Selamat Hari Tandas Sedunia

Salam semua.Tadi masa aku drive sambil dengar radio, tiba-tiba DJ Hot.FM tu sebut pasal Hari Tandas Sedunia yang jatuh pada hari ni 19 November.Balik-balik rumah aku terus search internet.Rupa-rupanya Hari Tandas Sedunia ni memang wujud pada 19 November setiap tahun.Tujuan Hari Tandas Sedunia ni sebenarnya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penggunaan tandas, sistem pembentungan dan juga kepentingan air bersih.


Kita dekat Malaysia ni kena bersyukur sebab adanya kemudahan tandas awam dekat Malaysia tapi ada jugak segelintir manusia yang tak bertanggungjawab merosakkan imej tandas awam di Malaysia.Contohnya menconteng dinding tandas awam, merosakkan peralatan dalam tandas awam dan paling teruk sekali tak  pandai nak menjaga kebersihan tandas awam.Pandai buang tapi nak flush tak reti.Kalau perempuan pulak ada yang buang pad mereka dalam lubang tandas.Mana tak lubang tu tersumbat.Macam-macam sampah dibuang dalam tu.

Fakta: 4000 kanak-kanak di dunia mati setiap hari akibat taun kerana sistem pembentungan yang teruk dan air yang kotor.

Cuba kita bayangkan kawasan-kawasan pedalaman yang tiada kemudahan tandas.Macam mana mereka buang bahan buangan mereka?Mereka just buang di dalam sungai, dalam tanah.Tanpa mereka sedari kuman-kuman penyakit boleh merebak melalui resapan air di dalam tanah dan juga air yang tercemar.Ni  jugak sebagai satu peringatan untuk sesiapa yang suka buang bahan buangan bersepah-sepah macam dekat tepi jalan, celah-celah semak sebagainya.

Hazwan:Sedih tengok tandas awam yang tak terjaga.Silap-silap jadi port tempat buat maksiat

14 comments:

leEya said...

wahh,ade hari tandas juga ?

HAZWAN17 said...

@leEya
mestilah ada leeya..nak bg kesedaran sket kat orang ramai

eZad niMo said...

hohoho, baru tauk. thanks bagi info ni.
selamat hari tandas sedunia!

(wan suke lepak dlm tandas, ish3~)

shida saje said...

hoho..baru tahu today is "Hari Tandas Sedunia" =)
jom ramai2 basuh tandas kite..yeehhhaaaaa!!

SaF_FreNsiCk said...

kau pun dgr gak hot fm pg td? hahahah....
lagi satu bro... hari ni hari lelaki.....

nas said...

Tanpa tandas..
siapalah najis..
eh...
ade ke ek...
hahhahahahahhaa

Ku terima beberapa emel dari Yuna

HAZWAN17 said...

@eZad niMo:
mane ade suke nimo..kadang2 je klu nk cari ilham

HAZWAN17 said...

@shida saje:
jangan pulak basuh time hari tandas jerk..hahaha

HAZWAN17 said...

@SaF_FreNsiCk:
haah.aku dengar dari radio huhu

HAZWAN17 said...

@nas:
tanpa tandas terpaksalah cari lubang gali pakai cangkul

Anna Boleyn said...

hoho sumpah ni 1st time kot dengar hari tandas sedunia. mmg btol2 ada eyy.. adey. happy toilet day eyy. kuikui :p

HAZWAN17 said...

@Anna Boleyn:
memang ade la...cube try search kat pakcik google..rasenya dah bertahun2 gak hari tandas ni

░♥si lampu neon♥░ said...

BERSYUKUR ADE TANDAS RUMAH YG SGT SYOK UNTUK MELABOR ;) HEHEHE


ADE TAK HARI NEON SEDUNIA? PASTI INDAHHH

HAZWAN17 said...

@░♥si lampu neon♥░:
haha..nak jugak hari neon sedunia... tak lama lagi ada kot..

Related Posts with Thumbnails