Salam semua pembaca Hazwan.Com dan selamat hari Jumaat, penghulu segala hari.Memandangkan kita sekarang berada dalam bulan Syawal.Marilah sama-sama kita melakukan amalan sunat pada bulan Syawal ini iaitu Puasa Enam.Sebenarnya, Puasa Enam pada bulan Syawal ini mempunyai pelbagai kelebihan.Artikel di bawah ni aku ambil dari Harian Metro Online mengenai kelebihan berpuasa enam.Renung-renungkan dan selamat beramal.
RAMADAN baru saja meninggalkan kita serta digantikan dengan kedatangan Syawal.
Sebagaimana yang maklum, Syawal adalah bulan kegembiraan, bulan kemerdekaan dan satu daripada bulan-bulan haji.
Kita baru saja meninggalkan bulan Ramadan yakni bulan yang penuh dengan keberkatan serta bulan yang melatih kita untuk menghadapi sebelas bulan yang mendatang. Namun begitu, sebagai Muslim sejati kedatangan Syawal dan pemergian Ramadan sepatutnya memberi keinsafan kepada diri dengan bertanyakan apakah Ramadan ke atas diri kita sendiri.
Adakah kedatangan bulan penuh berkat itu benar-benar meninggalkan kesan, sebagaimana puasa yang dilakukan itu dapat melatih dan mendisiplinkan diri kita? Atau sebulan yang berlalu hanya meninggalkan kesan lapar dan dahaga. Maka beruntunglah bagi mereka yang telah menjalankan ibadat pada bulan ini dengan penuh keimanan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan, akan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu. Mungkin ada antara kita yang merasakan bahawa terdapat banyak kekurangan yang dilakukan pada bulan Ramadan yang lalu di mana ibadat sepanjang bulan itu tidak dijalankan dengan sempurna dan mungkin terlepas untuk mendapat kelebihan seribu bulan. Namun sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pemurah, sering memberikan peluang untuk hamba-hambanya di mana di dalam Syawal ini juga terdapat beberapa amalan yang boleh kita lakukan sebagai tambahan, kesinambungan daripada amalan kita pada bulan lalu. Ibadat tambahan yang dimaksudkan ialah puasa enam iaitu berpuasa selama enam hari di dalam bulan Syawal sama ada dilakukan secara berterusan atau berselang-seli, selama mana ia dilakukan di bulan Syawal.
Puasa enam hari di dalam bulan Syawal mengandungi beberapa kelebihan, sebagaimana diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Barang siapa yang berpuasa sebulan Ramadan, diikuti dengan enam hari dalam bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa selama setahun. Allah SWT juga berfirman di dalam surah Al-An’aam yang bermaksud: Barang siapa yang membawa amal yang baik maka bagi (pahala) sepuluh kali ganda. Dan barang siapa yang membuat perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan kecuali yang seimbang dengan kejahatannya. Sedang mereka sedikit pun tidak di aniaya (dirugikan). Inilah kelebihan yang Allah SWT tawarkan bagi direbut oleh umat Islam yang mungkin terlepas kelebihan Ramadan sebelum ini.
3 comments:
thanks wan..aku dah masuk hari ke lima...besar gle fadilat dier ek..ibarat pose setahun !
@neo si lampu neon
mmg banyak kelebihan puasa 6
tapi aku tak start2 lagi....
:((..next week kot insyaallah
mari beramai-ramai buat puasa enam.banyak kebaikannya.heee~
Post a Comment