Selamat Berjaya Kepada Calon-Calon SPM 2010

Sijil Peperiksaan SPM akan bermula minggu ni.So kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan SPM 2010.Hazwan.Com ingin mengucapkan selamat menjawab peperiksaan dan 'all the best' kepada semua calon SPM 2010 terutama untuk adik aku, Nurul Shuhada Hamidon dan junior-junior MRSM Pontian yang selalu tanya aku mintak tips nak cemerlang dalam SPM.Ingat aku ni pakar motivasi macam Dr Fadzilah Kamsah ke.Tapi tak apa, ni aku nak bagi tips-tips berdasarkan apa yang aku tahu.



 Kredit Gambar: ILUVISLAM.COM
  1. Siapkan awal-awal kelengkapan seperti pakaian sekolah, alat tulis, kalkulator, slip peperiksaan SPM, kad pengenalan supaya tak kelam-kabut pada waktu pagi hari peperiksaan.Dulu time dekat MRSM ramai student yang kelam kabut pagi hari exam termasuk akulah.Pagi tu baru nak gosok baju, pinjam baju, pinjam seluar.Biasalah, suasana asrama.
  2. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup.Malam sebelum exam tu dah tak payah lagi nak stay up lama-lama.Just buat review ringkas then terus masuk tidur.Esok paginya bangun awal.Kalau sempat buat sembahyang hajat, baca Al-Quran then sembahyang Subuh.Doa banyak-banyak supaya ditenangkan hati dan dipermudahkan untuk menjawab soalan.Kalau boleh pagi tu  call parent mintak doa dari mereka.
  3. Jangan lupa sarapan sebagai alas perut.Ini penting untuk tenaga time berfiikir masa nak jawab exam.Orang yang perut kosong tak dapat berfikir secara rasional.Better makan roti ke biskut ke.Jangan makan makanan yang pedas.Nanti tak pasal-pasal sakit perut time tengah-tengah exam siapa yang susah.Aku dah penah alami dulu.Sakit perut yang melampau time exam tapi aku tahan.Kalau aku pergi tandas jugak time tu memang tak siaplah aku jawab exam Add Mat tu.
  4. Masuk dewan peperiksaan dengan tenang jangan gopoh-gopoh.Baca doa lagi sebelum membuka kertas soalan.Jawab soalan yang senang dulu baru jawab soalan yang susah.Jangan Meniru OK.Kalau ada masa semak balik kertas jawapan.
  5. Lepas habis jawab kertas peperiksaan, just fokus kepada subjek yang seterusya.Tak payah nak bincang-bincang pasal paper yang dah lepas sebabnya itu akan menambahkan tekanan kalau kita jawab salah dan berbeza dengan rakan-rakan yang lain.
Hazwan: Sekian tips dari Dr Mohd Hazwan.Renung-renungkan dan selamat beramal.

    10 comments:

    suffer8zine said...

    nice tips bro!

    Terkini : Bukan untuk wanita sahaja

    HAZWAN17 said...

    @suffer8zine:
    thanks bro....

    ProfHariz said...

    Gud Luck Calon SPM. tak lupa stpm juga

    http://profhariz.com

    HAZWAN17 said...

    @ProfHariz:
    haah STPM sekali...all the best

    ░♥si lampu neon♥░ said...

    HUHUHU GABRA GABRA NASEB BEK DAH HBS BELAJAR HEHEHE..

    HAZWAN17 said...

    @░♥si lampu neon♥░:
    best la erk dah habes blaja.......
    pasni masuk alam kerja pulak...
    pastu kawen...ada anak.......
    peh jauh giler aku pk...

    NAZREE said...

    itu dia tips dari top student MRSM pontian!

    HAZWAN17 said...

    @NAZREE:
    haha..top la sangat imam..
    kalau top aku dah kat oversea hehe

    dya adriza said...

    oh! sangat bagus abang ini ya adik2 keh3..

    HAZWAN17 said...

    @dya adriza:
    abg berkongsi pengalaman jerk adik2 hehee

    Related Posts with Thumbnails