Trend Berbasikal Kembali

Sejak-sejak minyak naik harga ni, makin ramai pulak yang berbasikal.Sekarang ni ramai budak-budak remaja yang naik basikal.Kalau dekat Shah Alam selalu saja lalu dekat area-area apartment aku malam-malam buat konvoi berbasikal beramai-ramai.Color basikal masing-masing memang meriah siap ada lampu lip lap lip lap lagi dekat belakang basikal tu.Tapi bila dah penat mengayuh masing-masing menyorong basikal sendiri dekat tepi jalan.



Nama jenis basikal ni fixie bike.Harga boleh tahan mahal jugak.Paling murah beratus-ratus tapi sampai beribu-ribu pun ada tapi kalau minat tak kisahlah.Berfaedah jugak aktiviti berbasikal ni di samping mengeluarkan peluh dapat jugak berkenalan dengan geng-geng basikal.At least, tak ada lah masa terbuang begitu sahaja dengan aktiviti yang tak bermanfaat dan membuang masa.Lagi satu dapat jugak elak remaja-remaja dari merempit dengan motor.Try lah merempit guna basikal ni kalau nak ke longkang sebab selalunya basikal ni tak ada brek tapi kalau yang beginner tu memang disarankanlah pasang brek.

Dulu zaman kecik-kecik minatlah main basikal-basikal ni.Dulu brand-brand yang selalu orang guna dan famous mestilah GT dengan BMX.Siap pasang apa benda pasang dekat tayar depan dengan belakang tu.Kalau dekat tempat aku dekat Pasir Gudang ni dipanggil 'totok.Bila dah pasang 'totok' depan belakang, handle pulak boleh pusing-pusing buat freestyle.Memang basikal kau paling hebatlah.Satu lagi basikal Chopper.Mula-mula basikal Chopper tu macam hodoh dengan bakul kat depan tapi dapat dekat budak-budak yang terer modified last-last jadi macam motor Harley Davidson versi basikal .Masa kecik-kecik selalu main lumba-lumba keliling taman taman pastu lawan lajak dekat jalan berbukit.Tapi bila dah start pandai bawak motor memang tak naik basikal lagi dah lah.Penat kot.

Hazwan: Rasa macam cool pulak kalau dapat naik basikal ni.


48 comments :

nur asiyah said...

FIXIE BIKE!;)

ninjakecik said...

teringat darjah 6 dulu main basikal, tgh berhenti kat tepi jalan berbukit nk tengok ada kereta ke tak, tetiba boleh pulak jatuh dlm longkang. ==' padahal x bergerak pun. trikan graviti agknye. haha

HAZWAN17 said...

@nur asiyah:
minat ke?best tak naik basikal ni

HAZWAN17 said...

@ninjakecik:
itu bukan sebab graviti..tapi sebab tak pandai bawak basikal hehehe gurau jerk

adwafarahin said...

sepupu adwa beli rm800 gak la

mmg trend skrng :)

Rozuan Ismail said...

basikal ni pon mahal harganya =).beribu-ribu harganya.huhu.jimat sikit minyak naik basikal =)

shida'R said...

itu lagi baik..dsamping bjimat blh exercise hehee^^

Wanie said...

dah 4 tahun tak naik basikal..tak tau la pndai naik ke tak lagi..hihi

nt dah ramai naik basikal, mahal la harga basikal..

Syuk Ry said...

mcm menarik jak nek basikal..
Rahsia Mudah AFTER EFFECT !!

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

virus ni dah merebak sampai tempat aku gak..pelik org sanggup jual motor sebab nak beli basikal ni..xpaham aku..haha

Alexandriana Alia said...

fixie mmg ramai pakai, selalu gak nampak kat danau kota geng2 basikal ni. macam terpegun je tgk dorang hehehe

HAJAR hasan said...

minat fixie !! tapi, tak mampu nak beli. err.. tp, basikal capok kat rumah ni lagi best. banyak gilerr berjasa. wee~ :)

SyAE SyEa said...

bes an klo dpt nek beskal lg..haha..skang sume na nek moto je..sempoi laa nek beskal,cme slow laa..haha..

jom lah beli beskal rmi2..t dpt diskaun..haha :D

NURUL NATASYA AMIR said...

i ada beskal roda tiga.Wakakak :P

pinqy taraturuu said...

haha teringat dulu mase zaman2 nek basikal pegi skola
bangge r dapat bawak lerun~
haha skrang basikal pun dah tak bape reti nek
merempit plak keje~
haha..

