Seram Malam Jumaat : Abang Jangan Tinggalkan Saya

Jam menunjukkan hampir jam 10 malam dan suasana Kuala Lumpur masih lagi terang benderang.Azri masih lagi di meja pejabatnya di tingkat 10 menara Aqabah menyiapkan sisa-sia kerjanya yang terakhir.Kerjaya sebagai seorang akauntan memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menyiapkan segala rekod kewangan syarikatnya.Lebih-lebih lagi, syarikatnya akan diaudit tidak lama lagi.Mahu tidak mahu, Azri terpaksa tinggal di pejabat keseorangan sedangkan ramai rakan sekerjanya telah lama berehat di rumah bersama keluarganya masing-masing.Mujurlah dia masih lagi bujang.Tidak perlu berfikir sangat tentang keluarga jika terpaksa overtime di pejabat.



Tepat jam 10 malam.Azri bersiap sedia untuk pulang.Suis lift ditekan dan tidak lama kemudian pintu lift terbuka.Kelihatan seorang perempuan bertudung berada di dalam lift tersebut.Azri cuma tersenyum sambil berjalan masuk dan berdiri di hadapan perempuan tersebut.Suasana di dalam lift tersebut sunyi cuma sesekali kedengaran  bunyi  kabel lift yang turun setingkat demi setingkat.

Tiba-tiba dia teringat kisah lift berhantu di fakultinya di UiTM Shah Alam 5 tahun dulu.Kisah tersebut begitu popular sehingga kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi tidak sanggup untuk stay up begitu lama di kawasan fakulti.Mereka lebih rela belajar di rumah atau kolej daripada menggunakan lift berhantu tersebut.Ada pelbagai versi cerita yang biasa didengar antaranya kisah perempuan yang mencari anaknya di bangunan menara, kisah seorang lelaki yang masuk ke lif dan jasadnya terus menembusi dinding dan kisah lif terbuka di tingkat-tingkat tertentu walaupun tiada sesiapa yang berada di situ.

Lamunan Azri tersentak apabila lampu lift tiba-tiba terpadam dan lift terhenti di tingkat 5.Dengan tidak semena-mena bulu romanya berdiri.Azri cuba membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang terlintas di kepalanya sambil berdoa supaya lift segera berfungsi .Tiba-tiba dia terdengar seperti suara seperti orang menangis teresak-resak di belakangnya.Perempuan iu bersuara 'Abang jangan tinggalkan saya, saya takut'.Azri mula cemas.Peluh mula keluar dari dahinya.Tidak lama kemudian lampu lift kembali terbuka dan lift mula bergerak.

Tiba sahaja di tingkat 1, pintu lift terbuka dan Azri bergegas keluar dari lift.Kedengaran perempuan itu memanggilnya lagi.'Abang jangan tinggalkan saya, abang jangan tinggalkan saya'.Azri terus sahaja berlalu tanpa menghiraukan.suara perempuan itu.Setibanya di pintu utama, Azri terus berlari ke keretanya.Pengawal keselamatan di situ, Ali turut berasa hairan kerana kebiasaannya Azri akan menegurnya dahulu sebelum pulang ke rumah.

Keesokan harinya, Azri kembali ke pejabat.Ali yang baru sahaja habis shift bekerja terus menegur Azri.

'Kenapa kau semalam Azri.Laju semacam balik macam kena kejar hantu saja.Rugi kau turun awal sangat.Ada awek cun mintak aku tolong teman dia naik atas sebab kunci  kereta dia tertinggal dekat office tingkat 11.Dia takut nak naik dorang-sorang.Hah, itu pun awek tu!Dia siap bagi aku no telefon lagi', katanya sambil menunjuk  ke arah  seorang gadis manis berbaju kurung hijau daun pisang.

Azri terus memalingkan mukanya sambil menyumpah dalam hati 'Damn, melepas aku!'


41 comments :

salina sayang said...

hahahaha...ingatkan betul-betul seram. rugi si azri tu yek.

ArulchelseA said...

wehhh cuak aku bro...kih kih kih

Opah Kentang said...

haha..terlepas dye kan..kekee..

cik_paan said...

hahahahah..melepas azri tu....

syufaa said...

hahaha..awokk kecut perut bce..
last2 gituuu ghupenye!!
haha..siannn..melepass.. :P

ChaCha said...

haiayaa..bikin saspen je wawan nih...

