Tazkirah Jumaat: Kisah Rasulullah SAW dan Buah Limau

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. 

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


Hazwan: Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita.Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.
 

26 comments:

ucu keyna said...

salam jumaat^_______^
sbb 2 la kite kne jadikkan nabi muhammad sbgai idola..
wlupon kite sume x perfect,tapi kite leh mencari kesempurnaan 2..
perkongsian yg mnarik..
ana ske >_<

suffer8zine said...

salam jumaat bro, tazkirah yang baik

Terkini : Gunting Dalam Perut Selama 3 Tahun

FariehanIbrahim [LBC] said...

perkongsian yg sgt nice! ^_^

fadwa daud said...

subhannallah..indahnya akhlak kekasih Allah itu..semoga kita dapat mencontohi baginda..InsyaAllah..

SyAE SyEa said...

selawat ke atas baginda..
smg akhlaknye dijadikn panduan n ikutan..
insyaAllah,amin :)

adamzico said...

Tima kaceh share this with me.. wink!

missSandwich said...

Waa~ MasyaAllah~ Akhlak kekasih Allah..Sapelah kita pula??..~

dya adriza said...

subhanallah.. tertarik dgn kisah kekasih Allah yang ini.. indahnya akhlak baginda..

i am S!L4H.. said...

=) =) [ernah dgr cite ni. kt sekolah dulu. sesungguhnya Rasul Allah itu tiada tandingannya. tp kite bole jdik mcm tu jgk kn. ~

Shahirah Zainol said...

syukron jazilan share pasal kisah nabi nih.

hafiz hafizol said...

so sweet.. mustahil HH leh tiru kemuliaan Baginda.. sob3.~~

blog-tips-kurus said...

keperibadian Baginda sunguh mengkagumkan..

HAZWAN17 said...

@ucu keyna:
betul tu...nabi muhammad SAW perlu kite jadikan idola dalam semua aspek kehidupan

HAZWAN17 said...

@suffer8zine:
sharing is caring :)

HAZWAN17 said...

@FariehanIbrahim [LBC]:
semoga dijadikan teladan oleh kita semua

HAZWAN17 said...

@fadwa daud:
sama-samalah kita berusaha ke arah tu ye fadwa

HAZWAN17 said...

@SyAE SyEa:
tepat sekali junior....

HAZWAN17 said...

@adamzico:
sama-sama bro...ilmu yg baek kena dikongsi

HAZWAN17 said...

@missSandwich:
kita sebagainya umat baginda kenalah cuba mencontohi akhlak baginda

HAZWAN17 said...

@dya adriza:
akhlak rasulullah SAW memang tiada bandingannya...

HAZWAN17 said...

@i am S!L4H..:
boleh jerk silah...memang akhlak baginda wajar dijadikan ikutan

HAZWAN17 said...

@Shahirah Zainol:
afwan ya shahirah

HAZWAN17 said...

@hafiz hafizol:
yang penting usaha ke arah tu bro

HAZWAN17 said...

@blog-tips-kurus:
sungguh terpuji akhlak baginda SAW

azrijohan said...

subhanallah...

klu saye nak share kisah ni bole?
sebagai pengajaran..

HAZWAN17 said...

@azrijohan:
boleh saje..silakan-silakan

Related Posts with Thumbnails