Aktiviti Short Sem

Dah bersawang blog ni aku tinggalkan.sekarang ni aku tengah menempuh short sem kat uitm ni subjek environmental engineering.ni sebenarnya subjek sem depan tapi ketua program aku suro buat short sem sebab sem depan ade 20 jam kredit.minggu ni dah masuk minggu ketiga.kelas cuma 2 jam sehari dan kalau bernasib baik lecturer akan membatalkan kelas atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.so aku akan mempunyai masa terluang paling minima 22 jam sehari dan masa tu akan diisi dengan aktiviti-aktiviti berikut selain daripada online 24 jam




Aktiviti pertama ialah pergi supermarket beli lauk untuk makan tengah hari.mende ni biasanya kalau ada request dari housemate aku yang konon-konon nak berjimat.nak masak sendiri kat umah.biasalah hujung-hujung sem semua dah pokai

Lepas beli barang so budak-budak rumah aku akan bergotong royong memasak kat dapur sampai berkecah dapur padahal nak masak sardin dengan telur goreng jerk.sekali 3-4 orang nak duduk kat dapur yang sekangkang kera tu.semua nak tunjuk kebolehan masing-masing jadi chef.




Petang-petang sket dalam lepas Zuhur biasa nya budak kelas aku akan ajak main badminton.time ni semangat Piala Thomas masih membara dalam diri.masing-masing nak jadi lin dan.main la sampai nak termuntah hijau baru balik umah.biasa nya bila sampai waktu Asar semua nak stop sebab dah tak larat.



Futsal pulak memang aktiviti biasa aku tak kira short sem ke long sem ke, ada test ke ada exam ke asal ada orang ajak, aku macam keberatan pulak nak tolak.kalau ada bajet lebih boleh la maen dekat tempat berbayar kalau tak maen tempat free jerk.kat shah alam ni bersepah court futsal kat taman-taman perumahan.time ni la nk tunjuk skill-skill yang diceduk dari youtube.



Bila dah penat main futsal, pegi lepak kedai mamak lak minum air.selalu kalau kat shah alam ni kedai mamak yang feymes sket 'Restoran Hakim'.restoran ni ada 2 cawangan satu hakim lama satu lagi hakim baru.aku selalu lepak hakim lama sebab dekat dengan rumah aku.servis dorang memang laju , pantas dan tuntas.duduk-duduk je air da sampai.ni memang tipu la kan...haha.bila ada match bola je memang penuh la kedai ni.

esok kena pegi kelas lagi 2 jam......
Hazwan

Di Sebalik Tabir: Mohd Hazwan

Blogger Tak Berapa Nak Tegar.Menaip Bila Rasa Nak Menaip. Tak Perlu Kejar Entri Janji Puas Hati.

9 comments:

mindbreaking said... [Reply to comment]

aku yang tak buat shortsem ni pn br blk kg. hahaha...bnyk sngat aktiviti...slamat blaja...short sem cam borin jer...ak tgk member ak tido je keje...

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

tu la pasal...kelas 2 jam sehari...lg 22 jam mmg xde mende nk buat..aku pn da puas tido ni haha

░♥si lampu neon♥░ said... [Reply to comment]

adfe lagi ko rupenye hehehehe

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

ade neon...dah lame tak menaip jerk
busy,,,byk program nk kne handle

nadya nordin said... [Reply to comment]

selamat menempuh kelas 2 jam sehari. haha

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

bosan ah nadya
ade job tak
tlg wat asimen ke hahaha
ko bg upah la

nadya nordin said... [Reply to comment]

wow! mcm bes je permintaan kau nih,, haha. aku bg kau lepas aku dpt msuk s.alam ah. haha

merah_s said... [Reply to comment]

salam ziarah, semoga berjaya..

Ery Farieha said... [Reply to comment]

hoohoh
semangat kesukanan betol
badminton la, futsal la
heeee

Related Posts with Thumbnails

Promosi Terhangat Hari Ini.Klik Banner Untuk Info