Yang Tak Patut Bila Tiba Bulan Puasa

Asssalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini dah masuk hari ke-9 kita berpuasa.Dalam bulan puasa ni macam-macam gelagat manusia yang kita dapat lihat.Ada yang pagi nampak macam lemah tapi bila sampai dekat-dekat Maghrib bukan main cergas lagi.Pusing bazar 5-6 kali pun tak ada hal punya.Jom kita tengok perkara-perkara yang tak patut dalam bulan Ramadhan ni.




Tak Patut-Tak Patut
Sanggup bangun pukul 3 pagi semata-mata nak tengok bola secara live dengan harapan nak terus sahur tapi bila lepas sahur terus tidur pulak sampai terlajak waktu Subuh.

Tak Patut-Tak Patut
Jual kuih-kuih dan makanan lebihan semalam dan dicampur dengan yang baru.Harga mahal pulak tu.Memang pelanggan-pelanggan tak tahu tapi yang dekat atas tu agak-agak nampak ke tak?Nak bisnes kenalah jujur baru hidup diberkati.Ini khas untuk peniaga bazar Ramadhan.

Tak Patut-Tak Patut
Bila tiba waktu rehat dekat pejabat.Masing-masing duduk berkumpul sekeliling meja.Nak makan tak boleh sebab puasa tapi makan daging kawan lain boleh pulak.Sibuk mengumpat sana sini.

Tak Patut-Tak Patut
Bila member ajak pergi masjid sembahyang tarawih macam-macam alasan dibagi tapi bila member ajak pergi shopping persiapan raya bukan main laju lagi siap.

Tak Patut-Tak Patut
Pergi Bazar Ramadhan lepas tu beli macam-macam juadah sampai tak cukup tangan.Kalau boleh nak suruh Majlis Perbandaran sediakan troli macam dekat Giant bagi senang nak beli juadah.Sudahnya lepas berbuka tersandar macam ular sawa kenyang.Makanan banyak lagi tak habis.

Hazwan: Apa lagi perkara-perkara yang tak patut?


32 comments :

fadh leyanie said...

apa yang tak patut,,makan depan org puasa,,itu adalah jenayah,,:P

cucu umie said...

alamak, yg first tu mcm gena kt btng idung tpy lepas subh bru tido ah..hehe

NURUL NADIAH MAMAT said...

tak patut bila duit banyak untuk beli makanan kat bazar tapi bila time kena bayar zakat tak bayar...

mary ann ;) said...

kalau ada troli utk shopping kat bazar mmg tah pape lah kan...hahahaha

habis semua makanan kita sapu..nafsu punya pasal ...

cik_paan said...

tak patut tak patut


puasa cukup, tapi solat culas..

laskar pelangi said...

memang tak patut semua tu kan..ermmm~

dayu_myself said...

tak patut, tak patut...

sangat tak patut,
banyak2 la beramal di blan ramdhan ni ya..sama2 la kite..
^__^

shida'R said...

alhamdllah..mmg yg xpatut kak hindari hehee :D

HAZWAN17 said...

@fadh leyanie:
pernah sekali time tengah jual kat bazar selamber je orang teguk air time orang ramai lalu lalang.tau lah tak puase..hampeh

HAZWAN17 said...

@cucu umie:
kalau macam tu takpe la.dimaafkan..biasela bulan puase ni penat sket

HAZWAN17 said...

@NURUL NADIAH MAMAT:
ni pun masalah jugak ni sama ada lupa atau buat-buat lupa

HAZWAN17 said...

@cik_paan:
just tunggu waktu magrib je sebab nak buka puasa

HAZWAN17 said...

@laskar pelangi:
memang tak patut..jangan buat ok hehe

HAZWAN17 said...

@dayu_myself:
samalah kita dayu...tq hehe

HAZWAN17 said...

@shida'R:
bagus-bagus..jangan buat tau haha

HAZWAN17 said...

@mary ann ;):
biase last-last membazir dna terbuang macam tu je

anamizu said...

aah betol tu..
mmg x patutla..

i am S!L4H.. said...

byk sgt x patut tp buat. =.=

Fathiah Hamim said...

ular sawa kenyang? scary la pulak.

fa-in said...

tak patut-tak patut

di siang hari, kerja2 tergendala. konon risau hilang tenaga.

adwafarahin said...

bln pose nie mmg byk yg x ptt kan :)

Wanie said...

yang no 4 tu memang tak patut kan..huhu..tapi penah gak buat..:D

apple said...

tak patot... tak patot.. ahaha

HAZWAN17 said...

@anamizu:
memang tak patut kan..ish3

HAZWAN17 said...

@i am S!L4H..:
tapi ramai ke jugak yang buat hehe

HAZWAN17 said...

@Fathiah Hamim:
yela ular sawa lepas kenyang mana boleh gerak dok diam je hehe

HAZWAN17 said...

@fa-in:
bila dah nak dekat balik kerja or ape cergas pulak nak ke bazar hehe

HAZWAN17 said...

@adwafarahin:
biasela..bulan ni la kesabaran kita akan diuji

HAZWAN17 said...

@Wanie:
biasela tu wanie hehe

HAZWAN17 said...

@apple:
kalau boleh jangan buat tau apple

[sutera kasih] said...

tak patut-patut, semangat beli barang raya, tp puasa tak dimanfaatkan..

APAN said...

mmg x patot kalau tiba2 bos cancel aku punya cuti raya.huhu...