Pengurus Jose Maorinho & Sir Alex Ferguson berebut Safee Sali?Khairul Fahmi Bakal Pengganti Van Der Sar

Salam petang Jumaat.Rumours tentang pemain-pemain Malaysia yang menjadi buruan kelab-kelab luar semakin hangat diperkatakan dan yang terbaru sekali Pemenang Kasut Emas Piala AFF Suzuki Safee Sali telah menarik perhatian pengurus Real Madrid, Jose Maorinho.Namun, pengurus Manchester United juga sedia meletakkan harga lebih tinggi untuk mendapatkan pemain ini disamping berminat dengan penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat.

Keputusan Perlawanan Akhir Kedua Piala AFF Suzuki ( Malaysia VS Indonesia)

Akhirnya sejarah bola sepak tanah air tercipta.Pasukan kebangsaan Malaysia berjaya merangkul kejuaraan Piala AFF Suzuki buat kali pertama dan menjadi pasukan keempat selepas Thailand, Singapura dan Vietnam dalam aksi penuh dramatik dan mendebarkan di Stadium Gelora Bungkarno di Jakarta.

Malaysia yang berjersi serba biru terpaksa berhadapan dengan sorakan ribuan penonton fanatik pasukan Sang Garuda.Pasukan Indonesia bermula garang dengan menyerang bertubi-tubi ke arah kubu pasukan Malaysia dan hampir berjaya mendapat gol pendahuluan melalui sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain Malaysia namun penjaga gol Malaysia  Khairul Fahmi Che Mat tangkas menyelamatkan sepakan penalti kapten pasukan Indonesia Firman Utina.

Keputusan Cabaran SEO Berita Sukan Terkini.Eh, Hazwan.Com Pun Ada!

Salam semua pembaca Hazwan.Com.Hari tu, Hazwan.Com ada join contest Cabaran SEO Berita Sukan Terkini yang dianjurkan oleh Blog Kimi Rekonen dan contest tersebut telah tamat pada 24 Disember yang lepas. Memang first time Hazwan.Com join contest macam ni.Sebabnya bukan senang nak dapatkan ranking yang terbaik dalam Google kalau join contest SEO ni.Lebih-lebih lagi terpaksa bersaing dengan blog-blog hebat yang mempunyai PR lebih tinggi

500 BLOG !

 

Salam semua pembaca.Macam biasa aku suka join segmen-segmen Bro Ben Ashaari ni last-last minute.Bukan apa, semalam aku agak busy dengan urusan di luar.Ok nama segmen ni 500 blog 

Hazwan merupakan seorang mahasiswa Uitm Shah Alam dalam bidang kejuruteraan kimia.Berblogging untuk suka-suka disamping berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat bersama rakan-rakan bloggers yang lain.

5 Undangan Perkahwinan Yang Unik Dan Kreatif

Salam semua pembaca.Sekarang ni kan musim cuti sekolah.So kebanyakan pasangan-pasangan mengambil keputusan untuk melangsungkan hari perkahwinan.Setiap minggu mesti ada majlis kahwin sampai kadang-kadang sehari sampai 3-4 majlis sekali kena pergi.Tapi sebelum pergi ke majlis kahwin mesti kena dapat kad undangan dulu kan.Takkan nak main terjah majlis orang.Tak sopanlah macam tu kan walaupun dapat makan free dan bukan tuan rumah kenal  semua pun siapa yang datang.Jom kita tengok 5 jenis undangan perkahwinan yang unik dan kreatif.

Mr Super Hazwan Is Back

Salam semua warga blogger di seluruh dunia.Baru 3 hari tak dapat online dah macam 3 bulan.Mati kutu dekat rumah.Tak tau nak buat apa.Macam biasa bila tak dapat blogwalking, trafik biasanya akan menurun tapi tadi aku tengok dekat shoutbox ada jugak kawan-kawan yang baik hati yang sudi singgah blog Hazwan.Com ni. Terima kasih daun keladi.

Internet Problemlah Pulak

Salam semua pembaca.Tak sampai 24 jam aku buat entri berkenaan Unifi terus problem Streamyx dekat rumah.Tadi dah call TM tapi tak dapat dikesan apa masalah yang berlaku.Maybe modem rosak kot.Ni pun aku online kejap dekat rumah member sambil try modem aku dekat rumah dia.Sori semua kawan-kawan.Buat masa ni tak dapat balas blogwalking semua.Tunggu internet dah OK dulu.Dah dua hari problem.Sekejap boleh connect internet tapi 5-10 minit lepas tu dah tak boleh dah.

