Assalamualaikum
Tamat sudah perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 pusingan pertama antara pasukan Malaysia dan jugak Singapore. Aku tengok dekat Kopitiam tadi bersama-sama penyokong Malaysia yang lain.Agak meriah jugak bila Malaysia awal-awal dah score tapi keadaan mula senyap dan suram bila Singapore dapat lead empat gol berbalas satu pada separuh masa pertama.Malaysia dapat jugak merapatkan jurang kepada 3-4 tapi akhirnya terpaksa akur dengan keputusan 3-5 pada akhir permainan.Berdasarkan pemerhatian aku sepanjang permainan, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kekalahan pasukan Harimau Malaya.
Faktor Padang
Seperti yang kita tahu, perlawanan tadi dijalankan di atas padang sintetik.So, player-player Malaysia tak biasa bermain dekat jenis padang macam ini.Pergerakan bola akan menjadi semakin laju dan pantulan bola jugak akan bertambah kuat atas rumput sintetik ni.So kadang-kadang pemain mengalami kesukaran untuk mengjangka bola dan membuat hantaran kepada rakan.
Faktor Tempat Lawan
Macam bila kita bermain di tempat lawan.Player-player akan sedikit tertekan dengan sorakan dan jeritan penyokong-penyokong lawan.Persatuan Bola Sepak Singapore pun cuma sediakan beberapa ratus tiket untuk penyokong Malaysia sebab kapasiti stadium tu tak berapa nak besar.Cuma boleh muat enam ribu saja kalau tak silap.
Faktor Saiz Fizikal Lawan
Singapore ni banyak guna pemain-pemain import.Aku rasa tadi ada 5 orang pemain import yang dorang guna.Semua saiz fizikal mereka ni memang berbeza dengan saiz pemain-pemain Malaysia.So kalau nak lawan body contact sah-sah player kita kalah.Tengok contoh gol kelima tadi.Player Singapore tu cuma guna badan untuk block bola dari defender Malaysia before merembat masuk ke dalam gawang Malaysia.
Faktor Kelemahan Defender Malaysia
Nampak kelemahan di bahagian pertahanan Malaysia masih lagi jelas kelihatan sejak dari match dengan Taiwan hari tu.Then masa lawan team Arsenal dengan Liverpool pun kita dapat tengok pertahanan Malaysia agak goyah dan mudah dibolosi oleh lawan.K.Rajagobal kena buat something untuk improve pertahanan Malaysia.Kebanyakan gol Singapore tadi berpunca dari kelemahan benteng pertahanan.
Faktor Kurang Kreativiti Player
Separuh masa pertama, player-player Singapore lebih banyak pegang bola dan membuat hantaran.Pemain-pemain midfield Malaysia gagal menyekat kemaraan pemain midfield Singapore dalam membuat serangan.Jarang sekali pemain-pemain Malaysia memegang bola masa first half.Separuh masa kedua ada improve terutama lepas kemasukan Amirulhadi yang berjaya mengubah corak permainan Malaysia.
Highlights First Half
Highlights Second Half
Hazwan:Tak sabar tunggu pusingan kedua dekat Bukit Jalil 28 haribulan ni.Mintak-mintak Malaysia dapat score at least 2-0 untuk layak ke pusingan berikutnya.Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku!!Apa pendapat korang pulak?

61 comments:
memang betul tu... terutama faktor kelemahan pada defender... ketara yang amat...harap perlawanan timbalbalik nanti defender dapat dimantapkan lagi... Moga Harimau Malaya terus mengaummmm....
o0o0o.. x pe kalah. malaysia masih hebat :)
ayie tak tgok habis tadi sebb pi kenduri tapi ayie rase defender perlu diperkuatkan lg kalo nk lebih mantap pasukan..tapi pergerakan okaylh tadi..harap kamis nie malysia perform
tak boleh salahkan pertahanan kita..penjaga gol pun kena sentiase fokus...td pun sy tgk gol yg masuk boleh dismbut oleh gol keeper..tapi dibiarkan sahaje....sharbinie kena proofkan diri tonjolkan diri...saya mengharapkan 1 keajaiban kemenangan kepada malaysia. yang penting smua pemain kena tunjukkan kekuatan mental dan fizikal di stadium bukit jalil...jgn hampakan harapan pasukan SENDIRI dan MALAYSIA.
