom said...

@i am S!L4H..:
biaselah tu..nak tak nak terpaksa hadapi

HazwanDotCom said...

@kpah k-poh:
camne nak contact kawan-kawan hehe

HazwanDotCom said...

@FariehanIbrahim [LBC]:
dah tangguh..kite tengok je sampai bile

HazwanDotCom said...

@abu idris:
tak patut betul topup pun nak kenakan cukai

HazwanDotCom said...

@APAN:
termiss kot..banyak sangat pelanggan die haha

HazwanDotCom said...

@yad'z:
sape je suka kalau bayar mahal kan..tak tau lah kalau ade yang suke

HazwanDotCom said...

@dayu_myself:
kalau ada internet ok lagi..kalau takde camne nak contact..guna surat hehe

HazwanDotCom said...

@wawa wadzir:
perhimpunan dekat facebook je takpe kot haha

HazwanDotCom said...

@SENORITA ZATY:
betul tu..budak kecik pun guna topup jugak..bukan orang besar je kan