Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.Suasana malam begitu sejuk kerana hujan disebelah petangnya.Lisa masih tekun membaca nota di meja studynya.Sesekali kelihatan dia menggosok-gosok tapak tangannya kerana kesejukan.Suasana di kolejnya begitu sunyi kerana kebanyakan penghuninya telah pulang ke kampung untuk berhari raya.Hanya tinggal segelintir penghuni sahaja yang tidak pulang ke kampung halaman.Lisa mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung kerana peperiksaan akhir semester subjek Termodinamik akan diadakan pada hari Isnin beberapa hari selepas Hari Raya Aidiladha.Dia ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada subjek yang menjadi subjek repeat paling popular bagi pelajar-pelajar jurusan engineering.
Terasa sayu hatinya tidak dapat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tercinta di kampung halaman.Mungkin ini salah satu pengorbanan yang perlu dilakukan untuk berjaya bisik hati kecilnya.Rakan sebiliknya, Noni telah lama dibuai mimpi.Seperti Lisa, Noni juga tidak pulang ke kampung kerana banjir yang melanda kampungnya telah menyebabkan laluan kenderaan terpaksa ditutup.Tiba-tiba, Lisa terasa seperti hendak terkucil lalu dia bingkas bangun untuk mengejut Noni.Malangnya,rakannya itu langsung tidak memberikan respon.Mahu tidak mahu terpaksalah Lisa pergi ke tandas seorang diri.
Sebaik sahaja Lisa melangkah ke dalam tandas, terdengar bunyi air pancut dalam salah satu bilik mandi.Siapa pula yang mandi malam-malam buta kata Lisa di dalam hati.Tanpa menghiraukan bunyi tersebut Lisa segera menunaikan hajatnya yang tertangguh.Tiba-tiba bunyi air pancut tersebut berhenti.Lisa berasa lega kerana fikirnya ada juga orang yang menemaninya di dalam tandas.Sebaik sahaja Lisa melangkah keluar dari tandas muncul satu lembaga perempuan berambut panjang dihadapannya.Lisa tergamam dan mukanya menjadi pucat.Kakinya terasa longlai dan mulutnya tak mampu bersuara.
Lembaga itu bersuara
"Aku tak akan apa-apakan kau.Yang penting kau kena ikut apa yang aku cakap.Aku berjanji"
Lisa hanya terkedu tanpa suara memerhatikan lembaga itu.
Lembaga itu bersuara lagi
"Dah lama aku mencari benda ini', sambil menunjukkan sekeping gambar kepada Lisa.
"Kalau kau boleh mendapatkannya, aku akan lepaskan kau.Tapi kalau kau lari aku akan menghantui hidup kau untuk selama-lamanya" sambung lembaga itu lagi.
Kaki Lisa terasa boleh bergerak.Dia segera berlari ke biliknya dan kembali semula kepada lembaga itu dan memberikan apa yang diminta.
"Terima kasih Lisa" ucap lembaga itu sambil mengilai dengan suara yang menyeramkan.
Semasa Lisa melangkah keluar, bunyi air pancut terdengar kembali.Sesekali terdengar suara lembaga perempuan itu menyanyi.
"Kelapa dan Orkid.Saya nak balik duit saya".
Siapa yang tak faham boleh tengok video ni
10 comments:
iklan syampoo ke ni hehehe
wahahha!! kelapa dan orkid??
knapa plak? dia minat lagu tu ye? xphm la apa yg ada dlm gmbo tu. uhuhu~ T_T
hurmm..ade kemusykilan dsana.. :garu kepala:
@Fitrihadi
haah bro iklan syampu versi seram
@eZad niMo
alamak nimo tak penah tgk iklan kat tv ker
@shida saje
akak pun same erk..tak penah tgk iklan tv hehe
@HAZWAN17
adoiii~ tak tgk tv la wan =P
bongok toi ah kaw. hahahaha.
NAK JUGA GUNA NAMA LISA KANNNN.
hahaha
@eZad niMo
lain kali kena tengok nimo..baru rau berita-berita semasa hehe
@nadya nordin
eh aku guna nama lisa ke dalam cerita ni..salah ni hahaha
Post a Comment