Selamat pagi.Tadi aku baru lepas login akaun nuffnang aku.ternampak pulak mesej komuniti dari team Nuffnang berkenaan dengan fraud click.Sebenarnya masalah fraud klik ni bukanlah satu masalah yang baru bagi company-company advertising macam Nuffnang ni dan lain-lain.sedangkan company yang besar macam Google pun mengalami masalah yang sama untuk program Google Adsense.Apa sebenarnya fraud click ni?teruskan membaca artikel ini.
Fraud click kalau rujuk wikipedia merupakan salah satu jenayah cyber yang berlaku dalam program pengiklanan pay per click di internet.tujuannya ialah untuk mendapat komisyen dengan cepat sama ada menggunakan manusia seperti komuniti klik mengklik, automatik skrip atau software tapi bab software ni aku tak berape nak tau sangat.tapi aku penah terbaca pasal software atau robot yang boleh main klik-klik ni.
Ok berbalik kepada mesej dari nuffnang tadi, kebanyakan mereka yang melakukan fraud click ni mempunyai modus-modus operandi seperti berikut:
- Klik iklan kat blog orang lain then tinggalkan pesan supaya tuan blog klik iklan dekat blog mereka balik
- Suruh pelawat klik iklan di blog mereka
- Daftar blog banyak-banyak then klik iklan di blog mereka sendiri
- Menggunakan IP yang berbeza-beza untuk klik iklan di blog sendiri
Sebenarnya dalam jangka masa yang panjang, fraud click ni akan membawa keburukan kepada pengiklan, company iklan dan kita sendiri.mula-mula memang la best sebab dapat earning yang banyak dalam masa yang singkat kan? tapi lama-lama bila kempen iklan yang dipaparkan menjadi tak efektif, maksudnya disini bila pengiklan rasa kos pengiklanan bersama company Nuffnang tu macam tak berbaloi dengan income yang mereka dapat hasil iklan tersebut. Then dorang akan stop untuk buat advertising dengan Nuffnang.dorang akan cari alternatif lain pulak.so company Nuffnang akan rugi la sebab tiada pengiklan nak promote bisnes dorang dengan Nuffnang.Iklan-iklan pulak jadi semakin sedikit.then maybe term and regulation dari Nuffnang pulak akan berubah.contohla kan macam 'hanya blog yang mempunyai 1000 visitors ke atas sahaja layak nak dapat iklan daripada nuffnang'.mesti kita taknak perkara macam ni berlaku kan.
So,renung-renungkan dan selamat beramal.Say No To Fraud Click


1 comments:
owhh mcm 2 rupanya....
Post a Comment