Selamat Hari Kemerdekaan ke-53

Tanggal 31 Ogos setiap tahun merupakan hari yang bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.aku baru balik dari sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-53 peringkat UiTM di Stadium UiTM Shah Alam.Memang meriah dengan pantomen dati pasukan Palapes dan pertunjukan bunga api.siap ada bunyi2 bom lagi.tapi aku rasa macam mercun je.anyway, selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53 untuk semua warganegara malaysia.layan lagu ni jom....video oldskul habes.

Edisi Khas Ramadhan:Kisah 3 Pemuda di Hujung Kampung

Tersebutlah kisah di sebuah kampung yang dinamakan Kampung Gajah Terbang tinggallah 3 orang pemuda di hujung kampung.Hobi mereka hanyalah melepak di simpang jalan masuk utama ke kampung ini sambil mengacau anak-anak dara yang baru pulang dari kilang mahupun sekolah-sekolah.

Arakian pada suatu senja yang hening, Haji Abu iaitu imam surau kampung tersebut pun terserempak dengan 3 orang pemuda itu dalam perjalanannya ke surau untuk menunaikan fardu maghrib.Maka Haji Abu pun berkata kepada 3 orang pemuda tersebut.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Sempena ramadhan yang bakal menjelang, Hazwan.Com ingin mengucapkan selamat berpusa kepada semua pembaca-pembaca blog, silent reader, rakan-rakan, sahabat handai dan seluruh umat Islam dimana jua anda berada.Semoga Ramadhan kali membawa seribu keberkatan kepada kita semua.Insyaallah.



KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi- Sumber:Carigold

Kempen Derma Bagi Dana Anak Yatim dan Projek Surau Sekolah Sempena Chemical Engineering Charity Carnival

Assalamualaikum semua.sudah lama aku tak update blog ni.sebenarnya aku sangan sibuk dengan urusan Karnival Kejuruteraan untuk pelajar baru dan juga Sukan Antara Fakulti. Kedua-dua program ni dah berlalu.So program seterusnya ialah Chemical Engineering Charity Carnival dimana aku telah dilantik sebagai Pengarah Program.

Chemical Engineering Charity Carnival merupakan satu program yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar kursus Leadership and Professional Ethics for Engineers (CHE 680), Fakulti Kejuruteraan Kimia,UiTM Shah Alam.

Objektif karnival ini adalah untuk:
  1. Mengutip dana untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim dan miskin di sekitar Kampung Sementa dan Kampung Perepat,Klang Selangor

  2. Mengumpul dana untuk projek surau sekolah di Sekolah Kebangsaan Sementa dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah.

Karnival ini menggabungkan beberapa aktiviti seperti pertandingan futsal amal, pertandingan bola jaring amal, jualan amal, cuci kereta amal dan permainan komputer.

Butir-butir bagi karnival ini adalah seperti berikut Tarikh:8 Ogos 2010 Tempat:Padang Seroja dan Parking Kereta Kolej Seroja,UiTM Shah Alam Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang







Kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada anda untuk dana anak-anak yatim dan projek masjid sekolah. Semoga hasil sumbangan anda ini akan mendapat keberkatan daripada Allah.

Individu yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berhubung terus dengan Pengarah Program Chemical Engineering Charity Carnival.
Mohd Hazwan-0177525245