Keputusan Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah(Quarter Final Champions League)

Assalamualaikum dan selamat pagi
Agensi Berita Sukan@Hazwan.Com ingin melaporkan keputusan perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung sebentar tadi.Manchester United berjaya menempah tiket ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah setelah menumpaskan Chelsea 2-1 di Old Trafford untuk keseluruhan agregat 3-1.Gol pertama hasil jaringan Javier Hernandez pada minit ke-43 membolehkan pasukan Manchester United mendahului pada babak pertama.Chelsea terpaksa bermain dengan 10 orang setelah Ramires dibuang padang pada minit 70.Namun begitu Chelsea berjaya juga menjaringkan gol penyamaan menerusi Didier Drogba pada minit ke-77 sebelum Park Jisung meledak gol kedua Manchester United pada minit yang sama melalui satu serangan yang pantas.





Sementara itu, pasukan Barcelona juga berjaya melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan agregat 6-1 setelah menewaskan Shakhstar Donetsk 1-0 di tempat lawan hasi jaringan Lionel Messi.Lawan mereka di separuh akhir akan ditentukan dalam dua lagi perlawanan suku akhir yang akan berlangsung awal pagi esok antara Schalke 04 VS Inter Milan dan Tottenham VS Real Madrid. Sama-sama kita nantikan.

Hazwan:Glory-Glory Man United.Ryan Giggs memang superb tadi.2 assist yang cantik.Semakin tua semakin mantap walaupun umur dah jejak 37 tahun.

12 comments:

xazryx said...

haih .kalah lg chelsea .zz .

HAZWAN17 said...

@xazryx:
hehe kalah lagi..torres masih kemarau gol

Taufan Bin Ribut said...

standby je lah jumpe barca t.hahaha.

phee ungu said...

aiyookk . org ta tgk bolaa pun .. :P

::nuRuLaDHar:: said...

bola oh bola.. =.='

NURUL NADIAH MAMAT said...

xtau nak komen apa.....
sebab xmnt bola...hihih....
pape pon slmt bjaya pada semua pskan...ngee...

shida saje said...

hidup MU yeahhhh!!!!

hahhaha bajet betol ^_^

maisarah said...

yeah! glory glory Man U! hehe. ;D

Chegu Zubir said...

chelsea2 ape nka jadi nih

im new follower of u
nice blog

Ingin Belog anda diterjah...setiap entry dikomen????klik sini
Sape Nak Chegu Zubir Terjah?????-Segmen
Update Senarai Peserta Segmen Sape Nak Chegu Zubir Terjah???

apik pehe said...

huhu..rooney mmg mantap mase passing semalam..lawa giler

decrewz said...

MU terbaiklah..ha3

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

haha...man u memang the best!..performance terbaik!..final lah jawabnye..hehe

Related Posts with Thumbnails