Masuk ni dah dua kali problem Streamyx dekat rumah ni.Hari tu modem rosak .Kena sambar petir kot rasanya. Sebab rumah aku ni modem dengan router memang on 24 jam.Boleh ada effect ke kalau bukak modem dengan router 24 jam?Boleh memendekkan jangka hayat modem or sebagainya.Mintak-mintak ada operator TM yang baca entri aku ni.

Live dari Rumah Kawan Aku

Entri ni autopost pada pukul 9 malam 20/12



Mari Bertukar Ke Internet Berkelajuan Formula 1 (Unifi High Speed Broadband)


Pada suatu petang beberapa hari yang lalu aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari nombor yang tak dikenali

Operator:Hello, selamat petang ni encik Mohd Hazwan
Aku :Ya, saya
Operator:Saya dari TM.Alamat rumah encik M2-AX-14X, Pangsapuri Baiduri, Shah Alam kan?
Aku :Ya, Betul.
Operator:Saya nak inform kawasan encik dah ada coverage Unifi.Kami ada pakej 5MB, 10MB dan 20MB.Pakej Unifi ni meliputi servis internet, televisyen......................(panjang lagi dia terangkan)

Latihan Industri?Antara Minat, Lokasi dan Elaun Mana Perlu Pilih?

Semalam time tengah sedap-sedap tidur handset aku tiba-tiba berbunyi menandakan ada mesej masuk kotak inbox.Mesej yang diterima ringkas dan padat macam dekat bawah ni bertanyakan pasal permohonan untuk Latihan Industri(LI).Status-status di Facebook pun semua update pasal Latihan Industri.

Gecko Art Like & Win Contest

Salam semua pembaca Hazwan.Com.Hari ini nak umumkan satu berita baik untuk semua.Gecko Art akan menganjurkan Like & Win Contest.Hadiah berupa t-shirt menanti 5 pemenang.Syarat paling penting ialah mempunyai akaun Facebook.Syarat-syarat penyertaan lain adalah seperti di bawah:

(Klik gambar untuk paparan lebih jelas) 

5 Jenis Kereta Terkecil Di Dunia Yang Comel

Salam hujung minggu semua pembaca.Hari ni Hazwan.Com ingin berkongsi mengenai beberapa jenis kereta yang terkecil dunia.Tapi tak tahulah kereta comel macam ni ada dijual dekat Malaysia atau tak.Jom kita tengok gambar-gambar kereta-kereta comel ni.

SuaraPeople[dot]com sangat Gempak

Tersebutlah kisah di sebuah negeri tinggal 2 orang sahabat karib.Mereka berkawan sejak kecil lagi.Seorang diberi nama SuaraPeople dan seorang lagi diberi nama Gempak.Org.Mereka berkongsi hobi yang sama iaitu berblogging.Maka pada suatu hari Gempak.Org pun bercadang untuk menganjurkan satu contest di blog mereka untuk mencari manusia yang terkacak dan tercantik di negeri mereka.

Free Domain By Broframestone.com

Salam semua.Buat apa hujung-hujung minggu ni.Semoga ceria-ceria selalu.Hari ini 12hb Disember merupakan hari terakhir untuk contest 'Free Domain By BroFramestone.com'.So jom join sebelum terlambat.Tak susah pun nak join contest ni.Bro Framestone just bagi syarat-syarat mudah saja.Kalau ada rezeki bolehlah dapat domain free.

Berita Sukan Terkini SEO Contest

Berita Sukan Terkini ini merupakan keyword untuk cabaran Search Engine Optimization atau SEO yang dianjurkan oleh Blog KimiRekonen .Tak pernah lagi masuk cabaran berkaitan SEO ni.Layankan sajalah Berita Sukan Terkini di Hazwan.com.

Baik kita mulakan dengan Berita Sukan Terkini dalam negara.Malaysia telah berjaya berjaya menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki setelah menewaskan Laos 5-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan sambil dibantu oleh kemenangan 2-1 Indonesia ke atas Thailand.Pasukan kebangsaan Malaysia akan bertemu Vietnam dalam perlawanan separuh akhir pertama di Kuala Lumpur pada 15 Disember ini.

Keputusan Peperiksaan Uitm Dah Keluar Tapi Result Aku?

Pagi tadi dalam pukul 3 pagi tiba-tiba inbox emel aku dimasuki emel dari penghantar misteri bernama ISIS dengan tajuk emel  'UITM EXAMINATION RESULT FOR SEMESTER 2010'.Alamak keputusan UITM  semester ni dah keluar.Tanpa membuang masa aku membuka emel yang dihantar sambil di dalam hati aku tertanya-tanya 'Repeatkah aku untuk semester 5?'.Semester yang penuh dengan subjek-subjek core yang yang digabungkan untuk 12 minggu pengajian.Sampai Ketua Program EH220 (Bachelor In Chemical Engineering) pun pernah berkata semester ini merupakan semester yang sangat kritikal bagi student-student seperti kami.Senior-senior juga berkata perkara yang sama.


