Ekspedisi Gunung Bubu Part 1

Salam semua.aku baru pulang daripada ekspedisi Gunung Bubu.Ok mula-mula aku akan intro serba sedikit tentang gunung ni.Gunung Bubu ni terletak di Kuala Kangsar,Perak dan mempunyai ketinggian 1657 meter.20 orang student, sorang lecturer dan sorang staf yang join ekspedisi kali ni.Program ni under Chemical Engineering Student Society (CheSS). Ni program hiking yang kedua under persatuan ni selepas xpdc Gunung Chabang last year.

Khamis 24 Jun 2010
Pagi tu aku bangun agak lambat dalam kol 11 lebih, biasala musim-musim World Cup.bangun-bangun terus g kedai keluar cari tight sebab aku google kat internet gunung tu terkenal dengan pacat.kalau pakai tight kurang sket pacat naek kaki.kalau sa-sape yang tak tau, tight ni ala-ala legging untuk orang perempuan.penat aku pusing semua kedai baju kat seksyen 18 shah alam tu, kebanyakan kedai hanya jual yang perempuan punya yang ada getah kat bawah tu.tak minat aku pakai yang tu.nasib kat kedai last tu ada.time da dekat 1.30 petang.balik-balik rushing packing,solat,siap-siap.dalam kol 2.30 terus gerak pegi tempat berkumpul kat parking Fakulti Civil.

Bas bertolak dari Shah Alam dalam area 3.45 petang.lambat sejam atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.destinasi pertama ialah rumah persatuan rekreasi perak di Ipoh.tempat kami akan bermalam.sampai-sampai dalam kol 7.30.rumah persatuan ni terletak dalam quarters Jabatan Pertahanan Awam Daerah Ipoh



then ada taklimat ringkas dari salah seorang renjer yang follow ekspedisi.aku lupa plak nama pakcik tu,yang penting dia bapak salah sorang senior aku kat fakulti tu.kami dinasihatkan untuk tido awal sebab keesokan harinya kami akan berjalan kira-kira 7 jam untuk sampai ke base camp.tapi aku kesah pulak.siap tengok bola lagi kat situ.match holland lawan cameroon.

nantikan sambungan hari kedua.....

Video Justin Bieber Versi Asia

Hari ni aku nak share satu video yang sumpah buat aku berdekah selama 60 minit tanpa henti.video ni mula-mula aku jumpa dekat facebook.member aku upload.then aku terjumpa versi youtube punya lak dekat forum carigold.korang tengok dan nilaikan sendiri.agak-agak nak bagi mamat ni berapa bintang?

Penggunaan Tenaga Nuklear di Malaysia.Anda Setuju?

Baru-baru ini akhbar ada menyiarkan berita mengenai kenyataan Perdana Menteri Malaysia yang meminta pandangan orang ramai mengenai penggunaan tenaga nuklear di Malaysia pada masa depan.Kenyataan beliau menerima 1001 reaksi dari pelbagai pihak.Ada yang menyokong dan ada pula yang menentang penggunaan tenaga nuklear di Malaysia.



Tenaga nuklear dihasilkan daripada bahan radioaktif seperti uranium dan plutonium melalui pereputan radioaktif dan pelakuran nukleus dan proses ini menghasilkan tenaga yang amat tinggi.

Teknologi nuklear digunakan dalam pelbagai bidang seperti penjanaan tenaga, teknologi senjata, perubatan, penyelidikan, pertanian dan juga industri.Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat telah lama menggunakan teknologi nuklear sebagai salah satu sumber penjanaan tenaga.

Penggunaan tenaga nuklear dikatakan mempunyai pelbagai kelebihan antara mampu membekalkan tenaga dalam tempoh yang lebih lama selain kos penyelenggaraan yang lebih rendah.Ini disokong lagi dengan keadaan harga minyak yang tidak menentu. Namun terdapat juga risiko yang bakal dihadapi daripada penggunaan tenaga nuklear ini seperti kemalangan, pencemaran sisa-sisa radioaktif dan juga peperangan.

Adakah anda menyokong penggunaan tenaga nuklear di Malaysia?Nyatakan pendapat anda di sini.
Related Posts with Thumbnails

Promosi Terhangat Hari Ini.Klik Banner Untuk Info