Trailer Mantera: Filem Transformers Versi Malaysia

Salam hujung minggu kepada semua pembaca Hazwan.Com.Mesti sekarang ni ramai yang berada di depan TV menonton perlawanan akhir Piala Malaysia 2010.Ok kita tinggalkan sekejap mengenai kehangatan Final Piala Malaysia.Aku nak berkongsi maklumat mengenai sebuah filem robotik tempatan ala-ala Transformers  yang bakal ditayangkan pada tahun 2011.Filem ni merupakan hasil idea FLARE STUDIOS SDN. BHD.
Jom kita tengok trailer filem ni.

Tazkirah Jumaat:: Marilah Menunaikan Solat

Salam semua pengunjung blog.semoga anda semua sihat-sihat selalu.sempena hari Jumaat penghulu segala hari, sesi tazkirah Jumaat di Hazwan.Com diteruskan lagi berkenaan solat sebagai peringatan kepada aku sendiri dan semua pembaca.Seperti yang kita tau, solat merupakan tiang agama dan merupakan rukun Islam yang kedua.Namun kadang-kadang aku sedih tengok realiti manusia masa kini  yang macam sengaja lalai dari menunaikan solat.ni pengalaman sebenar aku, di wayang sebuah shopping complex terkenal di Lembah Klang.Pukul 6.45 petang baru nak masuk wayang untuk tengok cerita 3 jam.Maghrib macam mana?Confirm-confirmlah terlepaskan.

Nak Cuba Produk Makanan Yang Diproses Dari Najis Haiwan?

Salam sejahtera kepada semua pembaca Hazwan.Com.Hari ni nak cerita pasal makanan yang dah bercampur dengan najis tetapi dibersihkan dan diproses menjadi satu produk yang mahal.Tapi bukan najis manusia tau. Pernah dengar pasal kopi Luwak?Dulu penah heboh pasal kopi ni.Kopi Luwak ni merupakan kopi yang dihasilkan daripada biji kopi yang dimakan oleh musang tapi disebabkan biji kopi tu tak dapat dicernakan, biji kopi tu akan keluar bersama-sama najis musang.Kemudian biji kopi tu akan dibersihkan dan diproses untuk menjadi kopi beraroma yang paling mahal di dunia.Kopi ni terkenal dekat Indonesia.Secawan boleh jejak RM50.

Paul The Sotong Dah Mati

Alamak betul ke Paul The Octopus dah mati.Baru aku nak tanya prediction untuk Perlawanan Akhir Piala Malaysia Sabtu ni.Berita mengenai Paul telah menjadi bualan hangat dan sensasi di seluruh dunia selepas  ramalan tepat perlawanan di Piala Dunia Afrika Selatan yang lalu.Beliau telah meneka tepat semua perlawanan membabitkan pasukan Jerman dan memilih Spain sebagai Juara Piala Dunia

‘World’s Coolest Intern‘


AMARAN:INI BUKAN IKLAN MLM, SKIM PIRAMID,SKIM CEPAT MISKIN 

Tawaran ini bakal mengubah hidup anda
Anda rasa anda cukup cool sehingga boleh mencairkan 
ais didalam peti sejuk anda?
Jika Ya,andalah insan bertuah yang kami cari 

Tersebutlah Kisah Si Imam Muda

Tersebutlah  kisah di sebuah kampung tinggal seorang Imam Muda seorang diri setelah kematian isterinya yang tercinta beberapa purnama yang lalu.Berasa sangatlah sunyi akan  Imam Muda kerana tiada lagi peneman gelak ketawa serta penawar luka dan lara.Apatah lagi akan Imam Muda yang masih belum dikurniakan cahaya mata. Pada suatu pagi yang hening, terfikirlah akan Imam Muda untuk mencari pengganti isterinya kerana sudah tidak tahan menanggung kesunyian yang teramat sangat.

Aku Nak Kahwin Tapi.........

