Assalamualaikum
Semalam aku sempat tengok rancangan Seteguh Waja di TV1 yang mengisahkan kehidupan seorang penjual cendol berbangsa India.Walaupun dia berkaki palsu selepas terlibat dalam kemalangan, tapi semangat untuk mencari rezeki sebagai ketua keluarga tidak pernah hilang demi menyara keluarganya termasuk isteri yang menghidapi penyakit rahim dan dua anak yang masih bersekolah Aku sebenarnya kagum dengan manusia-manusia seperti ni.Cekal dan tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan.
Dia tidak pernah mengeluh, walaupun pendapatan seharian yang diterima tidak lah setinggi mana.Kadang-kadang cuma dapat berbelas-belas ringgit sehari.Agak-agak apa yang boleh dibeli dengan nilai wang sebegitu.Nak beli barang keperluan harian pun belum tentu mencukupi apatah lagi digunakan untuk bersuka ria.
Sejujurnya aku sendiri seorang manusia yang suka mengeluh tapi aku akan cuba berubah supaya menjadi lebih positif pada masa akan datang.Realitinya kita sentiasa akan mengeluh jika kita diuji dengan sedikit kesusahan dan kesulitan.
Jika kita sentiasa mengeluh dengan pekerjaan di pejabat.Bersyukurlah kerana kita masih mempunyai pekerjaan sedangkan masih ramai penganggur-penganggur yang masih bersusah payah mencari pekerjaan untuk diri mereka.
Jika kita sentiasa mengeluh dengan wang ringgit yang tidak mencukupi.Bersyukurlah kerana kita masih mempunyai wang untuk mendapatkan sesuap nasi di kala masih ramai orang di dunia ini yang mengalami kebuluran.
Jika kita sentiasa mengeluh dengan rumah yang kecil.Bersyukurlah kerana kita masih mempunyai mempunyai ruang untuk berlindung dari hujan dan panas ketika masih ramai yang tidur berbumbungkan langit beralaskan tanah.
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah.
Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah.
Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah.
(Surah Al-Maarij Ayat 19-20)
Sekian.....

11 comments:
manusia tidak pernah berhenti mencari & puas dgn apa yg di miliki sbb tu kita suka mengeluh
erm..
manusia ni tak pernah rasa cukup..
yg miskin nak jadi kaye..
yg dah kaya nak lagi kaya..
x salah untuk hidup senang tp berpada2 la..biarlah hidup secara sederhana..
manusia sentiase akan megeluh tetapi kita boleh ubah sikap itu dgn bersyukur dgn apa yg diberikan oleh Allah..dan yakin semiskin kita ad yg lagi miskin..so, perlu bersyukur dengn nikmat yang Allah berikan..
ermm..nice entry :)
betul tu..kita kne bersyukur dgn apa yang ada..
tapi itulah manusia tidak pernah cukup dgn apa yg dimiliki..
apa2 pun kita renungkan bersama dn slamat beramal hehehe :P
betul apa yang ko cakap tu bro.tapi kita manusia ni biasalah...aku sendiri selalu mengeluh....Hmmm....
Bersyukur dengan apa kita ada. mungkin ada hikmah disebalik pemberian-Nya.
bersyukurlah dgn ap y ad kn..:)
@czueka zulaikha:
betul tu..bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang
@amry:
sama la kita bro...lepas ni kena sentiasa positif walau apa pun yang datang
@Hisyam Nozi:
betul tu..Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya
@eRza farEeha:
betul tu erza...sokong 100%
Post a Comment