Pendapat Puasa Bagi Sesetengah Orang

Assalamualaikum
Hari ini tanggal 12 Ogos 2011 genap 12 hari umat Islam di Malaysia berpuasa.Dekat benua-benua lain aku tak tau.Kadang-kadang ada yang puasa awal atau lambat sehari bergantung kepada anak bulan dekat benua masing-masing.Puasa bermaksud menahan diri dari makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.Selain maksud puasa berdasarkan syarak, bulan puasa jugak mempunyai pengertian  berdasarkan pendapat sesetengah individu.

 Adik Nur Firdaus, Budak Sekolah Rendah
"Bulan puasa ni saya tak dapat beli jajan cikedis, coklat choki-choki dan ais krim calong dekat depan sekolah bila time balik sekolah sebab semua penjaja pakat berehat sebulan.Tapi kadang-kadang ada jugak orang yang menjual jajan depan sekolah time bulan-bulan puasa ni.Tak taulah nak cakap apa.Tak hormat bulan Ramadhan langsung.Nak jual pun jangan lah terang-terang sangat.Saya yang puasa ni pun terliur tau"

Makcik Joyah, Pekerja Kontrak Kilang
"Bulan puasa ni lah makcik nak buat part time jual kuih dekat kilang.Nak harapkan gaji kerja kontrak makcik ni berapa lah sangat dengan harga barang-barang sekarang yang semuanya naik.Makcik ni bukan orang senang sangat.Tapi selalunya kawan-kawan makcik ni nak rasa tester je.Belinya tak jugak."

Pakcik Ramli, Suami Isteri Dua
"Setiap kali tiba bulan puasa, keguguran rambut pakcik meningkat kepada tiga kali ganda.Yang bini sana nak beli sofa baru.Yang bini sini nak beli TV Plasma.Belum masuk anak-anak lagi.Masing-masing nak baju baru, kasut baru.Bajet duit raya pulak kena standby untuk 3 pihak saudara-mara.Belah pakcik, belah isteri pertama dan belah isteri kedua.Kopak-kopak."

Abang Halim, Penganggur Berjaya
"Bulan puasa ini tak ada bezanya dengan bulan-bulan yang lain.Setiap hari menu maggi kari jadi santapan.Bulan biasa makan tengah hari dengan makan malam makan maggi.Bulan puasa ni time sahur makan maggi time buka pun makan maggi.Nak buat macam mana.Abang ni tak boleh kerja-kerja berat.Tak larat lagi-lagi bulan puasa ni.Sebab tu menganggur je".

Aney Kareem, Pekerja Kedai Mamak dari India,
"Bulan puasa ini saya tak ada banyak kerja juga.Customer kurang compare dengan hari-hari biasa.Tapi ada juga abang-abang pakai helmet time tengah hari masuk ikut itu pintu belakang kasi beli itu makanan tengah hari. Tara puasa ka itu orang.Hari-hari beli itu nasi."
Tok Andak, Penjual Ayam Percik
Bulan-bulan puasa ni Tok berniaga dekat bazar Ramadhan depan simpang tu jual ayam percik.Sekarang harga ayam mahal.Nak taknak terpaksalah Tok jual mahal.Tapi ramai orang komplen dekat paper dekat facebook kata peniaga-peniaga cekik darah padahal harga barang yang naik.Eh dik boleh tuju lagu?Apa tak boleh?Kau ni apa pun tak boleh".

Mohd Hazwan, Blogger Tak Berapa Nak Famous
Bulan puasa ni kurang sikit idea aku nak blogging.Maybe sebab perut kosong so otak tak dapat berfikir dengan baik nak cari idea update blog.Setakat ni alhamdulillah puasa aku still penuh lagi.Bulan puasa ni aku jual air part time kat bazar.Nak tau apa paling best? Semestinya dapat cuci-cuci mata tengok orang lalu lalang lagi-lagi awek cun.Eh korang tak nak beli air ke?Meh la 2 singgit 2 singgit.


