Iklan Raya ke Iklan Krismas?Update:Iklan telah ditarik balik

Baru-baru ni kecoh dengan satu iklan hari raya di TV3 yang seolah-olah seperti iklan hari krismas.dalam iklan ini, seorang datuk membawa cucu-cucunya bersiar-siar di langit menaiki basikal atau beca terbang.Adakah TV3 sudah ketandusan idea untuk membuat iklan yang lebih menarik dan sesuai dengan tema hari raya?Mari saksikan iklan tersebut di bawah dan nilaikan sendiri.



KUALA LUMPUR - Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, TV3 semalam bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Difahamkan iklan Sinari Lebaran itu mula disiarkan pada 2 September lalu.

Antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal.

Malah ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.

Iklan yang berdurasi kira-kira satu minit itu turut menyelitkan unsur-unsur khayalan menunjukkan kanak-kanak dibawa terbang merentasi beberapa mercu tanda terkenal negara seperti Menara Berkembar Petronas, jambatan mirip Jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong Teluk Intan.

Penyiaran iklan TV3 tersebut didakwa menimbulkan impak di luar konteks sebenar sambutan hari lebaran yang bukan dikaitkan dengan hiburan semata-mata.

Sumber:Kosmo



3 comments :

beliamuda said...

memang tak ubah dengan krismas. kenapa mesti ada unsur santa dalam tu? lansung tiada kaitan!

nadya nordin said...

hohh. ta bestnya vid raya nih. pakai vid aku lah len kali. eheh.

Musafir Melayu said...

http://aulakalimah.blogspot.com/2010/09/kebenaran-di-sebalik-penipuan-dan.html