malaysia masih ada harapan. yg ptg perbaiki defend je.. mcm problm tu kt situ pulak...
setiap pemain malaysiaaa mempunyai kelebihan sndiri yg tak ditonjolkan 100 peratus. tonjolkanlah utk perlawanan ke 2 nanti...utk perlawanan ke 2...saye harap k rajagopal memasukkan penjaga gol yg terbaik. smuenye bergantung kepada penjage gol.sekiranye sharbinie dimasukkan...dimestikan bermaik di tahap A+ dan fokus yg sgt tajam...sy mendoakan kemenangan kepada malaysia...amiiinnn
baiki pertahanan secara menyeluruh, barulah midfield tak perlu turun bawah banyak kali huhu..aku tengok pemain malaysia takut nak tackle dalam kotak penalti..huhu maybe fobia penalti kot..
macam biasa, saya tak tengok. tapi papun go go malaysia! =D
sangat setuju
tak pe
Malaysia masih ada harapan lagi :)
untuk saringan pertama kakak pun akur^^
pertahanan perlu mantap lagi...golkeeper jgn la dive macm nk tangkap belalang..kalau boleh terbang mcm superman..
emm..defense hancur. komunikasi dengan keeper memang terabur..harap pada safee, kunalan, amirulhadi ajelah yang mampu bagi ancaman pada singapura..
harap lepas ni, boleh buat yang terbaik..
baca sebab-sebab kat atas sambil nganga sebab tak faham sangat..
hehe :D
May Allah Ease then..
dah memang bodoh main..1 by 1 dpn goal pun tak bole nak tendang
xpe ...nt kat bukit jalil balas blk ...
go rimau!
excellence
setuju sangat....K.Rajagopal kene buat sesuatu...dah banyak match kot tak kan die tak perasaan. Singapore kuat di tempat mereka, kat temppat lawan laen plak ceritanya. Apa-apa pun amirulhadi memang penyelamat.
hoh? padang sintetik? x tahu menahu plak aku....
dan aku rasa sebab xde zakuan la...
betul..banyak bnda yg perlu diperbaiki lagi oleh team Mas! tapi always support harimau malaya even kalah sekalipun! go-go Harimau! :)
kena cari player lain ni..
saya sentiasa sokong malaysia! :D
aku akan sokong malaysia walau apa pon terjadi,ayuh harimau malaya baham mereka di bukit jalil....
1. DEFENDER - Memang teruk and lemah...K Rajagopal pls do something about this...dah banyak game dah...dont spoil malaysian Fan again....like before...
2. Midfielder - Tak menjadi...banyak bukak ruang and tak bagi tekanan kat pihak lawan..tu yang easy pass kat side Singapore....
conclusion: Seperti yg kita dah tengok perlawanan haritu...Singapore juga mempunyai defend yang lemah...di mana berjaya membuat kita dapat merapati jurang gol....jadi utk perlawanan di Bukit Jalil nanti..kita kuatkan barisan depan...supaya striker dan midfield Singapore akan jadi kucar kacir dan hilang fokus.
Lagi satu nak tambah - Size badan bukanlah penghalang...inilah masalah pemain kita..selalu isu ini dijadikan alasan...
Cuba kita lihat pemain terbaik dunia
Lionel Messi (Tinggi 1.69 m) Maradona (Tinggi 1.65 m)
Carlos Teves (Tinggi 1.73 m)
Wayne Rooney (Tinggi 175 cm)Roberto Carlos (Tinggi 1.68 m)
...jadi...Harimau Malaya...tolong mengaum sekali lagi...kita jumpa di Bukit Jalil 28/07 nanti...INGAT!!!Faktor saiz jangan dijadikan alasan...Biar Singapore pulak bercakap nanti..faktor kekalahan meraka disebabkan pemain Malaysia bersaiz kecik..itu pasal lah lincah dan senang bergerak...Ini yang kita mahu....Malaysia boleh!!!
setuju..pertahanan malaysia sangat LEMAH!!! tp still ade chance bermain kat tempat sendiri khamis ni..harap2 peluang lebih cerah..
