Drama Juvana 'Aku Tidak Akan Terperangkap Selamanya' di TV3 dan Lagu Tema: Babak Pertama dari Drama Band

Assalamualaikum.
Aku baru lepas tengok drama Juvana episod 1 dekat TV3.Aku memang minat cerita budak-budak nakal ni.Biasalah pengaruh Crows Zero.Drama ni mengisahkan kehidupan pelajar-pelajar kes juvana di Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti.Nama watak-watak dalam cerita ni pun dah nampak ke'taiko'an dorang macam Botak, Ayam, Apek, Gaban, Gajah, Kicap dan Komeng.Antara pelakon dalam drama Juvana ni ialah Zahiril Adzim, Bront Palarea, Izreen Azminda, Beto Kushairy, Kuswadinata, Irfan Roslan dan Hariry.

Drama Juvana memang bagus disiarkan untuk tontonan umum lagipun zaman sekarang ni kes juvana semakin menjadi-jadi dalam kalangan remaja dekat Malaysia ni.Antara kes juvana yang selalu kita dengar ialah gangsterisme, buli, pergaduhan, pecah rumah, rogol, curi kenderaan dan sebagainya.Semoga drama dapat memberi pengajaran yang berguna kepada remaja-remaja.Cegah sebelum bertambah parah.Jom baca sinopsis episod 1 drama Juvana ni.


Sinopsis Episod 1

Seorang remaja berusia 17 tahun, Daim bin Yahya, ditahan atas tuduhan membunuh ibu serta teman lelaki ibunya. Memandangkan kes Daim masih dalam tempoh perbicaraan, Daim telah dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga kes pembunuhan ibunya selesai dibicarakan.


Di sekolah tersebut, kita diperkenalkan kepada watak Warden sekolah tersebut, Encik Raja, yang tegas, Guard yang tiada belas kasihan, Tony, timbalan Warden, Cikgu Ariffin serta guru kelas mekanik, Cikgu Azmee. Selain itu, kita juga ada watak makcik kantin, Auntie, yang sentiasa ceria dan mesra dengan semua pelajar serta anaknya yang cantik, Nadia, yang meluat dengan kerenah para pelajar sekolah itu. 


Sebaik sahaja tiba di sekolah itu, Daim yang memang pendiam orangnya terpaksa berhadapan dengan samseng-samseng yang diketuai oleh Botak dan kuncu-kuncunya. Beliau dipukul, dan dipaksa menjadi balaci (hamba) kepada Botak.


Mujur, dia berjaya mendapat seorang rakan baru bernama Apek, bekas pelarian dari sekolah tersebut, yang arif tentang selok belok sekolah tersebut dan menceriakan keadaan dengan telatahnya yang lucu. Watak Daim yang pendiam juga turut mendapat perhatian dari Nadia, yang merasai ada sesuatu yang berbeza dengan perangai Daim, seolah-olah dia memang tak bersalah.

Salah seorang pelajar yang baru masuk bersama Daim, Black, turut menjadi perhatian Botak dan kuncu-kuncunya. Kerana kelancangan mulut Black, mereka telah membelasah Black sehingga dia jatuh sakit. Akibat tidak tahan dengan rungutan Black yang merayu untuk dihantar ke hospital, Botak dan kuncu-kuncunya telah memaksa Black untuk memanjat pagar asrama, mengatakan kalau dia nak ke hospital, dia cuma perlu keluar dari sekolah itu. Ketika itu, Black tergelincir dan jatuh.

