Surat Dari Murid Pencinta Nasi Lemak


 Ke hadapan Guru Besar yang saya kasihi,

Saya, Mohd Hazwan salah seorang murid pemulihan tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 5, ingin memohon kepada tuan untuk menarik balik larangan menjual nasi lemak di kantin sekolah.Untuk pengetahuan tuan, saya sekarang sudah tidak semangat lagi untuk belajar ketika di dalam kelas kerana tidak dapat makan nasi lemak 50 sen pada waktu rehat.Nasi lemak merupakan sumber tenaga utama saya setiap hari.Kebanyakan kawan-kawan saya juga merasakan hal yang sama


Saya juga pernah mempunyai dua orang abang yang bersekolah di sini satu masa dulu, mereka memberitahu saya yang mereka hampir setiap hari makan nasi lemak di kantin sekolah walaupun dulu harganya cuma 30 sen sepinggan.Tuan nak tau di mana mereka sekarang?Seorang telah menjadi doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur dan seorang lagi akan menamatkan pelajaran dalam bidang teknologi makanan tidak lama lagi.Jadi saya rasa alasan murid-murid akan menjadi lembab dalam pelajaran adalah tidak munasabah.

Alasan kedua yang mengatakan nasi lemak boleh menjadi penyebab obesiti juga adalah kurang tepat. Walaupun saya hari-hari makan nasi lemak tapi saya tidak juga obesiti. Saya masih slim dan berat sentiasa maintain kerana saya selalu beriadah antaranya berlari-lari di padang dan lari dari sekolah.Sebenarnya ini berpunca dari gaya hidup murid-murid sendiri yang selalu mengamalkan budaya 'makan tidur facebook blog tidur' seterusnya menyumbang kepada obesiti.Justeru, saya mencadangkan agar waktu Pendidikan Jasmani ditambah dari 1 jam seminggu kepada 4 jam seminggu.Selain itu perhimpunan pagi juga boleh digantikan dengan senamrobik untuk menggalakkan murid-murid bersenam.Hari Sukan sekolah juga perlu dibuat setiap 2 bulan sekali.

Tambahan pula, larangan penjualan nasi lemak di kantin telah menyebabkan jualan makcik kantin merosot dengan mendadak.Saya dapat lihat riak wajahnya yang sentiasa bermuram setiap hari.Saya bimbang ini akan memberi kesan kepada kesedapan makanan di kantin sekolah kita.

Saya berharap agar pihak tuan akan mempertimbangkan aduan dan cadangan saya ini. Bak kata pepatah 'nasi lemak merupakan warisan zaman-berzaman, takkan nasi lemak hilang di dunia'.

Yang benar,
Murid pencinta nasi lemak 50 sen

Hazwan

Di Sebalik Tabir: Mohd Hazwan

Blogger Tak Berapa Nak Tegar.Menaip Bila Rasa Nak Menaip. Tak Perlu Kejar Entri Janji Puas Hati.

95 comments:

whitelover said... [Reply to comment]

haha..ini menarik

Azura Banyak Cakap said... [Reply to comment]

Hahaha, thumbs up!

shatooman said... [Reply to comment]

hahaahha..terbaik la punya surat..kesian budak2 nk makan nasi lemak..nk belajar pon x leh bg tumpuan sbb badan lemah tanpa nasi lemak.

kAmi dAn mEreKa said... [Reply to comment]

ckp kat guru besar tu, peniaga kelapa pon menangis nanti. tak de org nak beli kelapa, =)

sizuka[Izzati] said... [Reply to comment]

hahaha.sokong adik ni!akak suka nasi lemak jugak!

Far8 budak baik said... [Reply to comment]

tu ar psl..tanpa nasi lemak..
siapa lahh kita..
hahaha =)

hawiz said... [Reply to comment]

kahkahkah3....mmg terbaik r surat tuh..suke3!!...hebat siot..

