Hospital Kerajaan VS Hospital Swasta.Mana lagi baik?

Salam sejahtera semua.Pagi semalam macam biasa hantar adik aku yang paling kecik pergi mengaji Al-Quran.Sambil drive sambil dengar Hot.FM.Topik pagi semalam ialah berkenaan hospital kerajaan dan hospital swasta.Macam-macam pendapat dan komen daripada pendengar sambil-sambil Faizal Ismail degan Kieranto Marcelo melawak.Antara komen-komen pendengar yang sempat aku dengar adalah macam ni.


Pendengar 1:
Kawan kepada pendengar ni menjalani pemeriksaan kaki di satu hospital swasta.Doktor just check kaki dan ketuk-ketuk lutut dia.Then tanpa  diberikan ubat cuba teka berapa cas untuk pemeriksaan tu?RM450 untuk upah doktor ketuk lutut pesakit tu.

Pendengar 2:
Kisah kawan kepada seorang pendengar lagi.Pesakit masuk wad hospital swasta selama 12 jam.Then bilnya sangat murah.Hanya RM13,000 sahaja.Mujur pesakit ada insurans.So dia hanya mampu tersenyum.

Pendengar 3:
Kali ni kisah di hospital kerajaan.Nenek kepada pendengar terpaksa baring di atas katil di kaki lima hospital sebab wad dah penuh.


Pengakuan Eksklusif Pembantu Perubatan Klinik Swasta
Doktor di klinik swasta tu cas dua kali ganda untuk ubat berbanding klinik swasta yang lain.Kadang-kadang doktor bagi ubat yang dah expired kepada pesakit.Pendengar ni jugak mengaku pernah membuang ubat yang dah expired secara senyap-senyap untuk elak doktor klinik tu tau.

Artikel Berita Pasal Isu ni.Sumber Carigold.Com

Hazwan:Masing-masing ada pro dan kontra.Hospital swasta mahal tapi servis tiptop.Hospital kerajaan pulak bukan tak bagus tapi ramai sangat orang.So kadang-kadang hospital kerajaan tak cukup space, kakitangan dan sebagainya.Tapi bab doktor bagi ubat dah expired tu memang tak patut.Boleh lapor dekat Kementerian Kesihatan kalau dapat ubat yang dah expired.

Setakat ni  aku tak pernah lagi masuk wad hospital.Syukur alhamdulillah.Pendapat korang pulak macam mana?Pernah ada pengalaman masuk hospital?Jom share.

68 comments :

shalley said...

susah nak ckp ni...tgk hospital mana korang pergi gak sebenarnya.maksud aku, AREA mana...ada tempat, hospital kerajaan ok je...

Firdani said...

hahaha..
swasta mmg la mhal..
maybe klu sakit sikit2 2 xpyh la nk g swasta..buang duit je..
tp klu kerajaan, pham2 la kn..lyanan 3 bntang pn pyh nk dpt..hehe..
pape pn sy akn keje ngan hsptal kerajaan..haha

sumpit said...

pendapat aku la kan.. better ada medical kad.walaupun kerja gomen tapi untuk jangka masa pnjg berbaloi2. ap[a salahnyer labur sikit sebulan.... hehehehe bagi yang mampu la. kalau tak mampu bersyukurlah dengan apa yang ada.

Yanie J said...

pd yanie ,ske swasta.layanan die mmg besh,mkn mnum smua...waaaah! hakhak.slesa pn slesa

i am S!L4H.. said...

sy dlu2 g swasta....
tp skg g gov plak sbb ad yg dkat..
aritu kan....demam tp dok tu x de cek ap2 pon..
msuk2 bilik tnye pstu trus bg list ubat...pehhh sentappp

nadzirah aqilah said...

sy takde pengalaman pergi hospital...

tapi bg sy 2-2 ada kelemahan dan kebaikannya..

dari segi perkhidmatan mungkin swasta lagi okey..

tapi dr segi kewangan, kerajaan lah yang terbaek.. hehehe

alienelliz said...

tak ada pngalaman dgn hospital swasta..tp mmg terbaiklah perkhidmatannya sebab bayar bagai nak kawin lagi 2..haha nasib baik aku belum kawin..haha

Cik Comot said...

swasta...lebih mengambil berat hal pesakit
kerajaan...juz bg ubat je

HAZWAN17 said...

