Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua
Tadi aku dengan dua orang member berniaga air dekat bazar Ramadhan.Tak pernah buat lagi seumur hidup kira tadi jadi bidan terjunlah bereksperimentasi bersama air.Dalam pukul 3 lebih datang setup khemah dengan meja.Awal-awal datang moral dah down tengok kiri kanan depan banyak pulak orang jual air.Then tahap otai-otai pulak tu.Sekali bukak table sepuluh jenis air dalam balang empat segi.Kitorang cuma guna tupperware bulat je.Takpelah newbies lah katakan.Nak beli balang tak mampu lagi.Jual pun cuma lima jenis air saja iaitu air tembikai, honeydew, mata kucing, bandung cincau dengan jagung.
Nak ikat bungkusan air pun aku baru belajar semalam.Masih tak berapa nak hebat lah.Air pun bancuh sesedap rasa.Nasib baik tadi lepas buka aku try balik air yang kitorang jual.Boleh lah tahan rasanya.Cuma tadi macam terkurang ais pulak.Dalam pukul enam lebih ais dah cair.Maybe termasuk ais awal sangat atau ais terkurang sangat.Tak apa esok boleh improve lagi.Tapi tadi satu saja aku pelik dengan peniaga-peniaga dekat situ.
Aku datang pukul tiga lebih orang lain semua dah start pasang khemah buat persiapan nak berniaga.Then aku perhatikan gelagat peniaga-peniaga dekat situ.Masing-masing promote apa yang mereka jual.Ada jual air, ada jual kuih, ada jual nasi beryani dan bermacam-macam lagi lah juadah untuk berbuka puasa.Tapi start dari pukul tiga sampai lah tiba waktu berbuka dorang masih lagi dekat gerai.Sebelum aku solat dorang ada, selepas aku solat dorang ada.Sampai waktu buka pun dorang ada lagi.Tak pergi solat ke dalam hati aku bertanya.
Bisnes Bisnes Jugak Bang.Asar Jangan Lupa..
Hazwan: Gambar aku tengah berniaga esok-esok aku ambil OK.Puasa kan sebulan.Tadi tak sempat.Kelam kabut tak ingat.Biasalah first time kot!
46 comments:
rajin nya meniaga! buat dengan kawan ke? dah kaya nanti belanja fa yea!
that's right..niaga2 juga..solt itu jgn lupe..hehe
tu le pasal..celah2 p lah sat..gilir2 ganti...
rajin wan nie..mcam2 benda buat..enyway selamat berniaga.kalau dekat oaph dah g dah.ehehe :P
wow..rajin..
lorh..ada gak manusia camtu eah..jual ke main..solat tak kerjakan..wan, nak air jagung satu:)
ko meniaga kat mana?
tahun lepas aku meniaga gak. kongsi tapak dgn sorang brader ni. dah kawin dah brader ni. anak dah 4 org x silap
mmg x solat langsung laki bini. tp bini pakai tudung. bisnes untung, tp x reti nak bersyukur
wahh berniaga? area mna dik? hehe..bestnyer..dpat niaga..kak dah tgl zaman bniaga nih dah lebih 5tahun kot..
bestnye berniaga wan..dengan kawan ke family?
tak solat?huhu..abes tu puasa ke tak orang tu?hmm..
peniaga tu uzur agaknya wan,,ish3..
perhhh da jd bisnesman da skrng hehe :P
bagus tu hazwan,cari rezeki tu memang boleh,tapi jangan dilupa pemberi rezeki tu :)
ko bkk kedai kat mane??
ni aku nak pgi nih..hahaha
semoga berjaya berbisnes ye..
nanti duit raye,bleh sdiakn untk aku skli ae..hehe
cuba ko nasihat skit..try2.haha
good luck berniaga
*tiba-tiba aku teringat first time aku belaja bungkus nasi lemak untuk dijual....memang terkial2
senior nege air ke????
heeee
*senior, honeydew 1. hikhik*
ha a lah kalo dh stat pukul 3 or 4 kat situ sampai maghrib, asar mane???
