Kawan Aku Masuk Paper.Kena Kelar Dengan Mat Rempit

Beberapa hari lalu aku digemparkan dengan berita seorang kawan aku cuba disamun oleh sekumpulan Mat Rempit di Federal Highway.Lebih menyeramkan lagi, bukan sahaja cubaan samun tapi dia juga telah dicederakan kumpulan Mat Rempit tu.Leher dia kena kelar dengan pisau.Nasib baik dan syukur ada pemandu kereta yang lalu highway tu perasan dan tolong member aku ni.Rupa-rupanya,hari ni berita pasal member aku ni keluar dalam paper Metro.
SHAH ALAM: Tidak ubah seperti binatang apabila sekumpulan kira-kira 10 Mat Rempit cuba merompak dan menyerang seorang penuntut sebuah institut pengajian tinggi awam sebelum mengelar leher mangsa hingga berlumuran darah.


Dalam kejadian jam 2.30 pagi kelmarin di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, kumpulan Mat Rempit berkenaan yang bersenjatakan pisau mencederakan pelajar berkenaan yang cuba menyelamatkan dompet dan telefon bimbitnya daripada dirompak.

Difahamkan, mangsa yang cedera parah dan berlumuran darah terpaksa lari ke tengah lebuh raya bagi menyelamatkan diri dan meminta bantuan beberapa pemandu kenderaan selepas dikejar kumpulan Mat Rempit terbabit.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Faris, 21, berkata kejadian berlaku berhampiran sebuah stesen minyak sebelum susur keluar ke Padang Jawa. Dia dan seorang rakan yang membonceng motosikalnya dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan berdekatan.

Menurutnya, dia tidak menggunakan laluan motosikal lebuh raya berkenaan kerana hari sudah pagi dan bimbang disamun kerana jalan agak sunyi. Namun, malang tidak berbau apabila sekumpulan Mat Rempit menaiki tujuh motosikal mengekorinya daripada belakang.

“Sebaik saja kumpulan terbabit mendekati, mereka tiba-tiba mengepung motosikal saya dan mengarahkan berhenti, namun saya yang bimbang sesuatu buruk berlaku cuba memecut.

“Tindakan saya itu menyebabkan kumpulan remaja terbabit tambah berang sebelum menendang motosikal saya hingga jatuh,” katanya.

Faris berkata, sebaik jatuh, kumpulan berkenaan terus menerpa dan membelasah dia serta rakannya untuk merampas dompet dan telefon bimbit.


 
 
So,sesiapa yang selalu keluar malam lepas tu balik 2-3 pagi tu berhati-hatilah di jalan raya.Penjenayah ni bukan kira janji dorang dapat apa yang dorang nak.kalau boleh ajak la 2-3 motor jalan sekali.takpun tak payah la keluar malam.baik korang duduk rumah tidur lagi best.

6 comments :

nadya nordin said...

warghh. cramp kaki aku tgk pic nih.
kuang ajo mat rempit.

HAZWAN17 said...

@nadya nordinaku pun same..ngeri je tgk pic ni..cuak lak nk kua mlm2 skrg ni

sizuka[Izzati] said...

ngeriiiiii.huhu org jahat banyak skg nih.

HAZWAN17 said...

@sizuka[Izzati]yup tau xpe...bahaya2...kne lbih berhati-hati

~~nAzIrAh aShAr~~ said...

huish..ni yg ak tkowt nak kuar memalam niwh..huhu..wan..ko naek moto an..aty2 taw..

HAZWAN17 said...

@~~nAzIrAh aShAr~~ak slalu gak kua malam2 g futsal, g meting dll..huhu