Selamat berhujung minggu semua.Hari ini aku nak share pasal masalah dan kelemahan yang sering dihadapi oleh superheroes.Walaupun kita selalu tengok dekat filem atau televisyen yang superheroes ni kuat dan selalu berjaya mengatasi musuh-musuh mereka tapi hakikatnya, mereka juga manusia biasa.Tiada manusia yang sempurna.Jom kita tengok apa kelemahan superheroes ni.
Batman
Tak dapat bekerja pada waktu siang kerana mempunyai alergik terhadap cahaya matahari.Dipahamkan apabila terdedah kepada cahaya matahari, Batman akan diserang virus sawan.
The Flash
Sering mendapat surat saman daripada JPJ dan polis trafik disebabkan kantoi speed trap.Kena tahan dekat road block dah menjadi perkara biasa.
Spiderman
Bila musim hujan dan angin yang kuat, jaring lelabahnya tidak dapat melekat pada dinding-dinding bangunan dan ini amat menyukarkan spiderman untuk tugas-tugas menyelamat mangsa banjir.
Ironman
Sut besi (iron) yang dipakainya tidak sesuai untuk operasi musim panas kerana ketiadaan sistem penghawa dingin di dalam sutnya.Ini akan menyebabkan Iron Man berpeluh satu badan.Selain itu,Iron man juga tidak sesuai untuk operasi dalam air kerana bimbang akan lemas disebabkan sut besinya yang berat.
Wolverine
Tak sesuai untuk operasi yang memerlukan proses angkat-mengangkat mangsa kemalangan kerana bimbang kuku besinya yang tajam akan tertikam orang mangsa.Tak pasal-pasal bertambah parah pulak kecederaan orang tu.
Superman
Kesukaran mendapatkan seluar dalam berwarna merah kerana jarang sekali dijual di pusat-pusat membeli belah seluar dalam yang sama warna dalam satu kotak 3 in 1 ataupun 5 in 1.Nak taknak kena pergi cari dekat pasar malam.Baru boleh pilih color yang sama.






27 comments:
wakakkaka...haaaa nk gelak besar pon ade..hahah :D
Salam,
hahhaa lawak pulak, satria baja hitam ada tak?? ehehe...
www.yanmieonline.com
hahahahaa..klakalaa....dh la feez suke wolverine..ksian kuku panjang sgt..hik3..seb baik tade cagu kan :)
funny.;D
haha ngeng!
sengalnya jawapan kau,
mane pergi otomen???
nak otomen otomen.
hahaha pandai ko buat lawak ek :p
dam ko wan..aku buat wallpaper pasal batman, bleh pulak kau buat post psl superheroes..
hahaha..aduhai..xpnah lak terpikir..
adess..bgus2...
ahhahaha
hahahaha
sengal giler!
Spiderman tu selalu wat sawang rumah beta.. haha..
huhuhu..
cantik punya masalah..
rupanya superhero pn ada mslh rupanya
@shida saje
akak jgn gelak kuat sangat huhu
@yanmie
kak yan,kalau satria baja hitam dari spesis belalang kan.mungkin akan mengalami gangguan racun serangga oleh petani kot
@FeeZ~Hafizah~cucuatokaji
kalau ade cagu..tak taulah nak cakap ape..pengotor betul wolverine ni
@nap.s.ter
thanks napster.. :)
@sarah abadan
ngeng tu ape sarah?haha..slmt berhibur
@nadya nordin
kalau ultraman pulak selalu turun naik mahkamah sebab saman merosakkan bangunan dan harta benda awam
@Fitrihadi
saje jerk bro..baru fun sket..release tension para pembaca
@NAZREE
sebab aku terbaca blog ko la td aku dpt ilham nak buat entri ni
@♥♥♥aRiSa FunAbAsHi♥♥♥
bagus eh arisa..thanks..
@Lelaki Ini
thanks bro sudi komen dekat entri sengal ni :)
@Aretikz
saman je spiderman yang buat sawang dekat umah ko tu bro
@lady atie
yup semua manusia di dunia tak lari dari masalah..masing-masing ada masalah sendiri, masalah dunia masalah peribadi
WOLVERIN PEMALASSS ! HAHAHA AKU MINAT WOLVERIN..MUMUU
@░♥si lampu neon♥░
wolverine tak kachak la neon
he he he be
tui ki
Post a Comment