>.<
itulah namanya manusia kan,huhu.solat diutamakan, perniagaan dilambatkan,haha
walaweh...berniaga kat bazar tu.masyuk la raya nanti.anak buah kompem maenanti mercun...haha...
tu satu isu, awek2 cun yg seksi pun satu dugaan gak tu.meliar je mata.haah...
rezeki tue bila2 ms ada...tapi kalo solat tue ditinggalkan mcmn nak dapat berkat.....
Selamat Berpuasa Wan....moga sentiasa dipermurahkan rezeki...:)
@Fathiah Hamim:
yup fa buat dengan member..dari tak ada buat ape-ape cuti-cuti sem ni baek belajar bisnes
@Fathiah Hamim:
yup fa buat dengan member..dari tak ada buat ape-ape cuti-cuti sem ni baek belajar bisnes
@cucu umie:
tu la tapi tak nampak pulak orang solat padahal surau kat belakang je
@ChaCha:
betul-betul sebelum orang ramai baek pegi solat awal-awal
@Opah Kentang:
baru nak belajar..baru first time masuk alam berniaga bazar haha
@.........cP~:
nak cari duet raya sket hehe
@laskar pelangi:
tu la..kejar duit sangat kot..meh la datang bazar hahaha
@SoutulMujahid:
kat bazar area perumahan kota masai ni..tu lah pasal aku perhati gerai-gerai yang ramai orang sampai tak sempat nak g solat
@shida'R:
dekat area-area pasir gudang ni je..saje nak belajar-belajar haha
@Wanie:
dengan member wanie..dorang tak ade keje..saya je la lagi 3 minggu nak habis praktikal
@fadh leyanie:
haah kan yang laki pun uzur jugak hahha
@adwafarahin:
saje je nak try-try adwa..ada rezeki ade la..duit untung haha
@Cik Ca'ah:
betul tu..dia lah yang kurniakan rezeki kepada kita..tak patut dilupakan
@dayu_myself:
dekat kota masai..tau ke hehe..datang lah bawak ramai-ramai sket tau
@Kamil.ace:
tengah pikir jugak macam mana cara yang efektif untuk nasihat
@cik_paan:
tau takpe..first time bungkus memang agak terkial-kial la..lama-lama nanti ok kot rasanya
@i am S!L4H..:
yup..haah nak belajar jual air..masih tengah buat eksperimen lagi dengan air nak cari sukatan terbaik huhu
@amir aizat:
bila dah nampak duit banyak depan mata solat pun boleh jadi lalai
@APAN:
insyaAllah kalau ada rezeki lebih.. persaingan banyak jual air ni..tp yang untungnya modal kurang sket berbanding jual makanan..tu la pasal awek-awek ni satu hal jugak..aihhhh
@NURUL NADIAH MAMAT:
betul tu nad..thanks ye..selamat berpuasa jugak
salam ramadan hazwan :)
pernah alami bnda yg sama mcm wan, hangen tol. kurang respek la ngn orang yg xsolat ni. bukan apa, dia lebihkan kesenangan dunia, xnmpak yg akhirat lagi penting...
pernah terbaca, orang2 yg meninggal merayu2 dihidupkan kembali dan diberi peluang hidup sekali lagi untuk memperbaiki kesilapan yg lalu...
masa itu, SUDAH TERLAMBAT!!!
jgn biar dunia mengaburi akhirat yg kekal...
salam ramadan :)
pendapat ulama' kata org yg tak solat ni,puasa dia tak diterima.
org yg tak solat tu sama taraf dgn kafir. haishh..
apa kata kamu p tegur diorang? err..kalu boleh la
hehe. selamat menyukat dengan terbaikkkkk.
~~
@Rain:
tu la tak tau macam mana minda dorang ni..lebihkan duet dari solat kot
@fa-in:
cuba try sembahyang belakang gerai kasi dorang insaf sket
@i am S!L4H..:
hehe thanks junior..tengah blaja cara buat sukatan yang terbaik
Post a Comment