Tunggu pusingan kedua!Cheerio! ;)
terbaik lah.sokong tiger!
hopely malaysia menang esok
kite belasah singapore 28 julai ni
sesiapa lagi yg pegi ke Bukit Jalil???
go go ! Malaysia !
Entri Terkini : 8 Permintaan Antara Dua Sujud
@Green Apple:
betul tu perlawanan lusa nanti rajagopal kena memantapkan barisan pertahanan supaya tak mudah dibocori lawan
@cik tikah:
mana boleh kalah..nanti tak layak next round..lusa kena menang besar
@cucu umie:
yup..pertahanan agak longgar..serangan dah ok dah... mintak-mintak lah memang khamis nanti
@Anonymous:
tu lah pasal..sharbinee kalau jadi keeper mesti bolos banyak..dia macam tak cuba je nak save bola tu..tak diving langsung..tak tau lah nanti siapa yang bakal jaga gawang malaysia
@PORUMAN:
defend memang perlu diperbaiki dan dimantapkan..dah beberapa match kita bolos banyak
@Anonymous:
kena all out untuk match keduanya..semoga malaysia mendapat kemenangan untuk layak ke next round
@Syuxer:
maybe lah...dah berapa kali asyik kena penalti je sejak dari lawan taiwan hari tu..then time arsenal pun lawan dapat penalti jugak
@Fathiah Hamim:
khamis nanti kena tengok tau..bagi lah sokongan kepada team malaysia hehe
@farahroslan:
insyallah ada harapan lagi untuk bangkit
@shida'R:
tu lah pasal..banyak lagi kelemahan perlu dibaiki oleh team malaysia
@Anonymous:
betul tu..pertahanan kena lebih tersusun...keeper pulak kena lebih berani
@titan:
komunikasi antara defend dengan keeper memang penting dalam satu-satu pasukan...harap dorang dah perbaiki masalah ni sebelum match nanti
@Cikya:
alamak tak paham ke cikya..hehe orang perempuan memang kurang paham sket bab-bab bola ni
@Anonymous:
maybe sebab nervous sangat kot...
@hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock:
balas jangan tak balas..kasi gigit sama singa
@Mohammed Faizal:
singapore memang ada kelebihan main dekat padang artificial..kita tengok nanti bila main dekat malaysia pulak
@SoutulMujahid:
yup bro padang singapore tu artificial grass...aidil injured sebab tu tak main hari tu.harap-harap match khamis nanti dia main
@Elie Lily:
sentiasa support walau apa pun terjadi..go harimau malaya
@Wanie:
tengoklah apa ragagopal buat nanti..nak cari player baru or macam mana
@enyheartsdiamond:
macam ni la bagus...sokong sepanjang masa
@adiputra:
semangat macam ni yang kita mahukan..
@Mixidea Sportswear:
betul tu..defend terus..tengah pulak banyak bagi ruang dekat player-player singapore..menda ni coach kena tengok lebih sket...
@Mixidea Sportswear:
saiz badan memang bukan penghalang..team korea pun boleh dapat no 3 dalam world cup..saiz badan dorang pun tak ada lah besar macam player eropah
@farah khairi:
yup tiada apa yang mustahil..janji player all out
@NURUL NATASYA AMIR:
tak sabar tunggu lusa...pakai jersi malaysia dok dekat mamak..nak pegi KL jauh sangat haha
@amir aizat:
harimau malaya akan mengaum kembali
@IMANSHAH:
insyaallah..mudah-mudahan...
@Mohammed Faizal:
belasah tanpa belas kasihan haha
@Mixidea Sportswear:
maybe ramai blogger yang join..tapi aku jauh..kerja pulak tu tengah praktikal..tengok dari rumah je..kalau aku kat u ni memang konfirm aku pegi..
@S h i d a:
Malaysia boleh!!!
semalam bekas pemain German yg kini jurulatih Iran -Zico mengkritik padang sintetik Singapore yg tidak layak/sesuai untuk perlawanan taraf dunia.sesuai utk peringkat budak2 sekolah shj.. :)
Post a Comment