Awas!Peminat Gambar Bogel

Internet pada masa kini yang dipenuhi banyak gambar-gambar lucah sebenarnya merbahaya kepada kejantanan lelaki dalam jangka masa panjang. Mungkin inilah antara rahsia mengapa Islam memerintahkan wanita agar menutup aurat dan mengharamkan lelaki melihat aurat wanita melainkan aurat isterinya. Wanita yang berpakaian terlalu berani dan terlalu seksi hingga membangkitkan nafsu berahi akan menyebabkan lelaki menjadi mati pucuk atau lemah zakarnya, malah boleh mengalami kanser prostat.

Seorang pengkaji berpengalaman berasal dari Rusia bernama Leonid Kitaev-Smyk di Russian Research Institute of Culturology of the Russian Academy of Sciences menyatakan bahawa sejak bermulanya revolusi seksual di Barat, ramai wanita berpakaian mendedahkan aurat sedangkan di Timur wanita masih berpakaian sopan menutup aurat atau berjubah. Ramailah lelaki yang bangkit berahinya bila melihat wanita berpakaian mini atau berpakaian nipis yang menampakkan kulit tubuh dengan jelas.

Pada masa kini, pakaian yang dikenakan oleh sebahagian wanita secara langsung atau tidak langsung berperanan meningkatkan nafsu berahi lelaki yang melihatnya. Bahayanya terletak pada keadaan bila mana lelaki melihat wanita yang mendedahkan aurat ini, lalu bangkit berahinya, dan nafsu yang memuncak itu tidak dapat dipuaskan (dengan jimak). Kitaev-Smyk membuat kesimpulan bahawa ini adalah penyebab lelaki mengalami mati pucuk dan kanser prostat.

“Pada waktu ini 70% dari gejala mati pucuk terjadi akibat nafsu seks tidak dapat dipuaskan” kata Kitaev-Smyk. Beliau selanjutnya membuat kesimpulan bahawa wanita telah menguburkan kesihatan lelaki dengan menelanjangkan kaki dan berpakaian mini. Seseorang wanita berpakaian amat seksi kononnya bertujuan membahagiakan pasangan lelakinya telah menyebabkan lelaki lain menderita mati pucuk akibat penampilan yang mencairkan.

Perlu diingat bahawa mati pucuk bukan hanya bersebab dari melihat wanita berpakaian mini. Pakar-pakar juga menyebut bahawa sejumlah kegiatan lain juga menyebabkan zakar jadi lemah dan mati pucuk, termasuklah melihat laman-laman porno, menonton video porno, melihat tarian bogel, dan lain-lain kegemaran yang membangkitkan nafsu berahi tetapi tidak ada tempat yang sah (iaitu menjimak isteri) untuk menyalurkannya.

Sumber:Forum Carigold
Hazwan

Di Sebalik Tabir: Mohd Hazwan

Blogger Tak Berapa Nak Tegar.Menaip Bila Rasa Nak Menaip. Tak Perlu Kejar Entri Janji Puas Hati.

7 comments:

JMR said... [Reply to comment]

owh..gitu ke sbb mati pucuk..ok2..kena stop la xtvt gitu nih..hahahaha

amirah said... [Reply to comment]

hak2..baru tau

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

JMR-kne stop la nmpk gayeny untuk kesejahteraan masa hadapan hahaha

amirah-skrg da tau..katakan tak nak hehe

biELa said... [Reply to comment]

err..mati pucuk tu maca mati pucuk pokok bunga ke?

adesss...
nice entri..wakakakaka :p

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

biela-haah mcm pucuk bunga yang layu klu x siram air

––––•(-•.cik.•-)•–––– said... [Reply to comment]

wah.
gile ah..
hahaha.
kene pesan la kat sesiapa yg berkenaan ni..
leh x nak amek entry ni nak tampal kat poly sy??.
((:

HAZWAN17 said... [Reply to comment]

––––•(-•.cik.•-)•–––
boleh jerk xd hal....:)

Related Posts with Thumbnails

Promosi Terhangat Hari Ini.Klik Banner Untuk Info