Stop Child Abuse

Lihatlah keriangan dan kegembiraan terpancar di wajah kanak-kanak ini.Senyuman,gelak ketawa serta gelagat mereka sungguh menghiburkan dan mencuit hati.Kanak-kanak merupakan permata keluarga dan diibaratkan seperti kain putih yang perlu dicorakkan.Anak-anak merupakan amanah Allah Mereka perlu dibelai, dimanja dan dididik supaya menjadi insan yang berguna  kepada agama, bangsa dan negara.
 


Review Hazwan.Com By CikguDahlia.Com

Salam semua pembaca Hazwan.Com.Semoga ceria-ceria selalu.Hari ni result UiTM keluar tapi malas nak cek sebab confirm line busy punya.OK berbalik kepada tajuk entri hari ni, mesti ada yang dah tahu yang blog Hazwan.Com telah berjaya terpilih untuk direview oleh CikguDahlia.Com untuk projek DJ2B 31 Blogger seperti yang diceritakan dalam entri yang lepas.


Berlari-lari Bersama Blog Larian

Selamat sejahtera semua.Semoga ceria-ceria selalu.Hari ni share pasal Bloglarian pulak.Mesti ramai yang dah join kan.Tengok list dekat BlogLarian tu dah banyak sangat dah.Selalu jugak blogwalking dekat list-list blog dekat BlogLarian tu tapi Hazwan.Com belum join lagi.So, hari ni selepas ditag oleh 3 orang rakan blogger iaitu Firdani, Egie dengan Kak Ummi dengan Kak.Hazwan.Com dengan bangganya mengumumkan untuk menyertai BlogLarian secara rasmi. Marilah kita sama-sama menjadi jujur dalam berblogwalking.

Berita Baik Untuk Pemegang Biasiswa JPA

Salam 1 Malaysia untuk semua pembaca Hazwan.Com.Siapa-siapa yang tengok berita dekat TV malam tadi mesti perasan pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang pasti menggembirakan semua pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di seluruh dunia tak kira dalam atau luar negara.Menurut Perdana Menteri, pemegang biasiswa JPA akan dibenarkan berkhidmat dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat swasta dalam bidang berkaitan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). 


Salam Maal Hijrah 1432 H



Salam semua pembaca, sempena Maal Hijrah yang bakal menjelang, Hazwan.Com ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua rakan-rakan blogger serta umat Islam di seluruh dunia.Semoga tahun baru yang bakal menjelang akan membawa seribu makna kepada kita semua.Marilah kita berhijrah  untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.Renung-renungkan salah satu hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud 
'Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka'.
Hazwan: Renung-renungkan dan selamat beramal. Azam aku tahun ni? Selesaikan azam-azam tahun lepas yang banyak tertangguh.Anda pulak bagaimana?Lagi satu jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun OK

Kisah Seorang AJK Keselamatan Naces 2010

Salam semua dan selamat pagi.Aku baru balik dari bilik gerakan NACES 2010 di UiTM Shah Alam.Malam tadi terpaksa tidur dalam bilik gerakan sebab aku salah seorang AJK Keselamatan.Takut peserta ada apa-apa masalah di hostel macam nak ubat-ubatan dan sebagainya.Pukul 3 pagi tadi peserta dari UTM sampai.Kami kena tunggu sampai mereka habis pendaftaran dan masuk hostel.Pagi ni kena jaga trafik pulak sebab banyak universiti yang akan datang pagi ni.NACES ni merupakan singkatan untuk National Chemical Engineering Symposium.Program tahunan untuk universiti-universiti yang ada course Chemical Engineering.So, tahun ni UiTM jadi tuan rumah.Tema tahun ni ialah 'Green Technology'.

Tips Pendapatan Pasif Dengan Blogging Untuk Newbies

Salam semua.Kalau sesiapa yang selalu dengar Hot.FM mesti perasan iklan Hot.Tips berkenaan pendapatan pasif.Pendapatan pasif ni bukan maksudnya duduk diam-diam dapat duit (4D) macam skim-skim cepat kaya tu tapi lebih kepada langkah-langkah untuk menjana pendapatan sampingan.Salah satu tips yang aku dengar ialah dengan cara membuat blog.Kalau blogger yang dah bergelar otai mesti dah tau pasal tips-tips ni.So tips ni khas untuk blogger baru ataupun newbies.




Related Posts with Thumbnails