@shalley:
betul gak..tak semua hospital kerajaan macam tu..nasib la dapat doktor dengan wad bahagian mana...

HAZWAN17 said...

@Firdani:
tu la.swasta memang mahal tapi servis ok.facilities pun lengkap...
selamat bekerja di hospital ye firdani

HAZWAN17 said...

@sumpit:
yup medical card pun penting...apa-apa kalau sakit teruk-teruk sampai masuk hospital..medical card boleh tanggung..tp kne bayar bulan2 la..
btw sakit tak datang dijemput

HAZWAN17 said...

@Yanie J:
selesa mmg selesa yanie..tapi bab bil tu yg tak tahan huhu

HAZWAN17 said...

@i am S!L4H..:
silah...kadang-kadang doktor nak cepat kot..byk lagi patient tgh menunggu...

HAZWAN17 said...

@nadzirah aqilah:
sama la kita..tak ada pengalaman lagi masuk-masuk hospital ni...so nak pilih hospital kena depend la pada kemampuan kite..
ukur baju badan sendiri

HAZWAN17 said...

@alienelliz:
tu la pasal bro..cas hospital kerajaan ni dah boleh wat blanje kawen...

HAZWAN17 said...

@Cik Comot:
swasta-cek lebih bayar lebih
kerajaan-banyak patient kne kejar masa huhu

eZad niMo said...

hehe, aritu praktikal kat pejabat kesihatan setahun, mcm2 ragam dh tgk. kerajaan cas murah, sbb tu ramai dtg, pastu bla ramai, bak kata wan, space x cukup. haha. swasta mmg mahal sbb servis pn baik punya. kes ubat expired tu, mmg bahaya la.

apa la yg sy merapu ni? ntah la, mcm2 yg tgh bmain d fikiran skrg, huhu.

eZad niMo said...

tp kalo ikut yg kerajaan, dorg suka bg ubat cmtu je, bkn cek btul2. ubat tu pun biasanya placebo je, sbb tu sy x rajin nak g hospital. swasta ni lebih skit sbb dorg cek ngan teliti. mahal xpe, yg pntg kta pulih, asalkan sanggup je =)

alamak, sy merepek bkn2 g. ok2, diam2 je :(

p[A]n[A]d[O]L said...

kalo panadol, mmg x ska p sepital..
so, i wont choose either swasta or gov..
ahha

Dakjaat said...

this story taken from carigold forum? :)

HAZWAN17 said...

@eZad niMo:
banyak betul pandangan nimo..thanks berkongsi pengalaman...
placebo?
dari wikipedia
A placebo is a sham or simulated medical intervention that can produce a (perceived or actual) improvement, called a placebo effect.
tlg terangkan nimo

Dakjaat said...

Ini pengalaman saya di hospital kerajaan

http://dakjaat.com/2010/08/07/kami-sedia-membantu-hanya-sekadar-moto/

http://dakjaat.com/2010/08/04/piagam-pelanggan-untuk-hiasan-hospital-saja/

HAZWAN17 said...

@Dakjaat:
link artikel berita tu dari dipetik dari carigold...kat situ pun ade thread pasal ni...btw smlm mmg ada dekat Hot FM pagi bincang pasal ni...

HAZWAN17 said...

@p[A]n[A]d[O]L:
macam tu pulak..kalau sakit macam mane?huhu

HAZWAN17 said...

@Dakjaat:
thanks for sharing.......
smlm dengar pandangan pendengar radio
hari ni dapat tau pengalaman blogger pulak...nice

░♥si lampu neon♥░ said...

AKU SOKONG DUA DUA SECTOR.

KERAJAAN BG YG TAK BANYAK DUET AND NAK SEMUA SERVIS FREE. ORG YG SALU MERUNGUT2 TU SEBENANYR SAKIT YG TAK KRITIKAL. YG KRITIKAL DOC AKAN AMIK DULU..

