Kita Berblogging Cuma Nak Berkawan Bukan Mau Berlawan

Assalamualaikum
Cuma secebis luahan perasaan.
Dunia blogging sekarang dah semakin bercelaru pulak aku tengok.Ada certain-certain blogger yang masing-masing nak tunjuk siapa lebih hebat siapa nombor satu sampai kadang-kadang sampai wujud entri-entri atau komen-komen berbaur kutukan, sindiran, membuka aib blogger-blogger lain dan sebagainya.



Kenapa?
Boleh tarik publisiti dan jadi famous ke kalau kita buat entri-entri  dan komen-komen yang macam tu?Sedar tak sedar telah terdedah keaiban diri sendiri bila buat macam tu.Tak perlu sebenarnya untuk terlampau berprasangka buruk terhadap orang lain.Tujuan kita berblogging untuk mencari kawan bukan nak menambah musuh.

Kenapa mesti ada sifat macam ni?

Bila ada Blogger lain buat segmen dalam  blog
"Macam dah bagus sangat nak buat  segmen sendiri"

Bila Blogger join segmen blog blogger lain
"Asyik-asyik join segmen.Mana entri original kau?dah tak ada idea nak update blog ke?"

Bila Blogger baru ada follower lebih banyak
"Alah..ini mesti guna saya follow awak, awak follow saya balik kan" 

Bila Blogger lama ada follower beribu-ribu
"Harap saja ramai follower tapi entri tak ada lah bagus mana.orang follow pun sebab rupa kau yang comel dan hensem tu"

Bila Blogger selalu dapat Buffered Earning dari Nuffnang.
"Macam mana blog dia boleh selalu dapat Buffered Earning.Blog bukan best mana pun."

Rasanya tak relevan nak membandingkan dan merendah-rendahkan blog orang lain. Jangan sesekali melabelkan blog orang lain sebagai blog sampah dan sebagainya.Adakah blog kita dah terlampau hebat?Tepuk dada tanya hati.

68 comments:

Cik Aish said...

huuu pedas tapi suka sgt ngn entry ni..:)
thanks ..utk peringatan diri sdiri gak nih..kdg2 terlalu sebok tgk blogger lain, tp diri sdiri pun tunggang langgang..hmm..

adwafarahin said...

kene tgk balik tujuan asal berblogging nie,klu x jd cmnie la gaduh x puas hati

manusia biase la ader je iri hati ngan org lain kan

ika honey bunny said...

adat berblogging. tak suke blog yang aibkan blogger lain siap letak gambar bagai.

ieyla said...

ila xtaw la ila pnah wat camntu x...
arap2 xde...
tp lau marah org ad la,tp dia bukan blogger pon...

yana halim said...

suke sgt entry nih...akak baru 2/3 hari nie b'blogwalking. mcm2 jumpa haihh...siap paksa2 folo pun ada. hahaha....tak apalah. bukan susah nak klik folo tu. layan je lah bg kenkawan hepi.. :)

SENORITA ZATY said...

ade jugaakkk manusia yang nak cr publisiti melalui provokasi yang entah hape2 tah :) ee mencii taw ! hahah

decrewz said...

Selalunya kes macam ni bila perasaan dengki tu melanda hati, mulalah nak cari musuh..

jackieKOH said...

betul2..blogging sepatutnya fun..

SyAE SyEa said...

sabau ye laa ngn org cm uh..
biaq pi dy ngn dnie dy..
hope ta terikut prkara2 ta bek uh..
peace in blogging yeah!
ahha :)

Nora Karim said...

betul la.. yg penting jaga la blog sendiri... tak payah nak gaduh2... kita tau kenapa kita berblogging...

Nurun said...

buat blog pttnye seronok.
i plg tak suke kalo ade enry yg membalas kutukan yg org buat kt die. rileks sudah. hidup mesti berhati kental. xperlu dicanang2 ape yg org kutuk kite tu.

Che Sakinah said...

tahu tak pe.. takpaham gak.. rasanya punca sebenar dengki tu.. insaf2 lah ye.. tak de guna nye ngutuk2 orang ni. nice entry bro! suke :)

Faisal Abdullah said...

betul dah tu..blogging kena hepi

dya adriza said...

kdg2 gadoh sbb punca lain. apa2 pun, nk berblogging, hasilkanlah entry yg baik. ni entry mcm xd kualiti lgsg. huhu kan dah terkutuk.. i'm sorry~

--as-- said...

sudah hampir 6 tahun berblogging nih..memang entri yang dihasilkan saya tiada unsur pendidikan, sekadar diari hidup...jika ada tak suka, itu hak mereka.