Sumber:TV3

Original Soundtrack (OST) Drama Juvana Babak Pertama : Drama Band





Lirik Lagu Babak Pertama
Babak pertama bermula saat ku terlihat mu
Waktu seakan terhenti terpinga mencari
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami
Cuba aku mengerti
(korus)
Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti

Oh…
Takkan ku menemui lagi walau gelapnya hari
Ku yakin akan temui semuanya di sini
Walau ke mana kau pergi tetap akan ku cari
Ku tak akan berhenti
(ulang korus)
Oh…
(ulang korus)
Oh…

28 comments:

Rozuan Ismail said...

td pergi makan dekat cafe kolej kediaman..tertengok cerita ni,tapi x faham apa.;org ramai duk tgk..best ke>hoho..nmpak mcm kat penjara je

HajarRasdi [BdkKck] said...

hmm..macam menarik nie. hari tu ada prasan cita nie, tapi tak tengok la plak.. =p

hawiz said...

aku pon tgk semalam..mmg best..lain dr citer lain..best giler r...terbaik!!.

awEEN said...

cite ni best..semalam kitorg tengok sampai rase nak luruh jantung tengok jahatnye budak2 kt cni..khabir bhatia suke buat cerita bagi kami jiwa kaco! hahaha

eRza farEeha said...

tgk iklan die mcm best..ehehe

fadh leyanie said...

citer JUVANA ni mmg gempak,dapat d jadikan pngajaran buat budak2 nakai d luaq sana..yg pelik dalam cter ni..bole ke dalam realiti ppuan yg cantik sprti NADIA kje kat kantin JUVANA.

yad'z said...

bestt sangattt,.. bagi pendedahan kat kita masalah2 yang melanda dierang... huhu.. and, tak semua budak juvana tuh jahat.. dierang mangsa keadaan..

SyAE SyEa said...

cite ni smart lah..p,seriau r tgok dorg kne blasa..wawawa -_-

ShashaCatering said...

Saya dah vote. Semoga berjaya.

Good Luck ;)

Tq for visiting my blog.

azrinrahim said...

yes..balik nie grenty nak tgok sebb dh nak bis exam..lalal

diana said...

nape tv3 tak buat macam astro ye??
ulang2 drama nye..
kadng2 terlepas nak tengok..

astro pulak tau ulang drama indonesia je..
astro ria dan prima tu entah hape2 dah drama indon yang dia tunjuk..

::nuRuLaDHar:: said...

macam best...nak tengok!!!

~suke zahiril adzim.. =)

HAZWAN17 said...

@Rozuan Ismail:
boleh tahan la best..ni cerita dekat sekolah pemulihan akhlak...

HAZWAN17 said...

@HajarRasdi [BdkKck]:
takpe kalau terlepas boleh tengok online dekat TV3 rasanya...minggu depan jangan lupe tengok

HAZWAN17 said...

@hawiz:
memang terbaik sesuai dijadikan pengajaran

HAZWAN17 said...

@awEEN:
terlampau menghayati sangat aween ni sampai nak luruh jantung hehe

HAZWAN17 said...

@eRza farEeha:
memang best pun erza..tengok lah nanti

HAZWAN17 said...

@fadh leyanie:
ntah..tak taulah pulak nak buat macam mane kalau dah pekerja kantin tu cantik macam nadia...

HAZWAN17 said...

@yad'z:
kadang-kadang masalah family, tertekan dengan kehidupan dan lain-lain lagi,,,budak-budak macam ni kena bimbing kembali ke pangkal jalan

HAZWAN17 said...

@SyAE SyEa:
dulu dekat asrama tak ade orang kena belasah ke haha

HAZWAN17 said...

@ShashaCatering:
terima kasih ye

HAZWAN17 said...

@azrinrahim:
kalau dah habis exam bukan setakat cerita ni je tengok,24 jam depan TV ke depan laptop ke layan movie hehe

HAZWAN17 said...

@diana:
sebab TV3 tv percuma..astro pulak berbayar..hehe...tengok online la dekat web TV3

HAZWAN17 said...

@::nuRuLaDHar:::
memang best pun nurul..tengoklah

i am S!L4H.. said...

yeahhh. suke2 cite ni. x saba nk tgok mggu depan

HAZWAN17 said...

@i am S!L4H..:
lambat betul nak tunggu esok..nak tengok nadia haha

i am S!L4H.. said...

haha. cute kan nadia....

ainol akasyah said...

hahaah sgt best cite nie

Botak Juvana Bergambar dengan saya..eheeei

Related Posts with Thumbnails