Tazkirah: Pesanan Buat Diri

Wahai diriku,
Manfaatkan usia dan hidupmu
Sesungguhnya mati tidak mengira waktu
Sudahkah kau bersedia wahai diriku


Ingat masa sihatmu sebelum sakitmu
Masa mudamu sebelum tuamu
Masa kayamu sebelum miskinmu
Masa lapangmu sebelum sempitmu
Masa hidupmu sebelum tiba waktu matimu

"Belum hilang jejak kubur telapak kaki orang-orang yang menghantarnya ke kubur, seorang hamba (yang telah habis usianya) akan ditanya mengenai empat perkara iaitu usianya ke mana dihabiskannya, tubuhnya untuk apa digunakannya, ilmunya seberapa yang diamalkannya dan hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dibelanjakannya (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Ingatlah wahai diri ini

Barangsiapa yang hari ini ebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka.

Masa ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kita.

Allah telah berfirman:
Demi Masa.Sesungguhnya manusia dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran
(Surah Al-Asr) 

Sekian pesanan untuk diriku sendiri

10 comments:

eZad niMo said...

thanks hazwan~ =)

shida saje said...

alhamdullah..thanx adik wan ;)

FeeZ~Hafizah~cucuatokaji said...

mekasih sudi ingatkan :)

HAZWAN17 said...

@eZad niMo
sama-sama nimo...

HAZWAN17 said...

@shida saje
sama-sama kita saling ingat mengingati

HAZWAN17 said...

@FeeZ~Hafizah~cucuatokaji
welcome feez...:)

suzie rahman said...

nice post.thks wan

HAZWAN17 said...

@suzie rahman
welcome suzie

sarah abadan said...

pesanan yang baik...thanx!
masa ialah pedang

HAZWAN17 said...

@sarah abadan
renung-renungkan dan selamat beramal

Related Posts with Thumbnails