PIVATE YG ADE DUET BANYAK DAN NAK DAPAT KUALITI SERVIS YG TIP TOP TAK SUKE NAK BERHIMPIT DGN ORG, SO BAYAR LEBIH JGN BANYAK CITER.


PILIHAN ? DI TANGAN ANDA

HAZWAN17 said...

@░♥si lampu neon♥░:
tapi neon aku penah jugak baca pengalaman orang yg memerlukakn rawatan segera tapi still x dapat rawatan sebab kne tunggu giliran...
cam mane pulak tu...tp certain2 hospital kot

eZad niMo said...

placebo tu kira mcm palsu camtu la. kdg2 dktor x bg ubat betol2, dorg just bg ubat placebo. cth: dia ckp dia demam, pastu doktor bg ubat, doktor ckp tu panadol. org tu mkn, then sembuh. padahal tu bkn ubat, tu placebo. mcm ubat, tp x mngandungi bahan kimia. dorang guna utk buat kajian psikologi thadap pesakit. maknanya d sini, dia td sembuh sbab doktor dh psiko dia, ckp tu ubat, jd dia yakin ubat tu dpt sembuhkan dia n mkn. maknanya x perlu mkn ubat, psikologi dh cukup, hehe.

alamak, wan phm x? nimo merapu g. maaf kalo silap. tlg betolkan kalo silap @ terkurang k? hehe.

HAZWAN17 said...

@eZad niMo:
owh macam tu..thanks nimo.budak-budak engineering tak tau pasal ubat-ubat ni huhu

eZad niMo said...

hahaha. sy pun bkn bdk medical :P
tau sikit2, yg basic je :D

HAZWAN17 said...

@eZad niMo:
kire power la tu pengetahuan am nimo...mantop

sarah abadan said...

haha...gile la...bab dpt ubat expired tu seram dow...jom la jage kesihatan, nanti tak kene masok spital...huhu

suffer8zine said...

tu la, adehhh menakutkan

Terkini : Burger Daging Ular

Sern said...

dua-dua ada kebaikan dan keburukan...bagi sya, tengok mana kita pergi tu..kan3???

HAZWAN17 said...

@sarah abadan:
jaga pemakanan, banyakkan bersenam..
utamakan kesihatan anda

HAZWAN17 said...

@suffer8zine:
bahaya kan bro..doa-doa tak terkena pada kita huhu

HAZWAN17 said...

@Sern:
betul tu bro...kne banyak testimonial orang lain..hospital mana yg servis bagus mana yang x bagus..yg x bagus jangan pegi

Sern said...

hahahha..tepat skali..!~~~ pilihan di tangan sendiri...ehhehe..
jap...
santau???
http://studentlife90.blogspot.com/2010/11/tolong-aku-disantau.html

HAZWAN17 said...

@Sern:
dah macam iklan celcom pulak kan segalanya di tangan anda

Fatin Baharum said...

ntah la, kadang2 private quality dia bagus dari gomen. tp, if ketuk2 450 xpadan la.. my dad pg private hosp consult pon tak gitu, dahsyatt..

HAZWAN17 said...

@Fatin Baharum:
bayar mahal=servis pun tiptop....
tu la kne consult punberbayar kan kalau di private hospital walaupun tanpa ubat

misz nana said...

prefer swasta lagi... hehe..

tapi suma tuh bergantung juga.. kadang2 kerajaan ok..kdg2 swasta ok..

my sis penah duk wad kat hosp. keranjaan.. ada sorang nurse tuh masyaallah.. kasar betul wat keja.. sampai lebam my sis punya lengan.. nana yang tgok pun rsa sakit..

my mum pulak bersalin kat hosptal swasta..alhmdulillah layanan ok..

but i think suma nih bergntung pada owang yang mengalami nya cam pendengar2 hot.fm tuh :)

HAZWAN17 said...

@misz nana:
haah...nasib baik dpt layanan ok nasib tak baik dpt layanan tak ok..
sabar aje la

░♥si lampu neon♥░ said...

