Bersama Dr Mohd Hazwan:Tips menangani stress

 
Salam semua.Minggu ni dah masuk minggu ke 13 dalam kalendar  UiTM dan semua student kini dalam situasi yang sangat genting serta mencabar emosi dan jasmani.Minggu-minggu terakhir ni memang banyak assignment, lab report serta mini project yang diberikan lecturer untuk disiapkan.Ditambah pulak dengan test yang bakal menyumbang 30% daripada markah akhir untuk satu-satu subjek.Tak hairan lah status-status stresss kian berleluasa di Facebook.Antaranya seperti di bawah:


So hari ni, pakar motivasi anda, DR Mohd Hazwan akan memberikan sedikit tips bagaimana cara yang terbaik untuk menangani stress.



1-Rileks tenangkan fikiran dan tarik nafas.
Cari tempat-tempat yang tenang dan sunyi seperti di taman-taman, bawah pokok, tanah perkuburan, tandas awam dan sebagainya.then, duduk dalam keadaan selesa.pejamkan mata.tarik nafas perlahan-lahan menggunakan hidung.then hembus perlahan-lahan menggunakan mulut.ulang sebanyak mana yang korang nak. agak-agak sampai korang dah rasa tenang boleh berhenti dan sambung kerja balik.


2-Gelak sepuas hati
Pepatah orang putih ada menyebut 'Laughter is the best medicine'.so luangkan masa untuk membaca buku-buku lawak seperti majalah Apo, Ujang, Lawak Campus.selain itu, boleh jugak menonton video-video lawak di youtube dan juga filem or drama comedy then gelaklah sekuat hati confirm stress korang akan hilang.tapi hati-hati dengan orang sekeliling.nanti tak pasal-pasal kasut melayang atas kepala disebabkan kesalahan mengganggu ketenteraman awam.


3-Berjalan seketika
Berjalan boleh hilangkan stress?biar betul DR Hazwan ni.ya,sememangnya berjalan dapat mengurangkan stress.dengan berjalan,kita akan mempunyai masa untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian bagi masalah mereka.then, menghirup udara yang segar merupakan rawatan semulajadi untuk menghilangkan stress.berjalan juga merupakan salah satu senaman yang baik untuk kesihatan.


4-Mendengar Music
Dengarlah lagu-lagu yang menenangkan jiwa seperti lagu-lagu tradisional, lagu-lagu nasyid. lagi baik kalau korang dengar bacaan al-quran.boleh jugak dengar lagu-lagu patriotik seperti jalur gemilang.mesti lepas tu korang akan jadi bersemangat balik.


5-Berehat seketika
Iklan kit-kan dekat TV pun ada sebut 'mari berehat seketika bersama kit-kat'.tak salah untuk korang ambil masa 10-20 minit untuk berehat daripada melakukan kerja.time rehat tu korang boleh tidur sekejap untuk menenangkan fikiran yang kusut tu.

6-Melukis
Melukis dapat membantu seseorang untuk melupakan seketika masalah yang dialaminya.ambil satu kertas kosong dan luahkan apa yang ada dalam kepala otak korang atas kertas tu.

Sekian sahaja dari Dr Mohd Hazwan.kalau korang ada tambahan boleh letak di bahagian komen OK.




5 comments :

nadya nordin said...

br nak post? tyme aku stresss tanak bgthu. haha

HAZWAN17 said...

@nadya nordin
sape suro ko stat exam awal sgt huhu

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
HAZWAN17 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hahahaha!! lawak seh doktor .