HajarRasdi [BdkKck] said... [Reply to comment]

lawakkan.. isu nasik lemak pon sampai nak masok berita.. tp mmg best la surat nie.. =)

::nuRuLaDHar:: said... [Reply to comment]

bhahahaaa tak bley blah isi last skali..kahkahkah

~suke makan nasi lemak!

whitecappuccino said... [Reply to comment]

kesian kat peniaga ikan bilis dan kelapa..huhu..cute!

IzREen :') said... [Reply to comment]

wah.. menarik2..

Az-Zahra Fauzee said... [Reply to comment]

emm~
nasik lemak pun nk kecoh..
xde plak die haramkan mkanan lain..
mcm jajan 2..
kan?
kesian adek2 yg nk mkn nasi lemak tu...

DaHLia said... [Reply to comment]

terbaekkk!!!!

Selama ni kita makan nasi lemak, belajar pandai takde masalah pun kan... takkan nak hidang nasi berlauk..kalo lauk xmasak macam mana...dah tu bukan senang, bukan murahhhh

lainlah kalo semua rela makan salad jer... :D

SyAE SyEa said... [Reply to comment]

wahaha..stylo lah surt ye..
caya lah :D

Shida Radzuan said... [Reply to comment]

adoiii..hihi da sampai macam ni anak murid^^

Rozuan Ismail said... [Reply to comment]

serius setuju sangat..byk dengar komple org ramai tak setuju dgn benda ni..nasi lemak is our food,kalau budak pon dh tak kenal nasi lemak,cm ner

ChaCha said... [Reply to comment]

hidup nasi lemak! :P

.:|kamaryeah|:. said... [Reply to comment]

nice lahh~!!

nasi lemak dgn rakyat malaysia da sgt sebati~
so payah bila nk dipisahkan~
hahaha~!!

fatin_mira said... [Reply to comment]

menarik2 :)

cik_paan said... [Reply to comment]

nasib baik xde sekatan nasi lemak kat um..
nanti kena buat reformasi lak nt

Luqaz said... [Reply to comment]

nice en3..

OreO HitaM said... [Reply to comment]

Blogwalking:

Gila kot tarik nasi lemak..
Buleh kena sydrome tak cukup zat

SARAH said... [Reply to comment]

terBAek!!!....haha...

adwafarahin said... [Reply to comment]

alololo siannye, nk makan nasi lemak 50sen punye pasal sanggup die hehe

Muhammad Burn said... [Reply to comment]

haha. agak2 la. guru besar jwb x?

Izzuddin Fauzi said... [Reply to comment]

wohooo... extream budak pemulihan nie :D sure cemerlang :D

♥♥uNie FaRaHaNi♥♥ said... [Reply to comment]

kenapala nasi lemak yg dpersalahkan bila Obesiti..padahal byk lgi mknan lain yg jd punca....x faham...huhu

kucarkacir said... [Reply to comment]

haha..
adoii..
sian budak tu..
apalah salah die..

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@whitelover:
oh menarik gila..hehe..kesian budak tu tak dapat makan nasi lemak

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@Azura Banyak Cakap:
pandai betul budak ni tulis surat kat guru besar die :p

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@shatooman:
betul tu..nak makan nasi campur mahal pulak..terpaksa la tak makan..tu yang jadi lemah tu haha

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@kAmi dAn mEreKa:
baik...nanti saya bagitau guru besar...

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@sizuka[Izzati]:
sama la kita kak..saya suka nasi lemak jugak

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@Far8 budak baik:
tanpa nasi lemak siapalah guru besar.. guru besar pun makan nasi lemak jugak

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@hawiz:
terbaik...mesti dapat A bahasa melayu dia nanti time UPSR haha

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@HajarRasdi [BdkKck]:
betul tu..pasal nasi lemak pun nak heboh satu dunia..kesian nasi lemak

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@::nuRuLaDHar:::
saya pun suka makan nasi lemak....
tapi skrg kantin sekolah saya dah tak ade jual hehe

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@whitecappuccino:
betul tu..terjejas ekonomi dorang..kesian

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@IzREen :'):
terima kasih :)

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@Az-Zahra Fauzee:
betul tu..patutnya haramkan jajan je eh tapi jajan sedap jugak...choki-choki sedapnya

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@DaHLia:
saya budak sekolah rendah..tak mampu nak beli nasi campur..ape kate cikgu dahlia belanje?OK?

