Entri ringkas kali ini sekali lagi berkenaan gambar kempen tak nak merokok yang kreatif
Hazwan:amacam seram tak?ada macam hantu pocong tak?
Baca Entri Sepenuhnya

Entri ringkas kali ini sekali lagi berkenaan gambar kempen tak nak merokok yang kreatif
Hazwan:amacam seram tak?ada macam hantu pocong tak?
Salam semua.beberapa hari aku tak update blog ni.hujung minggu aku amat sibuk dengan assignment instrumental chemistry engineer dan jugak aktiviti sukan fakulti.dapatlah aku merasa bermain futsal bersama sorakan-sorakan penonton di kala panas terik pada waktu tengah hari dan juga hujan renyai-renyai pada waktu petang.dan alhamdulillah team futsal kelas aku berjaya mara ke pusingan seterusnya yang akan berlangsung minggu depan.
Berbalik kepada tajuk entri ni, dekat uitm sekarang ni tengah hangat kempen pilihanraya kampus.dapatlah aku melihat gelagat bakal-bakal calon dan penyokong-penyokong calon bekerja siang malam menampal poster, berkempen, membentangkan manifesto dan lain-lain lagi. Untuk tahun ni, ada 3 calon bertanding untuk fakulti aku. daripada 3 orang tu hanya 2 orang yang akan bergelar MPP. Agak sukar nak mengundi tahun ni sebab semua calon tu member-member aku.tapi takpe, undi adalah rahsia kan..Antara koleksi poster pilihanraya:

jom layan lagu pilihanraya old skool ni..
selamat mengundi kepada warga uitm.buatlah pilihan yang bijak ok.pada calon yang berjaya.jalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan terbaik.
Beberapa sumber dari Johor memberitahu bahawa Tuanku Sultan Johor,DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail. Takziah kepada seluruh kerabat Johor dan seluruh rakyat Johor.Al-fatihah untuk Almarhum.
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail mangkat di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam tadi.
Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang akhbar, sebentar tadi.
Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar akan disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 2 petang esok.
Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, yang dilantik Pemangku Raja petang tadi, akan dimahsyurkan sebagai Sultan Johor pada jam 1 petang di Istana Besar esok.
Esok juga diisytiharkan cuti umum untuk seluruh negeri dan Johor akan berkabung selama tujuh hari.
Sumber:Berita Harian
JOHOR BAHRU, 22 Jan. – Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memaklumkan demikian setelah beliau mendapat pengesahan daripada kenyataan Setiausaha Sulit Pemangku Sultan Tuanku Ibrahim berkenaan kemangkatan baginda pada jam 7.08 malam tadi.
Terdahulu pada sebelah petang Al-Marhum Sultan Iskandar telah di masukkan ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru setelah gering.
Ekoran itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar hari ini dilantik sebagai Pemangku Sultan semasa kegeringan baginda Sultan.
Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli melalui satu kenyataan memaklumkan, Jumaah Majlis Diraja membuat keputusan itu di bawah Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 selepas menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan mengenai kegeringan baginda.
Menyorot kembali, Almarhum Sultan Iskandar yang diputerakan pada 8 April 1932 adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia kelapan iaitu antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989.
Almarhum Baginda adalah putera sulung kepada Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan isterinya Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad dan dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 1959.
Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh Almarhum dan semoga dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh – Al-Fatihah.
Sumber:Umno-Online
JOHOR BAHRU: Berikutan kenyataan rasmi Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli:
Jeamah Majlis Diraja Johor memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada 22 Januari 2010 kerana kegeringan.
Dengan itu, Jemaah Majlis Diraja Johor membuat keputusan di bawah pasal 9 (1)(B) dan 9 (2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1995.
Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan, bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja pada hari ini, 22 Januari 2010 bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar.
Rakyat diminta berdoa supaya keadaan baginda sembuh sebagaimana sedia kala.
Hazwan:Sebagai warga Johor,aku berdoa semoga baginda cepat pulih.sama-samalah kita berdoa.