[p@kcikLie] : [ mamaDiana] said...

jangan mengutuk blogger lain..memang sangat tak bagus, sebaiknya ambil iktibar dan jadikan panduan untuk meningkatkan kualiti persembahan blog kita sendiri..Terima Kasih keran memberikan sidikit kesedaran kepda newbie seperti saya.

Wen said...

betul la gak kan? knpa lak mcm tu eh... wen pun sependapat ngan entry ni... mesti org lain nak juga post terbaru kan?

dwaty said...

baru2 ni pulak ada blogger baru jadikan blog tuk luahkan perasaan. tp luahan perasaan dia ada isu2 perkauman... teruk juga dia kena maki...

Opah Kentang said...

hazwan Opah suke entry nie.
:)

Ape2 pun kita teruskan je ar berblogging.
:)

cik bunga bukan name sebenar said...

kutuk2 blogger lain dalam blog sebab iri hati hasad dengki..ntah apa2 la sikap tu..

dja_amiensukhri said...

saya blogger baru (=

tapi da ada org yg kutuk belog saya.. adehh~~

fyna said...

nice entry....
;)

Filippo said...

panasss la entry ni

sobri yaacob said...

setuju....hakikat,,..realiti sbnar,,
memang mcm 2...:)

Miss Shikio said...

memang betul.. bnyk blogger x puas hati kat blogger lain..

haishhh! susah org iri hati mcm nieh.. ^_^

Shida Radzuan said...

ha! yang ni kakak 101% setuju! cukup sekadar untuk diri sendiri ^_^

eRza farEeha said...

hehe..siyes ckp..kdg2 erza pon terpk cm2..hihi

HAZWAN17 said...

@Cik Aish:
biaselah..gajah seberang laut nampak tapi kuman depan mata tak nampak

HAZWAN17 said...

@adwafarahin:
kenapa ada orang yang selalu iri hati dengan kejayaan orang lain...

HAZWAN17 said...

@ika honey bunny:
yang tu lagi tak patut....sket lagi aib orang tu pulak akan dibukak..dunia bagaikan roda

HAZWAN17 said...

@ieyla:
biasalah tu marah tapi orang yang paling kuat ialah orang yang berjaya menahan marah tau

HAZWAN17 said...

@yana halim:
siap kena paksa eh kak...takpelah maybe dengan ada org follow blog mereka akan rasa lebih bersemangat nak blogging

HAZWAN17 said...

@SENORITA ZATY:
tapi provokasi tu akan melarat..penyokong-penyokong A pun akan buat entri..penyokong-penyokong B pun tambah lagi perasa buat entri jugak...haiya susah la macam ni

HAZWAN17 said...

@decrewz:
betul tu..tak ada faedah pun bermusuhan dalam dunia blogging ni..

HAZWAN17 said...

@jackieKOH:
tepat skali..blogging for fun..bukan untuk bergaduh sesama sendiri

HAZWAN17 said...

@SyAE SyEa:
yang baik dijadikan teladan yang buruk jadikan sempadan..betul tak junior?

HAZWAN17 said...

@Nora Karim:
blog kita wajah kita..kalau kita asik bergaduh dalam blog kita orang pun tak suka nak baca

HAZWAN17 said...

@Nurun:
bila masing-masing tak nak mengalah tu yang payah...so kalau kena kutuk just cool and chill..tak perlu buat entri balas kutukan tu..tak ada faedahnya

HAZWAN17 said...

@Che Sakinah:
tak baik dengki-dengki dekat orang.. macam mana diri sendiri dengan orang lain nak maju kalau asek pangkah memangkah sesama sendiri

HAZWAN17 said...

@Faisal Abdullah:
bila bergaduh sesama sendiri bukan diri je tertekan..orang yang baca pun boleh tertekan sekali..dah hilang dah tema blogging for fun

HAZWAN17 said...