Mesti ayat macam tajuk entri ni selalu bermain di benak hati para jejaka di Malaysia.Sudah menjadi lumrah bagi seorang lelaki untuk mendirikan mahligai bahagia bersama orang yang disayangi. Namun pelbagai masalah sering menjadi halangan bagi mereka yang bergelar seorang lelaki untuk merealisasikan impian mereka tersebut.Persoalannya, apakah perkara yang sering menjadi batu penghalang kepada para lelaki untuk bergelar seorang suami?

Beware:Perhatian Kepada Semua Wanita Yang Cun, Cantik, Comel, Seksi

Selamat hari Jumaat kepada semua pembaca blog Hazwan.Com.Hari ni entri aku berbentuk serius.sekarang ni terlalu banyak jenayah yang melibatkan kaum wanita seperti rogol, ragut, samun dan lain-lain lagi.Wanita-wanita yang menaiki kereta juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran penjenayah-penjenayah.Nak tau apa yang dapat  menarik perhatian penjenayah jika perempuan memandu kereta?Ikuti kisah dbawah

7 Mitos Tentang Kepimpinan

Salam semua.hari entri aku pendek sahaja berkenaan mitos mengenai kepimpinan.harap semua orang dapat mengambil pengajaran dari entri ni OK.setiap manusia telah dilahirkan untuk menjadi pemimpin atau khalifah di muka bumi ni.so dibawah ni merupakan mitos-mitos mengenai kepimpinan
  1. Hanya yang ada kuasa sahaja yang dianggap pemimpin
  2. Pemimpin boleh mengarahkan sesuka hati sahaja
  3. Seorang pemalu tidak boleh menjadi pemimpin kerana tiada bakat
  4. Pemimpin tidak boleh ditegur kerana semuanya betul daripadanya
  5. Kepimpinan adalah anugerah sahaja dan tidak boleh dilatih
  6. Pemimpin adalah orang yang berada di atas tampuk pemerintahannya
  7. Kita tidak layak menjadi pemimpin

Bajet 2011


Salam semua pembaca Hazwan.Com.Petang tadi berlangsungnya pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.Pembentangan ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia.kebiasaannya untuk mengetahui sama ada bonus penjawat awam naik atau tidak.tapi tahun ni tiada kenaikan bonus yang diumumkan oleh Perdana Menteri.Nak tau apa kandungan Bajet 2011.teruskan membaca.

Model Kereta Terbaru Proton:Proton Inspira

Salam semua pembaca Hazwan.Com.Nampaknya lepas ni rakyat Malaysia dah boleh start kumpul duit untuk beli kereta keluaran Proton yang terbaru iaitu Proton Inspira.Model Proton Inspira ni merupakan rebadged kepada model  Mitsubishi Lancer.Harga bagi model ni adalah dalam lingkungan RM79,888 to RM95,000.Lepas ni mesti penuh bilik pameran Proton dengan orang ramai yang nak lengok kereta ni dengan lebih dekat.kalau berkenan boleh booking terus kereta ni.Jom kita tengok sedikit-sebanyak gambar kereta Proton Inspira ni.

Buffered Earning Nuffnang di Hazwan.Com

Setiap kali aku blogwalking, banyak betul blogger yang buat entri berkenaan Buffered Earning di blog mereka.So, aku rasa terpanggil pulak nak buat entri pasal ni sekali.Setelah lebih kurang 2 tahun aku bersama dengan Nuffnang, akhirnya dapat gak blog aku merasa Buffered Earning daripada Encik Nuffnang.Setakat ni ada 3 Buffered Earning Campaign yang berlegar-legar di blog aku.dan yang paling latest sekali ialah Nokia Youth Touch X3 LB.Aku pun bukan tau sangat macam mana nak dapat Buffered Earning ni.tapi berdasarkan pembacaan aku di blog otai-otai Nuffnang, blog-blog yang menerima Buffered Earning ni sebenarnya dipilih sendiri oleh advertiser ataupun pengiklan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu.kalau ada masa, korang boleh try tanya Nuffnang Support pasal Buffered Earning ni.