KinosKoko said...

abg, jgn tinggal daku..
hahahahhaa

APAN said...

nme ko hazwan kan?siapa lak azri ni atau ni cerpen mlm jumaat je bro?cam kisah realiti je ni...

kalau ko la azri tu...padan la muka ko.kesian.haha...

fadh leyanie said...

haha..takut punya pasal!
kan dah melepas..bikin saspen je permulaan cerita :P

Hati Batu said...

ni semua hantu punya kerja la ni..haha dah terlepas sorang awek cun..haha :P

Cikya said...

wan, kena pesan kat perempuan tu, len kali nak mintak tolong...
susun ayat biar penuh..
jangan sekerat2, kan dah kena tinggal..
haha :D

marina anakcikbob said...

melepassss...

SyAE SyEa said...

haha..semat..
lps ni, dga smpi hbes dlu ap irg na ckp..
haha :D

TYNTHA LANA said...

hisshh. ingat betoi2 tdi..yg tabuley bla..ada nama uitm s.alam dihatiku, hahahaha.

shida'R said...

hhaaduiihh....kusyuk bca kot..cite nih..arghh..adikk xpuas hati nih..hahaaaa :P

misspurple said...

hahaha rugi3 !! cehh bjet seram giler la =)

HAZWAN17 said...

@salina sayang:
rugi kan hehe..kan da melepas awek cun

HAZWAN17 said...

@ArulchelseA:
rilek la bro takkan cuak kot..hehehe

HAZWAN17 said...

@Opah Kentang:
tu la sape suro takut sangat hehe

HAZWAN17 said...

@cik_paan:
nak menyesal pun dah tak guna lagi...

HAZWAN17 said...

@syufaa:
wahaha sampai kecut perut baca erk..terima kasih kerana baca sampai habis

HAZWAN17 said...

@ChaCha:
baru feel sket bila ada unsur-unsur suspen..kan cha hehe

HAZWAN17 said...

@KinosKoko:
abang takkan meninggalkan mu sayang ahahahaha

HAZWAN17 said...

@APAN:
ni cerpen sekadar hiburan malam jumaat je bro..tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia hahaha

HAZWAN17 said...

@fadh leyanie:
nak jugak jadi penulis cerita seram macam fadh hehehe

HAZWAN17 said...

@Hati Batu:
memang hantu punya hantu....tak pasal-pasal melepas haha

HAZWAN17 said...

@Cikya:
nak buat macam mana tak sempat nak cakap penuh mamat ni dah lari hahaha

HAZWAN17 said...

@marina anakcikbob:
apa nak buat nasi dha jadi bubur

HAZWAN17 said...

@SyAE SyEa:
pengajarannya jangan terlampau takut sangat hehehe kerana ketakutan kadang-kadang akan merugikan

HAZWAN17 said...

@TYNTHA LANA:
betul ramai orang cite menara dekat saas tu berhantu hahaha

HAZWAN17 said...

@shida'R:
haiya awat tak puas hati pulak neh hahaha

HAZWAN17 said...

@misspurple:
aik tak seram ke hahaha..takpe lepas ni buat citer seram lak

i am S!L4H.. said...

hahaha. baru je nak feeling2 tutup muke ngan bantal.

hazwan said...

@i am S!L4H..:
hahaha saspen tak silah?

i am S!L4H.. said...

mesti la. haishh. seb bek x ape2. =p

HAZWAN17 said...

@i am S!L4H..:
ape la tu pun takut ngeh3

HAZWAN17 said...

@i am S!L4H..:
ape la tu pun takut ngeh3

dieyla said...

haha.kalau aku jadi laki tu pun aku takut.sbb sebelum tu kan lif rosak.mesti jadi seram sih.bunyi plak org nangis.haha

dieyla said...

haha.kalau aku jadi laki tu pun aku takut.sbb sebelum tu kan lif rosak.mesti jadi seram sih.bunyi plak org nangis.haha

Ain said...

cis cis tipah tertipu xD

Anonymous said...

hahaha....mst azri tu menyesal xsudah..klu x dah dpt awek buat bini...hee