Fathiah Hamim said...

tu lah. fa pun dah terasa nak bawak beskal g class.

decrewz said...

Baru2 ni lepak kat taman dengan org umah tengok org berbasikal.. Terkeluar pulak ayat dari mulut org umah.. 'Jom beli beskal'.. Nampak macam best je.. :)

iniialahaku said...

aku dok melaka 3 bulan...jiran sblah rumah pkai beskal ni..dpan umah ada belakang ada...lepak mana2 mesti aku nmpak..buknnya sikit..nak2 lagi kat dataran phlawan...berlambak gila...kat KL ni kureng lagi aku tgk..

fadh leyanie said...

bawak basikal mmg best tengah terbayang bawak basikal kat tepi sawah..^^

ShashaCatering said...

Saya memang suka naik basikal ni. Dah lama ada basikal, boleh jalan2 sambil exercise.
Kalau nak beli basikal ramai2 saya pun nak join. Boleh beli 1 lagi basikal ;)

THE LEKAT LEKIT STORY said...

memang perasan budak2 main basikal sekarang ni.. lebih bagus dr merempit

cucu umie said...

dh lama ayie tak merase nek basikal..hha sebb kat rumah memang sh xad basikal..ad pon motor and kereta shja..tpy bgus gak nek basikal nie boleh exercise

HAZWAN17 said...

@adwafarahin:
huhu mahal tu 800...

HAZWAN17 said...

@Rozuan Ismail:
memang mahal bro..mau ratus-ratus jugak yang paling murah

HAZWAN17 said...

@Rozuan Ismail:
memang mahal bro..mau ratus-ratus jugak yang paling murah

HAZWAN17 said...

@shida'R:
tapi penat jugak nak mengayuh haha

HAZWAN17 said...

@Wanie:
sama la dah lama jugak tak naek basikal..ni balik umah nak basikal dulu time sekolah rendah macam pelik pulak

HAZWAN17 said...

@Syuk Ry:
mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak..try la beli

HAZWAN17 said...

@muhammad iqbal hakimi bin tahir:
wah dah macam virus pulak erk bro..tau takpe ramai yang dah berkecimpung dalam dunia basikal ni sekarang ni

HAZWAN17 said...

@HAJAR hasan:
kumpul duit dulu hajar...sehari rm1 sampai 500..dapat la beli fixie ni.. basikal zaman kecik-kecik dulu tinggal satu je..yang lain2 dah jadi rangka...

HAZWAN17 said...

@SyAE SyEa:
kalau nak bersiar-siar boleh la..kalau nak kayuh jauh-jauh mau rasa tercabut kaki

HAZWAN17 said...

@NURUL NATASYA AMIR:
hahaha..nak pinjam boleh basikal tu..nak bawak pegi keje

HAZWAN17 said...

@pinqy taraturuu:
wah sekarang merempit pulak erk... lerun pun famous jugak dulu haha

HAZWAN17 said...

@Fathiah Hamim:
dekat shah alamada dua orang awek selalu naek basikal time keluar..cool....

HAZWAN17 said...

@decrewz:
apa lagi bro beli sepasang..baru macam romantik berbasikal dua orang

HAZWAN17 said...

@iniialahaku:
pengaruh azizulhasni awang kot...

HAZWAN17 said...

@fadh leyanie:
tengah bayangkan tengah lumba basikal le tour de langkawi hehe

HAZWAN17 said...

@ShashaCatering:
wah sis dah ada erk basikal fixie ni..mesti best kan

HAZWAN17 said...

@THE LEKAT LEKIT STORY:
yup betul..daripada merempit baek naek basikal

HAZWAN17 said...

@cucu umie:
apa lagi ayie..angkatlah sebijik basikal fixie ni haha

Arya Putra said...

setuju..di tempat Hac ni pun dah ramai yang berbasikal..teringin nak beli satu tapi takut hangat2 t**k ayam je..heheh..

HAZWAN17 said...

@Arya Putra:
takpe nanti kalau dah agak-agak hangat-hangat tahi ayam boleh jual 2nd hand

APAN said...

bila aku baca ni aku baru perasan...basikal ni mmg xde brek ke? agak bahaya gak tu. huhu..

kat area kuantan ni lom nmpak lagi kewujudan basikal ni. x tau la...

HAZWAN17 said...

@APAN:
yup awal-awal beli memang tak de brek..tapi boleh pasang raseny...

I.b.A said...

Nk g survey la"

I.b.A said...

Nk g survey la"

I.b.A said...

Nk g survey la"

I.b.A said...

Nk g survey la"