Tragedi Kemalangan Ngeri 10.10.10 Beserta Gambar dan Video Kemalangan.

Tanggal 10/10/10 merupakan detik hitam yang akan diingati oleh kebanyakan orang.Dalam pukul 8 malam tadi heboh dengan berita kemalangan maut di higway PLUS.aku mula terbaca di Forum Carigold.Ada kawan-kawan forumer yang tersangkut dalam kesesakan di area kemalangan tu.Time tu baru keluar latest news dekat Bernama tapi belum berita full lagi.lepas aku tengok gambar-gambar dan video kemalangan ni,aku hanya mampu mengucap panjang.sangat-sangat ngeri.

Kemalangan ngeri membabitkan 2 buah bas, 3 buah kereta dan sebuah van berlaku awal malam tadi di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tol Simpang Ampat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 12 nyawa dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.Klik untuk berita selanjutnya

Amaran:Berhati-hati Dengan Website Phishing

Salam semua pembaca blog Hazwan.Com.Hari ni aku nak cerita pasal website phishing lebih-lebih lagi sekarang ni kedai-kedai maya atau blogshop tengah pesat membangun macam cendawan tumbuh selepas hujan.So, pembayaran secara online banking guna Maybank2u, Cimbclicks ataupun Paypal memang tak dapat dielakkan. Apa kena mengena website phishing dengan bisnes online?Ok macam ni, phishing ni sebenarnya salah satu lagi jenayah cyber yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna seperti username, pasword dan TAC number.Mangsa biasanya tertipu bila menerima emel atau SMS untuk update maklumat mengenai akaun bank atau paypal mereka di website phishing yang seakan-akan website sebenar.Di bawah ni merupakan salah satu kes yang aku jumpa di Forum Carigold untuk pengajaran bersama.

Bersama Dr Mohd Hazwan:Tips menangani stress

 
Salam semua.Minggu ni dah masuk minggu ke 13 dalam kalendar  UiTM dan semua student kini dalam situasi yang sangat genting serta mencabar emosi dan jasmani.Minggu-minggu terakhir ni memang banyak assignment, lab report serta mini project yang diberikan lecturer untuk disiapkan.Ditambah pulak dengan test yang bakal menyumbang 30% daripada markah akhir untuk satu-satu subjek.Tak hairan lah status-status stresss kian berleluasa di Facebook.Antaranya seperti di bawah:


So hari ni, pakar motivasi anda, DR Mohd Hazwan akan memberikan sedikit tips bagaimana cara yang terbaik untuk menangani stress.

Keselamatan di Tempat Kerja

Salam semua.Hari ni aku sebagai bakal seorang engineer nak bagi sedikit talk berkenaan keselamatan di tempat kerja ataupun lebih dikenali sebagai 'safety at works'.kadang-kadang selalu keluar dekat paper atau berita tentang kemalangan-kemalangan di tempat kerja seperti di tapak pembinaan, industri dan sebagainya.sebenarnya keselamatan di tempat kerja ni sangat penting tak kiralah korang ni bos ke, engineer ke hatta buruh kasar sekalipun.Sebab apa?aku nak cerita pengalaman aku.kes pertama.seorang kawan aku hujung jari dia hancur termasuk mesin yang sedang rolling.kes kedua, seorang nepal dekat tempat aku kerja part time dulu tersepit tangan dalam mesin label.so dibawah ni aku nak bagi contoh-contoh perkara yang tak sepatutnya dilakukan semasa di tempat kerja.

Tazkirah Jumaat:Mengapa Aku Selalu Diuji?

Salam semua.Dalam dunia ni,kita sebagai seorang manusia tidak lepas diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan dalam hidup masing-masing.Dan Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al Baqarah : 155-157 )