CEO website video hosting paling terkenal di dunia youtube.com iaitu Chad Hurley telah meletak jawatan bersama dua orang rakannya.Sedikit info mengenai youtube, website ni dihasilkan oleh Chad Hurley bersama dua orang rakannya iaitu Steve Ched and Jawed Karim pada tahun 2005.Disebabkan sambutan yang hangat daripada pengguna, youtube kemudiannya berjaya menarik minat Google Inc dan akhirnya pada Oktober 2006, Google telah berjaya memiliki youtube dengan harga US $1.65 bilion.
Petikan Akhbar Mengenai Peletakan Jawatan
SAN FRANCISCO: Ketua Pengarah Eksekutif YouTube, Chad Hurley yang menghasilkan laman video popular dunia itu bersama dua rakannya dilapor meletakkan jawatan, semalam.
Peletakan jawatan itu dilakukan selepas lebih dua tahun agenda kepemimpinan baru menjadi isu berikutan pemilik YouTube, Google Inc mahu memperkukuhkan penguasaan terhadap laman web berkenaan.
Google melantik pekerja setianya Salar Kamangar untuk membantu Hurley mengemudikan YouTube pada 2008. Langkah itu dibuat bersesuaian rancangan Google untuk meningkatkan pendapatannya ekoran pemerolehan AS$1.76 bilion (RM5.63 bilion) daripada YouTube pada 2006. - AP
Hazwan:Nampaknya ada jawatan kosong untuk jawatan CEO.ada sesiapa nak try?

2 comments:
nak try gak la..mana tau ada rezeki~~~~~
@zuar
anta resume kat google k bro..gud luck hehe
Blog Hazwan.Com
Post a Comment