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@SyAE SyEa:
stylo erk..terima kasih daun pisang buat pembungkus nasi lemak

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@Shida Radzuan:
kami mahu nasi lemak dijual di kantin sekolah

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@Rozuan Ismail:
nasi lemak tradisi nenek moyang kita..jangan biarkan ia hilang

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@ChaCha:
ya! Hidup nasi lemak

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@.:|kamaryeah|:.:
betul-betul-betul, tanpa nasi lemak tak enjoy lah hidup

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@fatin_mira:
terima kasih

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@cik_paan:
kalau dekat u pun kena sekat..gerakan dan reformasi kena dibuat...berani kerana nasi lemak

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@Luqaz:
terima kasih sudi membaca entri ini

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@OreO HitaM:
betul tu..kami dapat rasakan badan kami kurang berzat sejak akhir-akhir ni

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@SARAH:
terima kasih..sokong lah industri nasi lemak malaysia

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@adwafarahin:
mesti sanggup.kami mahu kan keadilan untuk nasi lemak kami

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@Muhammad Burn:
guru besar tengah pikir ayat macam mana nak balas

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@♥♥uNie FaRaHaNi♥♥:
betul-betul..parent selalu sangat bawak pegi makan fast food mana rak obesiti

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@kucarkacir:
betul-betul kesian kami budak-budak sekolah hehe

ammboi.blogspot said... [Reply to comment]

hahaha..
canggih wan..
ko hantar ler surat ni kat diorang yg tak berapa cerdik pandai tu..
ammboi dulu pun kaki nasi lemak ngan pelbagai lg nasi kat sekolah dulu..
perut boroi (standar gaban) bukan gemuk... geng 'diorang' yg ckp x baik mkn nasi tu sendiri ada yg gemuk jugak.......

::nuRuLaDHar:: said... [Reply to comment]

kenapa dah xdijual...? =.='

~sian makcik kantin tu sedih..kan kan? heee

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to comment]

amboi surat...baik punya alasan adik tu bg.tp dr pencinta nasi lemak 50 sen ye?hehe

Koding said... [Reply to comment]

Walaupun aku dan keluarga adalah peminat nasi lemak no. 1,
Tetapi tiada kes obesiti berlaku...
Sokong ko Hazwan...

B.u.n.g.a.O.r.k.i.d.z said... [Reply to comment]

cayalah hazwan..

sebenarnya bkn kata isu ns lemak di sekolah. kawalan dr ibu bapa juga penting. pengambilan mknan ringan juga patut di kurangkan.
pemeriksaan perlu di jalankan di sekolah setiap 2 bln..

Tapi ckp senanglah kan bg pihak sekolah guru2 mereka juga ssh nk atasi. nk tmbh waktu itu semua masa terhad dgn tempoh PNP. ptg mmg plajar aktif dgn aktiviti..

jadi tepuk dada ty slera.. jgn slhkan ns lemak yg sememangnye sudap..

shahrihan said... [Reply to comment]

sokong adik ni..
terbaeekkkk... :D

shahrihan said... [Reply to comment]

sokong adik ni..
terbaeekkkk... :D

InGkLate said... [Reply to comment]

haah la.. bdk2 skarang dah tak aktif macam bdk2 dulu, kalau dulu2 satu kampung tawaf.. skarang dok umah lyn fb ja kot... tu yg bertambah obesiti tu..

