Orang Kaya VS Orang Miskin

Kaya dan miskin dah memang sinonim dengan kehidupan di dunia.ada orang lahir-lahir dah jadi kaya sebab bapak dia kaya.ada orang pulak start dari miskin dan atas usaha dan kerja yang bersungguh-sungguh dorang jadi kaya-raya.ada jugak orang yang mula-mula kaya raya lepas tu sebab bankrap jadi pulak papa kedana.walau apa pun, kaya dan miskin kita tetap hamba-Nya yang Maha Esa.Kadang-kadang orang yang miskin lebih kaya daripada orang yang kaya raya.
Ada orang miskin harta tapi kaya budi.
Wang harta bukan segalanya bagi golongan ni.kerja apa-apa pun tak kesa janji ada rezeki.nak bagi makan anak bini.tapi bukan dengan merompak atau mencuri.tak main la benda-benda keji macam ni.cuma yang halal sahaja yang kami cari.


Ada orang kaya harta tapi miskin budi
Dia ingat dia kaya di boleh buat suka-suka hati.rasuah sana rasuah sini.ugut sana ugut sini.halal haram dah tak kira lagi.nak projek berguni-guni.nak bagi untung kroni sendiri.kesianlah anak-anak bilis macam kami.periuk nasi kami tertutup takde sape nak peduli.eh pegilah mati...


Ada orang miskin dunia tapi kaya akhirat
Kais pagi makan pagi.kais petang pulak buat makan esok pagi.tapi solat tak pernah tinggal walau sekali.sentiasa berdoa dimurahkan rezeki.semoga hidup sentiasa diberkati.


Ada orang kaya dunia tapi miskin akhirat
24 jam seminggu 7 hari.sentiasa sentiasa di pejabat sentiasa busy.appointment sana appointment sini.solat 5 waktu tak penah peduli.tu belum kira zakat dan haji lagi.habis appointment terus pergi party.arak pulak dah jadi minuman hari-hari.adoyai.apa la nak jadi.

Ada orang miskin harta,miskin budi dan miskin akhirat tapi kaya dengan hutang
Gaji seciput ada can nak berjudi.konon-konon kau boleh menang lah pertaruhan tu nanti.bila duit dah pokai ada hati pulak nak mencuri.dah besar-besar hukum agama pun tak reti-reti.last-last pegi pinjam ah long dia bagi tempoh 30 hari.eh lu tak sayang anak bini?
 
Ada orang yang kaya bertukar miskin dan miskin bertukar kaya semata-mata kerana judi
Judi tu kan haram apsal korang tak paham-paham lagi.padan muka sekarang dah rugi.baru nak insaf tapi dah tak berguna lagi.pada yang kaya dengan judi.ingat hidup korang tu nanti diberkati?lebih baik korang berhenti sebelum korang mati. 



Hazwan:Ini adalah artikel republish.Artikel asal bertarikh 28 September 2010

Hazwan

Di Sebalik Tabir: Mohd Hazwan

Blogger Tak Berapa Nak Tegar.Menaip Bila Rasa Nak Menaip. Tak Perlu Kejar Entri Janji Puas Hati.

13 comments:

░♥si lampu neon♥░ said... [Reply to comment]

hurm...sumber pendapat biarlah dari sumber yang halal...kalau tak , tak berkat hidup..keluarga susah, nak makan pun susah..apatah lagi doa tidak dimakbulkan jika makanan haram yang kita makan..

aku nak kaya budi, kaya ilmu, kaya harta $$$$, kaya akhirat..hehehe

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@░♥si lampu neon♥░tu die ustazah neon dah bg tazkirah..renung-renungkan dan selamat beramal

Shahiran said... [Reply to comment]

Kaya miskin bukanlah persoalan sangat sebenarnya. Selagi usaha mesti Tuhan bagi hidup senang. Tuhan tak kedekut lah, Maha Pemurah.

farahwahida said... [Reply to comment]

bg sy,orang miskin yg jadi kaya dengan usaha memang boleh tabik sebb bila dah kaye,dia tak lupe diri..orng kaye plk,die tak hargai sgt setiap benda sebab apa yg dia nak,dia akan dapat..just my opinion berdasarkan pengaalaman..

Afzainizam said... [Reply to comment]

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

biar miskin harta tapi kaya budi bahasa

4umyfans said... [Reply to comment]

sehebat mana pun manusia tu, sewajibnya mereka perlulah mendapatkan sumber yang halal.

bagi yang belum berjaya dalam kehidupan di dunia, yakni masih miskin dan tak berduit, teruskan doa, doa dan terus berdoa pada Allah.


__________________________________
salam kenal. yeayy!

entri best < http://koriieleys.blogspot.com/2010/11/family-bahagia.html

http://koriieleys.blogspot.com/2010/11/senyum.html

http://koriieleys.blogspot.com/2010/11/peluh-kedai-ibu-bab-2.html

http://koriieleys.blogspot.com/2010/11/mungkin-lepas-ni-short-film.html

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@Shahiran:
yup betul tu bro, tp kdg2 org dah senang tak ingt Tuhan lagi dah.bila susah jerk baru nak cari Tuhan

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@farahwahida:
yup..tapi tak semua macam tu..hanya segelintir sahaja

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@Afzainizam:
salam perkenalan..terima kasih sudi singgah di hazwan.com

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@4umyfans:
betul tu...rezeki yang halal memang penting.bayangkan rezeki dair sumber yang haram diberikan kepada anak-anak dan keluarga..nauzubillah

Bro Framestone said... [Reply to comment]

bro pun mula dari bawah nie.. wat bisnes sendiri...

hope boleh maju la ek

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

@Bro Framestone:
insyaAllah bro..doa,usaha,istiqamah dan tawakal=DUIT

Cerita Aku said... [Reply to comment]

Hahaha...menarik2....pinjam ya artikel ni

Related Posts with Thumbnails