Internet pada masa kini yang dipenuhi banyak gambar-gambar lucah sebenarnya merbahaya kepada kejantanan lelaki dalam jangka masa panjang. Mungkin inilah antara rahsia mengapa Islam memerintahkan wanita agar menutup aurat dan mengharamkan lelaki melihat aurat wanita melainkan aurat isterinya. Wanita yang berpakaian terlalu berani dan terlalu seksi hingga membangkitkan nafsu berahi akan menyebabkan lelaki menjadi mati pucuk atau lemah zakarnya, malah boleh mengalami kanser prostat.
Seorang pengkaji berpengalaman berasal dari Rusia bernama Leonid Kitaev-Smyk di Russian Research Institute of Culturology of the Russian Academy of Sciences menyatakan bahawa sejak bermulanya revolusi seksual di Barat, ramai wanita berpakaian mendedahkan aurat sedangkan di Timur wanita masih berpakaian sopan menutup aurat atau berjubah. Ramailah lelaki yang bangkit berahinya bila melihat wanita berpakaian mini atau berpakaian nipis yang menampakkan kulit tubuh dengan jelas.
Pada masa kini, pakaian yang dikenakan oleh sebahagian wanita secara langsung atau tidak langsung berperanan meningkatkan nafsu berahi lelaki yang melihatnya. Bahayanya terletak pada keadaan bila mana lelaki melihat wanita yang mendedahkan aurat ini, lalu bangkit berahinya, dan nafsu yang memuncak itu tidak dapat dipuaskan (dengan jimak). Kitaev-Smyk membuat kesimpulan bahawa ini adalah penyebab lelaki mengalami mati pucuk dan kanser prostat.
“Pada waktu ini 70% dari gejala mati pucuk terjadi akibat nafsu seks tidak dapat dipuaskan” kata Kitaev-Smyk. Beliau selanjutnya membuat kesimpulan bahawa wanita telah menguburkan kesihatan lelaki dengan menelanjangkan kaki dan berpakaian mini. Seseorang wanita berpakaian amat seksi kononnya bertujuan membahagiakan pasangan lelakinya telah menyebabkan lelaki lain menderita mati pucuk akibat penampilan yang mencairkan.
Perlu diingat bahawa mati pucuk bukan hanya bersebab dari melihat wanita berpakaian mini. Pakar-pakar juga menyebut bahawa sejumlah kegiatan lain juga menyebabkan zakar jadi lemah dan mati pucuk, termasuklah melihat laman-laman porno, menonton video porno, melihat tarian bogel, dan lain-lain kegemaran yang membangkitkan nafsu berahi tetapi tidak ada tempat yang sah (iaitu menjimak isteri) untuk menyalurkannya.
Sumber:Forum Carigold
Kementerian Kesihatan serbu rumah Adi Putra
Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
metahad@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila kediaman kanak-kanak dianggap genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani, 11, dan keluarganya di Taman Berlian, Gombak, diserbu Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebelum ubatan bernilai RM600,000 dirampas, pagi semalam.
Ketika serbuan, dua wanita berada di premis terbabit, seorang dikenali sebagai Titi Sri Wahyuni Bustami, 38, dan seorang lagi dipercayai saudara keluarga Adi Putra.
Bagaimanapun, Adi Putra serta keluarganya tiada di situ kerana dikatakan menghadiri seminar di Sabah dan usaha mendapatkan komen mereka gagal.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Farmasi KKM, Mazlan Ismail, berkata sebelum serbuan, pihaknya mendapatkan sampel Ubat Penawar Sendi Tulang terbabit di pasaran.
“Hasil ujian klinikal dijalankan, ia disahkan mengandungi steroid dan bukan ramuan tradisional seperti tertera pada pelekat botol.
“Steroid sangat berbahaya kerana boleh mendatangkan kesan sampingan seperti reput tulang, tekanan darah tinggi, badan menjadi sembab, obesiti, kerosakan ginjal dan pelbagai lagi,” katanya di lokasi serbuan.
Dalam masa sama, enam jenis ubatan lain dirampas dan akan menjalani ujian klinikal bagi mengetahui kandungan sebenarnya.
Selain Ubat Penawar Sendi Tulang, ubatan lain dirampas turut tidak mempunyai pengesahan KKM dan dipercayai ada di pasaran sejak beberapa bulan lalu.
