Selamat hari Jumaat kepada semua pembaca blog Hazwan.Com.Hari ni entri aku berbentuk serius.sekarang ni terlalu banyak jenayah yang melibatkan kaum wanita seperti rogol, ragut, samun dan lain-lain lagi.Wanita-wanita yang menaiki kereta juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran penjenayah-penjenayah.Nak tau apa yang dapat menarik perhatian penjenayah jika perempuan memandu kereta?Ikuti kisah dbawah
"Selamat Pagi, Cik Kak.."
"Errr selamat pagi"..jawab saya, dengan nada yang terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polisi tu tersenyum sambil berkata:
" Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?"..
"Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?"
"Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma...macam yang kita semua tahu, sekarang
banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh..berlaku kepada wanita.
Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas".
"Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta.
Biar 'mereka' susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita.
Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih".
"Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik".
kata polisi itu lagi sebelum berlalu.
"Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah pucat.
Errrrrrrr... . betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm... nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.
Hazwan: hiasan patung dalam kereta bukan sahaja menarik perhatian penjenayah malah buat semak mata memandang jugak.
9 comments:
eh mcm dah terbaca cerita ni la tadi tapi kat mane ek? :P
@suffer8zinekat mane tu bro?hehe..
Rasulullah melarang jdkn patung sbg hiasan...letak tedybear pun same ..dah jd hiasan..bkn skdr mainan dah.
thanks wan ! cancel aku nak beli patung letak lam kete, tqqqq so muchh
kalau ada patung kat umah.. malaikat tak masuk rumah..tapi kalau kereta?? wallhuallam..
@░♥si lampu neon♥░
welcome neon....
@Zikri Husaini
ni pun salah satu sebab jugak
thanks for sharing.... sangat penting ni
@Sharinginfoz
same-same...:)
Post a Comment