@HAZWAN17:

MENGIKUT PENDAPAT ABG KU DOC GOMEN, GILIRAN TETAP KENE TUNGGU...DOC AKAN PILIH ORG YG KRITIKAL GILER JER..YANG TAHAP LEH TAHAN DOC AKAN SURUH BERTAHAN..BESELAH HOSP KERAJAAN KAN RAMAI ORG NAK SERVIS FREE...SO KENE PENTINGKAN APE YG LEBIH PENTING..

DOC GOMEN, JAGA RAMAI PATIENT DALAM MASA SEHARI..MAYBE RATUS..


DOC PVT, JAGA BEBERAPA PATIENT JE SEHARI, MAYBE 2-3 PATIENT JE..


SO LEH COMPARE KAT SITU..TEKANAN DAN SITUASI BERBEZA ;)


LG SEKALI, PILIHAN DI TANGAN ANDA ;) HIHIHIH..

Asma Haha said...

akak dulu bersalin kat hukm..
oleh sebab akak ni pekerja gomen bayaran yg dikenakan adalah F.0.C...
Alhamdulillah...
Even free service nye sgt tip top :-)

E.d.Y said...

better hospital swasta, mahal pun mahal la, janji puas hati..service bagus, cepat cekap dan amanah...eh..dah macam slogan lak..haha


PESANAN PENAJA :

Undi blog "THE BEAUTY IN UGLY" untuk Blog Personal Lelaki Pilihan (nombor 9 dari atas) kat sini
-------> http://bpm-undi.blogspot.com/

HAZWAN17 said...

@░♥si lampu neon♥░:
owh adik doktor rupanya kau ni neon..takpe tunggu abang ko ade klinik sendiri..aku datang...boleh dapat free tak neon?hehe

HAZWAN17 said...

@Asma Haha:
itu die testimonial yang baik dari kak asma...apa lagi..jom pakat-pakat dapat treatment dekat HUKM

HAZWAN17 said...

@E.d.Y:
segalanya di tangan anda...
masa depan duit simpanan, anda yang tentukan haha

anDi said...

hazwan, nenek aku ckp hosp kerajaan ramai warga asing sbb free. =_=

oh


chakpong!

HAZWAN17 said...

@anDi:
nak buat macam mane.dorg pun sakit jugak...huhu

rmzm said...

hospital swasta lg baik (berdasarkan pengalaman)

HAZWAN17 said...

@rmzm:
thanks kak kerana berkongsi pengalaman

shida saje said...

salam adik wan..bg akak dua2 ade klbihan dan kburukan..so bt lah pnilaian dan plhan yg tepat kite sbgai rkyat mlysia,skg nih pon da de hospital 1mlysia dtubuhkn dserata negeri mmg ok murah byar hnya RM1 tp bygkn la..punya la ramai ade yg pegi dan balik saja pon ade..jd kite renung2 dan fikir2 kn dsitu ;)
peaceNOwar~

HAZWAN17 said...

@shida saje:
thanks kak bagi pendapat.....
really appreciate that...

Anna Boleyn said...

prefer hospital swasta..

HAZWAN17 said...

@Anna Boleyn:
yup..semua orang ade pilihan masing-masing..dgn sebab masing-masing..
ade yg prefer swasta ad yg prefer kerajaan..yg penting jaga kesihatan hehe

dya adriza said...

uik hangat betul isu nih.. pada saya, dua2 ada kelebihan sendiri. kalau ada mana2 kejadian tu, depend pada layanan hospital tu sendiri.

tapi, saya lebih prefer untuk ke swasta. sebab, selama saya hidup ni, memang swasta memudahkan dan menyenangkan saya. kerajaan pun ok juga, cuma saya ni manja sikit, so kena layan elok2 la haha!

HAZWAN17 said...

@dya adriza:
trimas kerana berkongsi pendapat dya..ni bukan manja sket ni tapi manja banyak kan

Aujinz said...

aahhhh... dah bese..
mane klinik yang cekik darah tuee
aku boikot jer..

