Yang Pelik Yang Jelik: Peluang Pekerjaan Khas Untuk Anak Dara Yang Menganggur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Iklan Jawatan Kosong
Peluang Kerjaya Bersama Syarikat Pengeluar Teh Terkenal Di Dunia

Kami syarikat pengeluar teh yang berpusat di Gusyi, China  sedang mencari individu-individu yang berkelayakan, berdedikasi, berdaya saing dan mempunyai semangat untuk berjaya bagi menjadi sebahagian daripada syarikat kami. Kami merupakan syarikar pengeluar teh yang terkenal dengan kualiti dan juga aroma teh yang sungguh hebat.Kini kami ingin membuka peluang kepada anda untuk menyertai kami

Syarat-Syarat Permohononan
  • Pemohon mestilah masih mempunyai dara
  • Umur adalah lingkungan 17 hingga 25 tahun
  • Tahap pendidikan tidak diutamakan
  • Mempunyai penampilan yang kemas dan sedap mata memandang
  • Berpewatakan menarik
  • Mempunyai kemahiran dalam menggunakan mulut secara optimum
  • Gaji harian yang lumayan RM259 sehari
  • Sanggup untuk bekerja luar kawasan dan lebih masa
Sekiranya berminat hantarkan resume lengkap beserta gambar saiz pasport anda kepada kami di alamat emel seperti berikut admin@marikutipteh.com atau hubungi wakil kami seperti di bawah.
Tauke Ladang Teh : 010-88998866
Ketua Human Resource: 017-22042011


GUSHI - Sebuah ladang teh di China hanya akan mengupah perawan untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukan tugas tersebut.

Daun teh yang sudah dipetik itu perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka.
Dalam satu iklan untuk mencari pemungut teh sepenuh masa, pihak pengurusan Ladang Jiuhua yang terletak di sini, wilayah Henan menyatakan, pemohon mesti seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar.

"Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir," kata jurucakap ladang berkenaan, Li Yong.

Menurutnya, ladang itu menawarkan gaji £50 (RM249) sehari yang dianggap lumayan di China kepada gadis-gadis terbabit.

Legenda tempatan menyatakan, daun teh itu dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. - Agensi


Hazwan: Memang berbaloi dan masyuk kerja macam ni tapi tak boleh jadi kerja tetaplah.kalau tak memang jadi anak dara sampai ke tua sebab tak boleh kawin.Kalau kawin automatik korang dipecat.Iklan dekat atas tu cuma gurauan semata-mata.


Jom Tengok Promosi Terkini.KLIK Banner:
        


20 comments:

jijiejujue said...

ahaha pelik sungguh. takda maknanya. demand sungguh. nak kutip daun teh je pun :P

HAZWAN17 said...

@jijiejujue:
tu sebab teh dorang mahal dan sedap...hahaha

adwafarahin said...

skali ngah kutip2 leher cramp..hahah

macam2 hal lah

kAmi dAn mEreKa said...

kesian la kat mak2 org kan.
diskriminasi ni. hehe =)

YAYA said...

unik. kalau lah saya warganegara china, mesti saya tak lepaskan peluang :D

laskar pelangi said...

fuhhh!! ponat kjeww asyik nak kena gigit daun teh...tetibe gigi pon boleh kejang...he3~~

Shida Radzuan said...

hihi^^ adik kak dah bkerja so iklan kan ke yaniej jelah hahaha dia perlu pkerjaan =P

NAZREE said...

diorang tak nak tawarkan pekerjaan pada lelaki hensem ke? teh pun boleh jadi sedap ape~..

HaHa

Fantastic Ajane said...

ada pula kisah mcm ni kan.. mmg terjaga la kualiti tu.. betul juga hazwan.. x blh keja tetap kat situ... hehehe

bluedianthus said...

Ish..ada2 je nak cari kerja macam ni..:)

HAZWAN17 said...

@adwafarahin:
jangan risau..sblm kerja ada sesi warming up untuk elak cramp haha

HAZWAN17 said...

@kAmi dAn mEreKa:
nak buat macam mane..mereka ni nak yang dara-dara jerk

HAZWAN17 said...

@YAYA:
banyak tu gaji sehari..kaya-kaya

HAZWAN17 said...

@laskar pelangi:
gigi pun boleh kejang erk..macam kena kancing gigi pulak

HAZWAN17 said...

@Shida Radzuan:
hahaha..kena promote dekat yanie erk

HAZWAN17 said...

@NAZREE:
tak ramai perempuan yang minum teh.. selalu lelaki je yang mengeteh..sebab tu die pilih perempuan jadi pekerja

HAZWAN17 said...

@Fantastic Ajane:
tu la quality is the best policy.. kena mematuhi piawaian antarabangsa hehe

HAZWAN17 said...

@bluedianthus:
tu la pasal..macam-macam hal dalam dunia ni

i am S!L4H.. said...

boleh jadik nenek2 si bongkok 3 terus kje smggu kt sini. hahadehhhh

mann said...

yang terbaru di China adalah teh tahi panda, satu masa nanti mungkin ada teh tahi manusia jadi pekerja diwajibkan memakan daun teh sebagai diet harian sebelum m
engeluarkan kembali sebagai tahi daun teh!

Related Posts with Thumbnails