Pamela Anderson Bakal Heroin Filem Malaysia

Baru sehari Filem Dua Alam ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia tapi pengarah filem ni iaitu idola aku Dr Rozmey telah merancang untuk pembikinan filem yang kedua pada tahun 2011.Belum sempat lagi rakyat Malaysia nak review, komen dan kritik Filem Dua Alam dah nak buat filem baru pulak ke Dr?Kali ni Dr Rozmey bercadang nak mengambil bintang Baywatch dari Hollywood Pamela Anderson sebagai pelakon filem tu.Satu idea yang gila dari beliau.

Aku bukan tak sokong kau Dr Rozmey tapi aku rasa pemilihan Pamela Anderson tu macam tak berapa nak sesuailah.Lagipun umur dia dah tua, kulit pun dah berkedut.Apa kata Dr cari pelakon yang lebih muda macam Megan Fox.Lepas tu heronya pulak tak payah susah-susah nak cari.Apa kata Dr pilih aku untuk bergandingan dengan Megan Fox.Kira sesuai la kan.So, siapa-siapa yang tak kenal Pamela Anderson dekat bawah ni merupakan gambar Pamela Anderson versi sopan.Susah betul nak cari gambar dia versi sopan.

Sumber Berita: Kosmo

Hazwan: Kalau filem Dua Alam target pecah panggung 40 juta.Filem kali ni agak-agak berapa juta?Lagi satu sesiapa yang dah tengok Dua Alam tolong bagi review.Patut ke tak patut aku pergi tengok?

8 comments:

sumpit said...

aku tak pergi tengk lagi... hahahaha

HAZWAN17 said...

@sumpit
apsal tak tengok lagi bro..ko pegi tengok dulu..klu best baru ak tgk hehe

Anonymous said...

xbes r pamela
bek ltak carmella bing ke
gianna michael ke
hitomi tanaka pon k gak
hahaha

ramlah melaram said...

kadang2 aku rasa dr. rozmey ni mcm syok sendiri pon ade. kahkahkah

HAZWAN17 said...

@Anonymous
nak buat macam mane..taste dr rozmey ni pamela anderson

HAZWAN17 said...

@ramlah melaram
strategi marketing kot...otak bisnes die ni

Anna Boleyn said...

hoho..ramai gile org anti and ban filem 2 alam ni. rs kesian lak.

HAZWAN17 said...

@Anna Boleyn
macam mane org tak ban, filem belum keluar lagi dah gebang macam-macam...
pecah panggung la, 40 juta la

Related Posts with Thumbnails