Kau Bukan Untukku

Tersebutlah kisah di sebuah program Homestay yang dianjurkan oleh persatuan pelajar-pelajar hensem dan cun (PPPHC) di sebuah universiti tempatan.Program homestay ini merupakan aktiviti tahunan persatuan dan kali ini Kampung Tok Imam Lapar (asal-usul kampung) di Terengganu menjadi destinasi pilihan.Kebetulan pula lokasi ini merupakan kampung halaman salah seorang peserta Homestay yang paling senior iaitu  Fariq Kamil selaku Presiden kelab ini.

Fariq Kamil mengambil keputusan untuk tinggal bersama nenek dan datuknya semasa Semasa pembahagian kumpulan, Fariq Kamil bertanya kepada salah seorang rakan baiknya.

"Eh Fakrin Ahmad, kau nak duduk dengan aku tak?Tinggal rumah nenek dan atuk aku".

"Tak nak aku, hari-hari asek tengok muka kau je, aku dah bosan.dari sekolah menengah sampai masuk U muka kau.aku masuk persatuan pelajar-pelajar hensem dan cun kau pun nak masuk jugak.nasib baik dapat jadi presiden", jawab Fakrin Ahmad sinis sambil ketawa.

"Rumah mana dalam kampung ni yang ada anak dara yang cun eh.silap hari bulan boleh buat awek.makin selalu la aku datang kampung kau ni nanti', tanya Fakrin Ahmad.
Fariq Kamil pun menjawab
"Ada, rumah Pak Andak Leman dengan Makcik Besah dekat hujung simpang jalan tu tapi....", belum sempat menghabiskan kata-katanya Fakrin Ahmad segera memotong dengan perasaan excited.

"Okey....okey...letak nama aku untuk family Pak Andak Leman dengan Makcik Besah".

Malam itu, berlansungnya aktiviti seperti pertandingan memasak, persembahan nyanyian dan lain-lain lagi. di balai raya kampung.Semua peserta dan penduduk kampung kelihatan begitu gembira sepanjang program tersebut berlangsung.

Selepas aktiviti berakhir, semua peserta bergerak pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing.Fakrin  Ahmad berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen.Pak Andak Leman masih lagi belum pulang kerana melepak bersama kawan-kawannya di kedai kopi sementara Makcik Besah sedang menghabiskan kerja-kerja rumah di dapur.Tiba-tiba dia terpandang kelibat seseorang dari pintu.

"Wah, anak perempuan Mak Cik Besah.Mesti dia ni yang Fariq Kamal cerita tadi.Boleh tahan juga", getus Fakrin Ahmad dalam hati.Dia pun menegur gadis itu.


"Hai, awak.Tak tidur lagi ke.Buat apa je", 


Gadis itu menjawab, "Belum lagi lah abang.Ada kerja sedikit nak kena buat".


Fakrin Ahmad tersentak segera die memohon untuk masuk ke biliknya.


Keesokannya harinya semasa aktiviti gotong royong di kawasan kampung, Fakrin Ahmad segera mendapatkan Fariq Kamil.


"Weh, ^%$^#%$, kenapa kau tak bagitau aku semalam anak Makcik Besah dengan Pak Andak Leman tu  Mak Nyah Aww...Awww", marah Fariq Kamil.


Fariq Kamil menjawab sambil ketawa "Betul lah perempuan, orang kampung ni semua panggil dia Mak Andam".


"*&^&%^#@!*(((*&#@#$@&&^^%% kau Fariq Kamil", bebel Fakrin Ahmad lagi.


Fariq Kamil hanya ketawa.....


Tamat...

Hazwan:  Apa pandangan pembaca semua dengan cerita ni?

16 comments:

suffer8zine said...

menarik dialog ni

Terkini : Enter

p3perak said...

Aww.. means dia bukan pompuan la eh??

sizuka[Izzati] said...

haha.kesian fakrin ahmad.tulah xtggu fariq kamil abes ckp.ngahaha~

HAZWAN17 said...

@suffer8zine
thanks bro..agak2 berapa bintang nak bagi

HAZWAN17 said...

@p3perak
bukan perempuan...:)

HAZWAN17 said...

@sizuka[Izzati]
excited terlebih dia ni huhu

sarah abadan said...

hahahaa...senget la kau hazwan!! klako! XD

nap.s.ter said...

sementata?gahahahahahahahahaha.

HAZWAN17 said...

@nap.s.ter
adoi spelling mistake hehehe

HAZWAN17 said...

@sarah abadan
saje nak bagi ko gelak hari ni....hehe..smlm dah sedih an

cik siska ^_^ said...

haha..pe tah ending dye..pape pown nice ^_^

HAZWAN17 said...

@cik siska ^_^
thanks sudi baca cik siska

Lisa said...

wowwww, nice storyyyy~!

masnurain said...

mak nyah!! auuww..~~~
klaka2..!!

mnx tolong bg pendapat sikit..
http://seliparcoklat.blogspot.com/2010/11/boleh-minta-pendapat-bloggers-tak.html

HAZWAN17 said...

@Lisa
thanks lisa..br blaja2 nk wat cerpen cewah

HAZWAN17 said...

@masnurainhehe thanks..semoga terhibur

Related Posts with Thumbnails