“Jika sabit kesalahan, individu berkaitan boleh didakwa mengikut Seksyen 7 (1a) Akta Jualan Dadah 1992 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
“Kami nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati memilih ubat dan dapatkan nasihat daripada kakitangan farmasi atau doktor pakar sebelum mengambilnya,” katanya.
Sementara itu, Titi Sri Wahyuni mendakwa tidak mengetahui apa-apa berkaitan ubatan itu sama ada ia dibenarkan untuk jualan atau sebaliknya.
“Saya tak tahu apa-apa sebab baru sebulan kerja di sini. Saya hanya bertugas melekatkan label Adi Putra pada botol serta meletakkannya dalam kotak.
“Saya juga tidak pernah memeriksa atau mengesyaki apa-apa sejak bekerja di sini. Saya hanya melakukan tugas manakala waktu kerja juga tidak menentu, pagi dan malam saya berniaga menjual pelbagai jenis pakaian,” katanya.
Sebelum itu, Metro Ahad menerima aduan daripada pihak tertentu yang sangsi dengan Ubat Penawar Sendi Tulang kerana ia sama dengan satu lagi ubat dijual di Kedah.
Bagaimanapun, ubat dengan gambar Adi Putra berjubah juga berserban dijual lebih mahal berbanding di Kedah dengan harga hanya RM6 sebotol.
Tinjauan Metro Ahad terhadap rumah teres dua tingkat itu mendapati banyak kotak dan botol kosong diletakkan di dalam plastik di bahagian bawah kediaman berkenaan.
Ada juga ubatan yang siap berbungkus dan menunggu masa pelanggan datang mengambilnya. Difahamkan, edaran ubatan terbabit adalah ke seluruh negara.
Sumber:Harian Metro
Hazwan:aku pun terkejut baca berita ni...apa komen korang?
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.




“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh”
( Al-Munafiquun : 10 )
HURAIAN
Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.
Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material.
Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah.
Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.
PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN
"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 )
DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK
Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )
MENOLAK BALA BENCANA
Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi )
SELAGI PELUANG MASIH ADA…
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )
Salam semua.Hari ni aku nak ajar korang masak tomyam campur.Aku selalu masak bila angin rajin aku datang dan rasa teringin nak makan tomyam dekat rumah.dah selalu jugak aku buat tomyam ni.family dengan kawan-kawan dekat umah sewa aku dekat Shah Alam ni semua dah merasa masakan tomyam campur aku.tak susah pun senang saja.bahan-bahan yang diperlukan:
sotong
Finally amount dalam akaun adsense aku dah jejak 100 USD alhamdulillah....insyaallah bulan depan bleh cashout.tak tau lagi nak pilih cek or western union.kalau pilih cek boleh buat kenangan bersama cek dari google tapi masalahnya nak sampai dan masa untuk clear dalam bank tempatan agak lambat.kalau pilih western union pulak dapat duit cepat tapi tak ada benda nak dibuat kenangan....
Aku start ada akaun adsense tahun 2008 rasanya...time tu newbies lagi.tak tau apa-apa. nak dapat klik untuk adsense for content punyalah payah.dalam masa setahun jumlah dalam akaun adsense aku cuma 16 USD.Tak banyak pun.Duit habis beli ebook adsense lagi banyak dari earning.Then dalam bulan November tahun 2009 aku terjumpa satu thread dekat Forum Carigold pasal Adsense For Domain.Start dari situ aku belajar macam-macam pasal AFD ni.Teknik topi putih, topi hitam, topi kelabu semua aku try.Rupanya Adsense for Domain lagi senang dari Adsense for Content.akhirnya akaun adsense aku cukup 100 USD pada 31 Disember 2009 dalam masa sebulan lebih saja. So kira ok la untuk newbie macam aku. otai-otai adsense yang lain pulak...ada yang dapat beratus-ratus USD sebulan..memang power!!!
next mission:penuhkan akaun 2nd adsense dengan nuffnang
Jenis Pertama
Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.
Jenis Kedua
Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.
Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.
Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.
Jenis Ketiga
Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.
Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.
Jenis Keempat
Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.
Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.
Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.
Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.
Jenis Kelima
Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.
Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.
Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.
Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.
Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.
Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.