32 comments :

NURUL AINI NORAZMAN said...

aini blogger : bulan puasa saya kene post entri sopan2 dan jaga bahasa,.hehehe=p

NURUL NADIAH MAMAT said...

lawak pon ada....ekeke......yg xtahan uncle bini 2 tue....kopak2.....

uih...cuci mata....

cucu umie said...

bro yang last tu ayat dia.. kehkeh masuk pose xad idea nk blogging ea....

i am S!L4H.. said...

ahahaha. ok paling lawak part pakcik ramli, suami isteri dua. baris pertama. hahahahadehhh

eh eh nak air tembikai susu satu. ikat tepi bole? =p

Far8 budak baik said...

yg pengangur terhormat tu stylah..
megi jelah smpy muka pun megii nnti..
hahaha..
wehh aku pun keje ptg kat bazar..
mmg tak awek jelah kn..
ahahaha

peachippo said...

saya nak masuk kategori budak sekolah dengan mohd hazwan laa..heheheh..
sesuaiiiiiii !

yad'z said...

hahahahaa.... nais2.. terbaik... hahahhahaa.. sakit perut gelak... pelawokkk, pelawokk... kuikuikui...

Wanie said...

hehehe..jual air pn sempat update lagi..tu la buat entry malam2..baru idea datang kot :)

laskar pelangi said...

wan, nak air tebu satu..ada tak? heeee:)

dayu_myself said...

orang jalanan:
hri pose ni saya suka sangat..
banyak orang kasi sedekah untuk orang jlnn..dpt bju baru...dpt duit raye..ahaks..suke laa...
mkin la saye nak jdi orng jlnn spnuh masa..

jentayu: opss...no comment..soli maa..

^__^ ..nak air katira satu..ngeee

Opah Kentang said...

haha..comel ke kan..yang mamak tu..tark posa ka itu orang hari-hari belik nasi..kekeke :P

Selamat berniaga..hehehe :P

Cik Ca'ah said...

hahaha,kesian pakcik beristeri dua. oh,btw,aiskrim calong tu apa wan? tak pnah dgar pun

cik_paan said...

amboi en. hazwan, kurang pahala pose tengok awek2..

fadh leyanie said...

pakcik ramli tu,,sapa suruh kahwin 2..kan dah keguguran rambut..memikirkan duit
yang bakal melayang..

HAZWAN17 said...

@NURUL AINI NORAZMAN:
hari-hari biase pun kena jugak la aini hehehe

HAZWAN17 said...

@NURUL NADIAH MAMAT:
tu la kawen dua sape suroh hehe... nak buat camne nad..terpaksa cuci

HAZWAN17 said...

@cucu umie:
agak la..senak otak nak pikir idea nak buat entri

HAZWAN17 said...

@i am S!L4H..:
hehe...nak ikat tepi?tak puasa ke hahaha

HAZWAN17 said...

@Far8 budak baik:
tau takpe bro...ramai pulak awek-awek kat bazar..aihhh..kena pakai spek hitam camni

HAZWAN17 said...

@peachippo:
aik ni mesti selalu beli jajan ni kan

HAZWAN17 said...

@Wanie:
memang sejak-sejak praktikal ni terpaksa buat entri malam siang tak boleh sebab ofis tak de internet

HAZWAN17 said...

@yad'z:
dah macam bomoh hantu kak limah dah ni haha

HAZWAN17 said...

@laskar pelangi:
air tebu dekat gerai sebelah hahaha

HAZWAN17 said...

@dayu_myself:
untunglah jadi orang jalanan ni erk,, ahaha..eh katira tak pandai buat la.. baru je nak blaja2

HAZWAN17 said...

@Opah Kentang:
tau takpe haha...pernah je tengok orang tak puase..

HAZWAN17 said...

@Cik Ca'ah:
aiskrim yang ada guna kon tu..kat johor ni panggil ais krim calong haha

HAZWAN17 said...

@cik_paan:
terpaksa tengok huhu..tak sengaja takpe kan..dah lalu depan gerai air

HAZWAN17 said...

@fadh leyanie:
nak sangat kawen dua..kena la tanggung risk sket

i am S!L4H.. said...

hahahaha. *ok gurauan sesama kwn silah lah. haha

HAZWAN17 said...

@i am S!L4H..:
eh tapi tadi ada bapak dengan anak die beli air cawan..jap lagi bapak die minum sket pastu bagi anak die.. muka macam melayu hahaha

[sutera kasih] said...

puasa menahan diri daripada marah2..hehhhh

Saiazuan said...

kecian tok andak.. huhu jadi mangsa komplain