HAZWAN17 said...

@Aujinz:
kena pandai carik klinik yang tak cekik darah la macam tu

deno said...

swasta mmg mahal....
services pun tak bagus sgt..
kalo bagi ubat, ubat yg kuat2

deno n anak buah dah pernah kena...
deno nasiB baik x masuk ICU..
anak buah nasib baik x kena infection..
last2 g hosp kerajaan baik jugak...
(^_^)

HAZWAN17 said...

@deno:
depend kepada hospital kot deno..
kalau swasta pun tak bagus mmg tak patut la..dah la bayar mahal

The Nurul said...

i kalau sakit suka pegi hospital kerajaan. bahagian emergency. baru baru ni dia punya check up sangat bersungguh sungguh.

ini entry pegi hospital : http://tmd03081.blogspot.com/2010/11/kencing-dalam-botol.html

HAZWAN17 said...

@The Nurul:
bagus la kalau hospital kerajaan tu ok die punye servis..alhamdulillah..
kdg2 bergantung kpd kawasan jugak...
tp mentaliti masyarakat kerana nila setitik rosak susu sebelanga

Cikya said...

walaupun entry dah berzaman nak komen jugak.
memang kena consider lar beza doc gomen dan doc private, suasana macam mana, patient macam mana, yang masuk private memang berkepuk dalam poket..

yang nak cerita, kalau lah hosp gomen mintak bayar dalam 2-3 ringgit untuk kos ubat, jangan merungut, sebab kos nak tanggung taraf kesihatan rakyat mesia ni mahal dan memang tak balik modal pom setakat mintak 2-3 ringgit sekali caj.

cuba imagin kalau hospital gomen di separa swastakan kan..aisk!
naya..

sebab tu ke tingkatkan taraf hidup dan kesihatan rakyat naa.. :)

Gecko Art said...

@Cikya:
nasihat berguna dari cikya....

Rahmah said...

Saya tidak pernah mengalami masalah dengan doktor, ialah sakit pun bukannya selalu. Tetapi apabila mengalami peristiwa yang tidak dapat dilupakan baru-baru ini, saya tidak segan silu lagi untuk membuat komen disini.

Saya tidak berpuas hati dengan servis seorang doktor muda di sebuak klinik kerajaan di bukit payong terengganu. Saya bukan menidakkan kebaikan dan jasa doktor kerajaan, tetapi masalah segelintir dr mereka yang menjengkelkan seperti inilah yg menyebabkan kami amat kecewa dgn perkhidmatan mereka. Tidak perlu dibandingkan dengan doktor swasta, servis mereka berbaloi, setimpal dengan yang bayaran yg mereka terima. Tetapi adakah doktor kerajaan td perlu dibayar berlipat kali ganda seperti swasta baru mereka dpt memberikan khidmat yang bagus?

Saya percaya bukan semua doktor kerajaan begitu, tetapi hanya nila setitik habis susu sebelanga.

Sememangnya mereka yang pergi ke klinik@hospital kerajaan tentunya orang yang bukan berpendapatan besar, sebab itulah mereka sanggup menunggu berjam-jam semata-mata mahu mendapatkan servis. Tetapi tidakkah 'doktor kerajaan yang bermasalah' tadi terfikir yang mereka ini juga layak mendapat layanan baik sebagai pesakit, sewajarnya. Kami bukanlah mahukan layanan 1st class, tetapi cukuplah sekadar memeriksa dgn sebetul-betulnya, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Kami sedar kami hanya membayar 1rm utuk mendapatkan rawatan, tetapi adakah itu yang menjadi alasan bg mereka untuk bertindak sedimikian? Sudahlah untuk melemparkan senyuman itu jauh sekali. Malah memandang pesakit seolah-olah sengaja merekakan cerita.

Sy berharap doktor sebegini harus diberi kursus yang sebetulnya, bagaimana menghandle pesakit. Kalau doktor penat, pesakit yang sakit lagi penat melihat mereka.
Wallahualam.

Bercakap berdasarkan pengalaman.