Tuan Putri said... [Reply to comment]

hahahha terbaekkk.. suka nasik lemak jugak..tapi skunk ni nasik lemak dh tak mcm kite mkn kcik2 dulu..huhuh

apik pehe said... [Reply to comment]

aihhh..ni macam karangan versi unniversiti jer..hehehe

atie aizam said... [Reply to comment]

hahaha!!! saya sokong! so sweeet!!

IzREen :') said... [Reply to comment]

adik Izreen x nak makan kat skola dah sebab x jual nasi lemak.. huhu
jom bace entry baru izreen..
kipas susah mati asyik mengipas blogger otai..

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@ammboi.blogspot:
geng dorang tu bukan makan nasi lemak tu makan lain tu kot..shhh..cakap siang pandang-pandang hehe

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@::nuRuLaDHar:::
sebab guru besar dah haramkan..sebab apa guru besar haramkan..sbb kerajaan suroh hehe..kesian makcik kantin

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@Lydia Miza(Aidyl Azim):
sebab nasi lemak kat kantin tu 50 sen.. kalau rm1 dah jadi pencinta nasi lemak rm1 kan sis hehe

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@Koding:
betul-betul..nasi lemak bukan penyebab obesiti

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@B.u.n.g.a.O.r.k.i.d.z:
ibu bapa pun kena kawal pemakanan anak-anak..jangan selalu belikan fast food, jajan dan lain-lain dekat rumah...then rajin-rajin bawak anak pegi riadah...bukan sebab nasi lemak dekat skolah jerk

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@shahrihan:
terima kasih kak...

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@InGkLate:
itupun salah satu faktor jugak..dorang main bola jugak tapi main dekat playstation je la..haha

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@Tuan Putri:
nasi lemak sekarang harga dah lain.. kat gerai nasi lemak kosong pun dah rm1.50

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@apik pehe:
adik ni memang pakar tulis surat..selalu tulis surat cinta haha

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@atie aizam:
terima kasih kerana menyokong usaha murni adik ni ye..hehe

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@IzREen :'):
tengok adik izreen pun mengalami masalah yang sama..kesian die kan

atikNAOshi said... [Reply to comment]

haha...kesian bdk2 skola skg dah xdpt mkn nsik lemak lagi..xnikmat nk blja..keh3

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@atikNAOshi:
betul tu..kesian dorang hehe

RedVixen said... [Reply to comment]

budak kelas pemulihan bleh tulis camniii??? hebat!!

mr_kay said... [Reply to comment]

Surat terbaiks...alsan yg msuk akal..aq nk amek dax ni utk tlis srat diplomtik.

LoVe M!k4 said... [Reply to comment]

sy sokong kata2 hazwan 100%

touyakaruma said... [Reply to comment]

Janji ada kopok lekor !

i am S!L4H.. said... [Reply to comment]

ahahhh ! cdgn yg baik. pj 4 jam dan perhimpunan tukar pade senam robik tu mmg besttt la. hahaha

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@RedVixen:
dia hebat subjek BM penulisan je..lain-lain tak hebat...

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@mr_kay:
boleh-boleh..janji bayar mahal hehe

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@LoVe M!k4:
terima kasih kerana menyokong usaha yang murni tu

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@touyakaruma:
kopok leko tak kenyang kalau makan hehe

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@i am S!L4H..:
memang patut dilaksanakan secepat mungkin haha

whitelilies island said... [Reply to comment]

murid obese sbb gaya hidup tak aktif.. yg pegi salahkan nasik lemak tu pe hal ntah.. bangang punya olang loor..

CikFF said... [Reply to comment]

wehhh...tbe2 terasa nk mkn nasik lemakkk... haha..sis!!!buat nasik lemak sok pagi.. ;p

gurucyber said... [Reply to comment]

sutar terbaik.. hehe

afqh said... [Reply to comment]

Jasmani 4 jam tu tahap degree dah kot ha5

Nurul Haidah said... [Reply to comment]

haha..bagusny karangan ni..:D

Related Posts with Thumbnails