@dya adriza:
sebenarnya bukan senang nak hasilkan entri yang berkualiti..so tak boleh nak judge entri orang lain..kalau yang copy paste tu lain lah..memang tak ada etika langsung

HAZWAN17 said...

@--as--:
kita bebas mencorakkan blog kita sendiri..tak kesahlah apa orang lain nak kata...

HAZWAN17 said...

@[p@kcikLie] : [ mamaDiana]:
kita sesama komuniti blogger saling memerlukan antara satu sama lain..so tiada guna jika bersengketa sesama sendiri...yang lama boleh bantu yang baru...dan sebaliknya

HAZWAN17 said...

@Wen:
ntahla wen..tak tau kenapa budaya ni semakin menjadi-jadi pulak

HAZWAN17 said...

@dwaty:
blogging blogging jugak...think before you write..eh type..isu-isu sensitif kena lah jaga

HAZWAN17 said...

@Opah Kentang:
betul tu opah..jangan patah semangat kalau kena kutuk ke hina ke...

HAZWAN17 said...

@cik bunga bukan name sebenar:
salah satu sifat mazmumah..wajar dihindarkan dalam kehidupan

HAZWAN17 said...

@dja_amiensukhri:
tak apa..sabar tu sebahagian dari iman..jadikan pembakar semangat untuk lebih berjaya

HAZWAN17 said...

@fyna:
terima kasih..just berkongsi pandangan yang tak seberapa ni

HAZWAN17 said...

@Filippo:
panas ke?hehe...

HAZWAN17 said...

@sobri yaacob:
semua ni akan berubah bila sifat dengki tu ditukar menjadi positif.. iri hati dengan kejayaan orang lain? so berusahalah bersungguh-sungguh nak dapat macam mereka..bukan buat entri kutuk-kutuk

HAZWAN17 said...

@Miss Shikio:
tak tau apa mereka dapat bila tak puas hati dengan orang lain..kalau dapat duit ke takpe jugak

HAZWAN17 said...

@Shida Radzuan:
betul..susah nak puaskan hati semua pihak..janji diri sendiri puas.. pedulikan kata-kata orang lain nak kata blog kita tak best ke apa ke..

HAZWAN17 said...

@eRza farEeha:
lepas ni dah boleh tukar mindset tu yerk erza hehehe

NURUL NADIAH MAMAT said...

suka entry nie....
pasal Nuff mmg xlyn dah...hiii.....

Fantastic Ajane said...

ish..minta dijauhkan kalau FA buat begitu hazwan.. sib baik x pernah lagi.. x nmpk keperluannya sindir2 blogger lain tu..:) peace kan bagus..

apik pehe said...

biasala tu sikap manusia xleh tgk orang lain senang..huhu

Nor Syafiqah said...

yess..blog for fun ..
bukan nak cari gaduh..nak bertambah kawan kan..
we have to respect each other..
am i right? hehe

Miss Yaty said...

btul tu wan..miss yaty pun perasan..makin rmai blogger bermusuhan..

Chybee said...

Chybee xde masalah pon if sape2 nk buat segmen sndri ke, join contest ke. if kite suke, follow la. xsuke jgn msk cmpur life dia as long as dia xkaco. ok kot if semua xbusy body sgt. hehe

HAZWAN17 said...

@NURUL NADIAH MAMAT:
rezeki masing-masing nak buat macam mane...

HAZWAN17 said...

@Fantastic Ajane:
betul tu buat apa nak gaduh sama kita..malaysia kite ini kecik aje.kan dah terkeluar lirik lagu

HAZWAN17 said...

@apik pehe:
tak boleh ada sifat macam tu..kena jauhkan

HAZWAN17 said...

@Nor Syafiqah:
respek, rileks, respon...
blogging for fun..tak mau gaduh-gaduh

HAZWAN17 said...

@Miss Yaty:
sama la kita..dah lama sangat perasan..

HAZWAN17 said...

@Chybee:
betul tu..chybee..kita kenalah support antara satu sama lain..bukan dengki-mendengki

Cik Aina said...

Cik Aina LIKE LIKE LIKE entry neh ! sepatutnya blogger patut sokong antara satu sama lain tapi lain yang jadi :(

i am S!L4H.. said...

mari same2 majukan industri blog malaysia.
erkkk *blog pon industri ke?* haihhh

Related Posts with Thumbnails