Asal Usul Nama 4 Buah Negara

Tersebutlah kisah pada satu masa dahulu terdapat seorang kapten kapal yang bernama Alfonso De Hazwanino  bersama-sama kelasinya yang telah ditugaskan oleh Raja Portugis untuk mencari kawasan jajahan baru di sebelah timur. 

Semasa meredahi lautan Antartik, kapal mereka telah dilanda ribut dan badai dasyat dan kapal mereka telah berubah haluan.Beberapa orang anak kapal telah terkorban dalam ribut yang dasyat itu.Kapten Alfonso De Hazwanino dan anak kapalnya tidak berputus asa, Mereka meneruskan perjalanan mencari sebuah daratan untuk kapalnya berlabuh supaya mereka boleh berehat dan membaiki kerosakan kapal selepas dilanda ribut.

Setelah hampir 7 hari 7 malam membelah lautan yang luas, dalam samar-samar kelihatan seperti tanah daratam di hadapan mereka.Mereka yakin itulah daratan yang mereka cari-cari.Harapan yang hampir malap kembali menyala.Kapten Alfonso De Hazwanino memberi semangat kepada anak-anak buahnya untuk terus menghampiri tanah daratan itu.

Berkat kesabaran dan kegigihan mereka, kapal mereka berjaya berlabuh di pesisiran pantai daratan tersebut. Kapten Alfonso De Hazwanino dan anak-anak kapalnya telah berjaya menjejakkan kaki ke tanah daratan yang baru mereka temui itu menggunakan perahu.

Ketika mereka sedang berehat dengan tidak semena-mena datang segerombolan gajah dari hutan berdekatan cuba menyerang seolah-olah tidak menyenangi kehadiran mereka.Dengan berbekalkan ilmu pertahanan diri gabungan Silambam, KickBoxing, Silat Gayung yang mereka pelajari, gajah-gajah tersebut berjaya ditewaskan oleh Kapten Alfonso De Hazwanino dan anak buahnya.

Bersempena dengan peristiwa itu, Kapten Alfonso De Hazwanino telah menamakan tempat itu dengan nama Pantai Gading.Pada mulanya kapten mahukan nama Pantai Gajah tapi disebabkan nama Gajah telah digunakan di banyak tempat seperti Alor Gajah dekat Melaka, Batu Gajah dekat Perak, Kampung Gajah Mati dekat Segamat dan lain-lain lagi, beliau telah memilih Pantai Gading sempena dengan gading gajah.

Demikianlah Kisah Asal Usul Negara Pantai Gading.

Tapi kenapa ada satu negara saja.Tadi kata ada 4 kan.'Nampak benor menipunya'.Asal-Usul negara-negara lain sambung cerita keluaran akan datang pulak OK.Sebenarnya hari tu aku ada main game PS2  Winning Eleven Soccer Planet  dekat rumah member aku.Then aku jumpa 4 buah negara pelik.Siapa punya kerja la ni.




Amerika Serikat tu boleh tahan lagi ada jugak kena sipi-sipi tapi yang Pantai Gading, Selandia Baru dengan Al-Jazair tu apa kes? 

 Boikot CD Games ni?Hahaha. Aku ada exam petang nanti.Doakan aku berjaya jawab dengan cemerlang, gemilang dan terbilang OK. Assalamualaikum

30 comments:

kAmi dAn mEreKa said...

alah, dorang nak tunjuk yg dorang tu kreatif,
tu je, hehe :)

HAZWAN17 said...

@kAmi dAn mEreKa:

tu yang pelik tu..konami ni syarikat game jepun...pandai betul sape yang ubah ni hehe

adwafarahin said...

sedap name kapten tuh yer
hihihi :)

jijie 이지은 said...

ahahaha..tambah sikit..kapten alfonso de hazwanino dak repento. :P

::nuRuLaDHar:: said...

hihi nice2...

~gud luck in exam ye.. =)

amry said...

aku rasa macam aku tertipu pon ada dengan entry ni...hohohohohoho

exam??? good luck bro

fadh leyanie said...

syabas Kapten Alfonso De Hazwanino and the gng kerana telah brjaya menewaskan gajah!

Fadzmie Mohamad said...

Haha. Ni mesti ada budak pergi edit-edit PES tu, lepas tu burn gi CD. Ramai orang buat macam tu. Aku pernah dapat CD PES yang ada team Malaysia dalam tu, lengkap dengan nama-nama player semua. Haha.

Fadzmie's Latest Entry : EMEL 1MALAYSIA: PERLU ATAU TIDAK?

apik pehe said...

hahaha..hebat la tu dapat masok winning eleven

SyAE SyEa said...

smart laa n3..rse na usha je kapten uh..ahahaha..
da2 g stdy na exam..hahah ^^

afzan said...

nama-nama dalam WE11 mmg pelik. kadang2 boleh menggaru kepala jugak jadinya

beloghakimy said...

WE11 memang ting tong sikit. hhaa

awEEN said...

la..memang ade ke name negare tu..igtkn player die yg saje2 letak name tu hehehe

HAZWAN17 said...

@adwafarahin:
sedap erk..haha

HAZWAN17 said...

@jijie 이지은:
ada ke tambah-tambah..tak jumpa dalam buku sejarah pun

HAZWAN17 said...

@::nuRuLaDHar:::
thanks..dah 2 paper habis..rasa nak meletup kepala

HAZWAN17 said...

@amry:
mintak maap la yerk haha...trimas bro

HAZWAN17 said...

@fadh leyanie:
terima kasih..tak sia-sia blaja lawan dengan gajah

HAZWAN17 said...

@Fadzmie Mohamad:
kalau malaysia ok lagi..ni nama negara pelik-pelik pulak yang ada..tak ada dalam peta dunia pun hahaha..

HAZWAN17 said...

@apik pehe:
hebat kan negara tu haha

HAZWAN17 said...

@SyAE SyEa:
sekarang yang ada keturunan ke-7 die je kot..kapten tu dah lama takde haha

HAZWAN17 said...

@afzan:
tau xpe...siapa la pandai-pandai ubah-ubah haha

HAZWAN17 said...

@beloghakimy:
tu la pasal..baek pegi beli PES

HAZWAN17 said...

@awEEN:
memang ada dalam game tu..tapi dalam peta dunia tak tau ade ke tak negara pantai gading tu hahaha

i am S!L4H.. said...

hazwanino? haishh mcm knal je. haha

HAZWAN17 said...

@i am S!L4H..:
bila masa pulak silah kenal ni

i am S!L4H.. said...

eh x erh? salah org la tu. >.<

PcIdentify said...

satu lgi yg pelik bila kita nk change bju bola tu kan kita tngok baju bola lama tpi bila men bola bju bola bru

Anonymous said...

Pass-by your blog, and I'll try to clarify things up... Nama-nama tersebut ada sebutan Indonesia untuk negara-negara dunia... Pantai Gading tu direct translation untuk Ivory Coast... Selandia Baru tu New Zealand... dan Aljazair tu Algeria... So, semua negara tu memang wujud... Hehe... Indonesia memang ada banyak nama negara diorang bagi lain sikit...

Anonymous said...

Pass-by your blog, and I'll try to clarify things up... Nama-nama tersebut ada sebutan Indonesia untuk negara-negara dunia... Pantai Gading tu direct translation untuk Ivory Coast... Selandia Baru tu New Zealand... dan Aljazair tu Algeria... So, semua negara tu memang wujud... Hehe... Indonesia memang ada banyak nama negara diorang bagi lain sikit...

Related Posts with Thumbnails