Salam sejahtera semua pembaca.Hari Jumaat yang mulia ini aku nak berkongsi satu cerita untuk renungan kita semua.Semoga cerita ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita semua.Insyaallah.
Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia
Semasa menemuduga salah seorang calon,pengarah syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti.Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.
Pengarah itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "tidak".
Pengarah bertanya lagi, "Jadi ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab," ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang membayar semua yuran pengajian saya".
Gadis itu menjawab "tidak".
Pengarah bertanya lagi, "Jadi ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab," ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang membayar semua yuran pengajian saya".
Pengarah meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" pemuda itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah".Pengarah meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.
Pengarah berasa hairan lalu bertanya lagi,"Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?".Gadis itu menjawab tidak pernah.Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan.Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian.Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya.
Pengarah tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.
Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi.Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.
Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan.Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu.Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kusut dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila air terkena di tangannya.
Dan gadis itu mula tersedar bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti dan calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaan yang cemerlang seorang dan juga masa depan seorang anak.Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh pakaian ibunya yang masih tertinggal.
Keeasokan harinya, gadis itu kembali semula ke pajabat.
Pengarah tersebut terperasan air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya
"Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?".
Gadis itu menjawab
"Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal".
Pengarah itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"
Gadis itu menjawab.Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini.Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar betapa sukar nya mendapat sedikit wang untuk hidup.Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan.
Pengarah itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya minta, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya.Awak diterima untuk bekerja disini.Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya.Prestasi syarikat juga semakin meningkat.
Hazwan:Pengajaran dari cerita ini ialah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah.Dari situ , kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.
22 comments:
bagus2,,ambil pengajaran yerr cik along,, :D
@hikmah128
yelah pasni aku bangun awal..tlg mama hahaha
wahh..touching sehh
sedih bila baca cite ni..erti sebenar pengorbanan ibu kpd anak..pengorbanan ibu bapa tak boleh dibeli dgn wang ringgit.
MAK TAK PERNAH UNGKIT APE DIE PERNAH BUAT TOK KITE..KITE NI SELALU MENGUNGKIT APE KITA BAGI KAT MAK KITER...HUUU SADISS
tersentuhnya..huhuhu ;(
@farhanrohni
tersentuh an...huhu
@zuar
betul tu bro..pengorbanan ibu mmg tak ternilai dengan ape2 sekalipun
@░♥si lampu neon♥░
betul semua yang ibu lakukan percuma
masakkan kita, jaga kita time sakit huhu
@shida saje
hargai ibu anda.....
emak cikgu dah pergi empat tahun dulu...sedih dan rindu...
@anati
takpe cikgu,,hanya kirimkan doa sahaja utk arwah..semoga rohnya tenang disana
sedih plak story ni...T.T
@zaeimah ismail
sesekali nak buat cerita sedih huhu
*menangis*
bgus..amik pgjrn ye..hehehe
@sarah abadan
nangis la sepuas hati sarah hehe
@zue
yup..same2 amik pengajaran ok
sgt memberi impak entry ni
@Oong-ong
same2 kite ambil iktibar bro...
nasib bek ego aku tinggi,klu x aku dah nangis
@ferryhuhu..takpe kdg2 menangis utk muhasabah diri boleh
Post a Comment