sebenarnya hujan bukanlah satu halangan yang besar buat para peserta.cabaran yang paling besar sekali ialah serangan daripada pacat.kadangkala terdengar suara peserta perempuan menjerit bila pacat singgah di badan mereka.aku just mampu gelak.aku yang pakai tight tutup semua kaki pun pacat boleh masuk naik atas badan.tiba-tiba je terasa geli dan gatal.memang banyak pacat dekat trek tu.memang patut gunung tu digelar syurga pacat.
Sepanjang trek ke base camp juga terdapat banyak pokok-pokok mati yang tumbang dan juga tanah runtuh.so kena berhati-hati lah.lagipun dalam hujan semuanya agak licin. setelah 3 jam berjalan.kami berhenti di sebatang sungai untuk berhenti rehat dan memasak.semua peserta mengambil peluang bermain air di sungai yang sejuk dan membuang pacat di badan,dalam kasut dan lain-lain tempat.
Selepas itu perjalanan ke base camp diteruskan selama lebih kurang 4 jam lagi dan kami tiba di base camp kira-kira pukul 5 petang.semua peserta diminta mendirikan khemah dan memasak untuk kumpulan masing-masing.malam tu semua tidur awal sebab kepenatan.esok ada lagi 3 jam perjalanan untuk ditempuhi untuk sampai ke puncak Gunung Bubu.
Part 4:Perjalanan ke puncak Gunung Bubu









1 comments:
salah satu sebab tak suka pergi camp: pacat =.="
Post a Comment