Penggunaan Tenaga Nuklear di Malaysia.Anda Setuju?

Baru-baru ini akhbar ada menyiarkan berita mengenai kenyataan Perdana Menteri Malaysia yang meminta pandangan orang ramai mengenai penggunaan tenaga nuklear di Malaysia pada masa depan.Kenyataan beliau menerima 1001 reaksi dari pelbagai pihak.Ada yang menyokong dan ada pula yang menentang penggunaan tenaga nuklear di Malaysia.



Tenaga nuklear dihasilkan daripada bahan radioaktif seperti uranium dan plutonium melalui pereputan radioaktif dan pelakuran nukleus dan proses ini menghasilkan tenaga yang amat tinggi.

Teknologi nuklear digunakan dalam pelbagai bidang seperti penjanaan tenaga, teknologi senjata, perubatan, penyelidikan, pertanian dan juga industri.Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat telah lama menggunakan teknologi nuklear sebagai salah satu sumber penjanaan tenaga.

Penggunaan tenaga nuklear dikatakan mempunyai pelbagai kelebihan antara mampu membekalkan tenaga dalam tempoh yang lebih lama selain kos penyelenggaraan yang lebih rendah.Ini disokong lagi dengan keadaan harga minyak yang tidak menentu. Namun terdapat juga risiko yang bakal dihadapi daripada penggunaan tenaga nuklear ini seperti kemalangan, pencemaran sisa-sisa radioaktif dan juga peperangan.

Adakah anda menyokong penggunaan tenaga nuklear di Malaysia?Nyatakan pendapat anda di sini.
Hazwan

Di Sebalik Tabir: Mohd Hazwan

Blogger Tak Berapa Nak Tegar.Menaip Bila Rasa Nak Menaip. Tak Perlu Kejar Entri Janji Puas Hati.

6 comments:

Syukie said... [Reply to comment]

GUA setuju 100% ini dapat mengimbangi antara barat dan timur....

Anonymous said... [Reply to comment]

benda yang baik dan demi utk kemajuan negara mestilah setuju. jika kita ada kepakaran dalam menguruskannya buat apa di bantah. cuma perlu bagi pendedahan kepada org ramai..

syafiq said... [Reply to comment]

Adakah malaysia mempunyai kepakaran yang cukup untuk penjagaan dan pembinaan reaktor nuklear kerana isu nuklear tidak seharusnya melibatkan campur tangan dari luar.

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

yup..aku rasa kalau nuklear untuk kegunaan tenaga tak ade masalah kot..tp kalau senjata nuklear tu yg byk org luar campur tangan

mitchy said... [Reply to comment]

patotnya dah lama dah wat menda nie...tapi krajaan kita slow sangat lah...dahla makan masa untuk wat satu2 loji nuklear..dalam bab nie kite memang dah kalah dengan indon, thailand & vietnam...indon sendiri dah siapkan 3 reaktor nuklearnya tapi kita masih lagi terhegeh-hegeh nak tanya sana la tanya sini lah..penerimaan rakyat kadangkala tak penting sebab rakyat masih lagi dibelenggu pelabagai stigma negatif pasal nuklear kerana kurangnya maklumat yang tepat...

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

betul2.kerajaan kne bg info yang tepat untuk rakyat sbb tak semua orang tau pasal isu nuklear ni..yang mereka tau keburukan senjata nuklear

Related Posts with Thumbnails

Promosi Terhangat Hari Ini.Klik Banner Untuk Info