Ekspedisi Gunung Bubu: Menuju Puncak

Perjalanan dari base camp bermula pukul 9 pagi.Setelah hampir 3 jam lebih mendaki, kami akhirnya berjaya sampai ke puncak Gunung Bubu kira-kira jam 12.30 tengah hari.Segala penat lelah selama 2 hari terasa berbaloi melihat pemandangan yang indah dari atas puncak gunung sambil menikmati kebesaran Tuhan.Di atas puncak gunung ini juga terdapat sekeping nota yang ditampal di sebatang pokok supaya menyedekahkan Al-Fatihah kepada seorang pendaki yang meninggal dunia di puncak gunung ni.



Ekspedisi Gunung Bubu Part 3

Bersambung lagi kali ni.sepanjang perjalanan ke base camp.pelbagai halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh peserta ekspedisi.kira-kira satu jam memulakan trekking hujan turun dengan lebat.masing-masing bergegas mengambil ponco dalam beg.aku pulak tak sempat nak pakai ponco sebab tak ingat kat bahagian mana aku letak ponco aku. banyak sangat bahagian dekat beg aku tu.malas nak bukak satu-satu.so aku pun meneruskan perjalanan dengan basah kuyup.lagipun hujan je pun.dah biasa main hujan.

memakai ponco sempena hari hujan


sebenarnya hujan bukanlah satu halangan yang besar buat para peserta.cabaran yang paling besar sekali ialah serangan daripada pacat.kadangkala terdengar suara peserta perempuan menjerit bila pacat singgah di badan mereka.aku just mampu gelak.aku yang pakai tight tutup semua kaki pun pacat boleh masuk naik atas badan.tiba-tiba je terasa geli dan gatal.memang banyak pacat dekat trek tu.memang patut gunung tu digelar syurga pacat.

Sepanjang trek ke base camp juga terdapat banyak pokok-pokok mati yang tumbang dan juga tanah runtuh.so kena berhati-hati lah.lagipun dalam hujan semuanya agak licin. setelah 3 jam berjalan.kami berhenti di sebatang sungai untuk berhenti rehat dan memasak.semua peserta mengambil peluang bermain air di sungai yang sejuk dan membuang pacat di badan,dalam kasut dan lain-lain tempat.

kayu balak melintang di tengah-tengah laluan

awas tanah runtuh di hadapan

kawasan sungai untuk berehat dan memasak


aktiviti membuang pacat di badan


Selepas itu perjalanan ke base camp diteruskan selama lebih kurang 4 jam lagi dan kami tiba di base camp kira-kira pukul 5 petang.semua peserta diminta mendirikan khemah dan memasak untuk kumpulan masing-masing.malam tu semua tidur awal sebab kepenatan.esok ada lagi 3 jam perjalanan untuk ditempuhi untuk sampai ke puncak Gunung Bubu.





Part 4:Perjalanan ke puncak Gunung Bubu

Ekspedisi Gunung Bubu Part 2

Hari kedua.25 Jun 2010 bersamaan hari Jumaat.aku just dapat tido dalam 2 jam lepas tengok match bola.dalam pukul 6 semua dah kena bangun and get ready.bas akan sampai dalam pukul 7.30 pagi.then singgah sarapan di medan selera stadium kat Ipoh sebelum bertolak ke Kuala Kangsar.makan roti canai banyak-banyak sebab lepas ni kena makan megi air sungai, nasik air sungai dengan sardin je.


bergambar sebelum memulakan ekspedisi


kami sampai di taman rekreasi ulu kenas dalam area pukul 10 pagi.ni kira kaki gunung ni la.ada air terjun untuk org ramai.perjalanan untuk ke base camp dijangkakan mengambil masa 7 jam.selepas sedikit taklimat dari ketua ekspedisi dan aktiviti warm up, kami memulakan pendakian.


kasi strecth betul-betul baru tak cramp tapi mamat ni cramp gak banyak kali.hampeh






perjalanan bermula.semua muka hepi.biasa la awal2


part 3.pelbagai halangan dan cabaran sepanjang perjalanan ke base camp
Related Posts with Thumbnails

Promosi Terhangat Hari Ini.Klik Banner Untuk Info